Sunday, March 29, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 12 (Ketuhanan Jesus)

Kisah Melkisedek raja negeri Salem yang agung?
“Sebab Melkisedek ini adalah raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Ia pergi menyongsong Ibrahim ketika Ibrahim kembali dari menggalahkan raja-raja dan memberkati dia. Kepadanyapun Ibrahim memberikan seperspuluh dari kesemuanya. Menurut erti namanya Melkisedek adalah pertama-tama raja kebenaran, dan juga raja Salem iaitu raja damai sejahtera. Ia tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan dan kerana ia dijadikan sama dengan Anak Allah, ia tetap menjadi imam sampai selama-lamanya” (Ibrani 7 : 1-3)

Siapakah dia? Dialah Allah kerana Allah sahaja yang tidak ada permulaan, tidak ada kesudahan, tidak ada bapa, tidak ada ibu dan yang hidup selama-lamanya.

Namun, dia hanya seorang raja agung. Ibrahim membayar satu persepuluh harta kepadanya sebagai cukai keagamaan.

Jesus mempunyai permulaan dalam rahim wanita dan mempunyai kesudahan yang zahir di atas kayu salib. Lelaki ini tidak ada permulaan dan kesudahan. Mana yang lebih agung antara mereka berdua?. Sudah tentulah Melkisedek.

Justeru, saya ingin bertanya kepada kepada rakan-rakan saya daripada agama Kristian, mengapa kalian tidak menyembahnya?. Dialah yang sepatutnya disembah seperti tuhan jika sememangnya manusia perlu disembah.

Thursday, March 26, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 11 (Ketuhanan Jesus)

Kisah Melkisedek raja negeri Salem yang agung?

Apakah faktor yang menjadikan penganut Kristian menganggap Jesus sebagai Tuhan? Adakah kerana kelahirannya?Saya pernah bertanya kepada salah seorang rakan Kristian saya dan beliau menjawab bahawa “Dia dilahirkan tanpa bapa daripada kalangan manusia. Oleh itu, ia mesti mempunyai bapa dan kerana itu bapanya ialah Allah.

Al-Quran menolak teori ini dengan cara yang cukup mudah. Sesungguhnya contoh penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 59 yang bermaksud: “Jadilah (seorang manusia), maka jadilah ia”.

Jadi, kalau Jesus ialah Allah atau anak Allah yang sebenar kerana ia tidak mempunyai bapa dalam kalangan manusia, maka Adam adalah tuhan yang lebih besar daripadanya kerana dia tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu. Hal ini adalah wajar dengan logik dan rasional akal. Lalu mereka mengatakan Adam diciptakan daripada tanah sedangkan Jesus dilahirkan daripada seorang perawan.

Namun pada kali ini, saya ingin memberitahu tentang seorang lagi nama yang disebut dalam kitab Bible yang tersebut dalam Surat kepada orang Ibrani, kisah Melkisedek raja negeri Salem yang agung. Siapakah dia????

InsyaAllah, saya akan sentuh pada siri akan datang....

Monday, March 23, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 10 (Ketuhanan Jesus)


Semua mukjizat yang dilakukan oleh Nabi Isa (Jesus) adalah dengan izin Allah SWT semata-mata bagi membuktikan bahawa beliau adalah seorang Rasul yang diutuskan kepada manusia. Sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam dalam Al-Quran dalam Surah Ali-Imran 49-51 yang bermaksud:

49. Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (yang berkata kepada mereka) : “Sesungguhnya Aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, iaitu Aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; Kemudian Aku meniupnya, Maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah; dan Aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan Aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah; dan Aku kabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.

50. Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan Aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

51. “Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus”.