Showing posts with label Bible tidak saintifik?. Show all posts
Showing posts with label Bible tidak saintifik?. Show all posts

Friday, October 31, 2008

BIBLE TIDAK SAINTIFIK 3???

BUMI TIDAK BERGERAK???

i) Tawarikh 16:30

Gementarlah di hadapan-Nya hai segenap bumi;
Sungguh tegak dunia, tidak bergoyang.

ii) Mazmur 93:1

…Sungguh, telah tegak dunia,
tidak bergoyang;

Pernyataan tentang bumi tidak bergerak adalah satu lagi kesalahan ilmiah yang terdapat di dalam bible. Kita semua tahu bahawa fakta dunia sains moden hari ini menyatakan bahawa bumi bergerak di atas orbitnya. Hal ini merupakan satu lagi bukti menafikan bahawa bible adalah Injil yang diyakini oleh penganut Islam kerana telah berlaku pengubahan pada kitab Injil ini oleh tangan-tangan manusia.

Wednesday, October 29, 2008

BIBLE TIDAK SAINTIFIK 2???

LANGIT DAN BUMI ADA TIANG???

Langit Ada Tiang

i) Ayub 26:11

tiang-tiang langit bergoyang-goyang,
tercengang-cengang oleh hardik-Nya.

Bumi Ada Tiang

i) Ayub 9:6

Yang menggeserkan bumi dari tempatnya,
Sehingga tiangnya bergoyang-goyang;

ii) Mazmur 75:4

Bumi hancur dan semua penduduknya;
Tetapi Akulah yang mengokohkan tiang-tiangnya.

Pernyataan tentang langit dan bumi mempunyai tiang adalah satu lagi kesalahan ilmiah yang terdapat di dalam bible kerana kita semua tahu bahawa fakta dunia sains moden hari ini tidak ada menyatakan langit dan bumi mempunyai tiang. Hal ini merupakan satu lagi bukti daripada banyak bukti-bukti yang telah saya kemukakan sebelum ini bahawa telah jelas berlaku campur tangan manusia dalam mengubah kandungan bible. Sekaligus menafikan bahawa ianya adalah sebuah kitab suci Injil yang diyakini oleh penganut Islam kerana telah berlaku pengubahan pada kitab Injil ini oleh tangan-tangan manusia.

Friday, October 24, 2008

RESPON KEPADA AGURL_FAITH...

BUMI BERBENTUK RATA DALAM ALKITAB???

Assalamu’alaikum...
Salam kasih sayang Islam kepada semua.

Terima kasih kepada saudari Agurl_faith (mohon maaf kerana saya tidak tahu nama sebenar saudari) kerana respon yang sangat memberangsangkan dan diharapkan akan meneruskan perbincangan dalam blog ini untuk sama-sama mencari kebenaran. Saya ingin memberikan respon kepada Agurl_faith berhubung tajuk “ketepatan Alkitab secara ilmiah” dalam respon beliau. Berikut adalah pandangan beliau :

Tak satupun penemuan ilmiah yang bisa membuktikan ketidakbenaran pernyataan-pernyataan yang tertulis dalam Alkitab. Bahkan ilmu pengetahuan yang semakin berkembang semakin menunjukkan ketepatan pernyataan-pernyataan itu.

- Alkitab menyatakan bahwa bumi itu bulat lebih dari 2.200 tahun sebelum abad ke 15 dimana penjelajahan dilakukan untuk membuktikan bahwa bumi itu tidak datar. (Yesaya 40:22). “Dia yang bertahta di atas bulatan bumi…” Bahasa Ibrani menerjemahkannya sebagai ‘lingkaran’ yang maksud sebenarnya dalam ayat ini adalah ‘bulatan.’


Saya ingin membawa saudari Agurl_faith dan pengunjung semua kepada ayat dalam bible,

Matius 4:8
( Dan iblis membawaNya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepadaNya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya)

Lukas 4:5
(Kemudian ia membawa Jesus ke suatu tempat yang tinggi dan dalam sekejap mata ia memperlihatkan kepadaNya semua kerajaan dunia)

Daniel 4:10-11
10 - (Adapun penglihatan yang kudapatdi tempat tidurku itu,demikian: di tengah2 bumi ada sebatang pohon yang sangat tinggi
11 - (Pohon itu bertambah besar dan kuat, tingginya sampai ke langit, dan dapat dilihat sampai ke hujung seluruh bumi)

Dalam Matius dan Lukas, disebutkan bahawa Jesus dibawa ke atas gunung yang sangat tinggi dan dilihatkan kepadanya seluruh kerajaan dunia. Fakta sains hari ini menjelaskan kepada kita bahawa bumi itu berbentuk bulat atau lebih tepat ‘sfera’. Disebabkan bumi yang berbentuk sfera, mustahil untuk kita melihat keseluruhan bumi melainkan bumi berbentuk rata. Begitu juga halnya pada Daniel yang menyatakan bahawa tinggi pokok itu sampai ke langit dan dapat dilihat sampai ke hujung seluruh bumi. Nah, mana mungkin seluruh bumi dapat melihat pokok tersebut sekiranya bumi itu berbentuk bulat atau sfera melainkan bumi itu berbentuk rata.

Maka ini adalah satu lagi kesalahan ilmiah dalam bible dengan menyatakan bahawa bentuk bumi adalah rata sehingga jesus boleh melihat semua kerajaan dunia dari gunung tinggi(Lukas&Matius) dan tinggi pokok yang boleh dilihat sampai ke hujung seluruh bumi(Daniel).

Berhubung dengan ayat dalam (Yesaya 40:22) : “Dia bertakhta di atas bulatan bumi...”

Apa yang boleh saya katakan ialah, bila kita mengambil bahawa bumi berbentuk rata dan kita gabungkannya dengan (Yesaya 40:22 bahawa Dia bertakhta di atas bulatan bumi) maka kita semua boleh membuat kesimpulan bahawa, pandangan bible tentang bumi ini adalah seperti duit syiling yang berbentuk bulat tapi permukaannya rata. Seperti gambar rajah di bawah.

Maka ini adalah satu lagi kesalahan ilmiah daripada banyak lagi contoh2 yang telah saya kemukan dalam artikel saya dan yang akan saya kemukan pada artikel saya yang akan datang.

Renung2 fikir2....
Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah...

Monday, October 20, 2008

BIBLE TIDAK SAINTIFIK 1???


Penerangan tentang Matahari dan Bulan

Kejadian 1:16-17

1:16 - Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk malam, dan menjadikan juga bintang-bintang.
1:17 - Allah menaruh semuanya itu di cakerawala untuk MENERANGI BUMI

Pernyataan tentang bulan dan matahari sebagai dua benda penerang (memancarkan cahaya) adalah pernyataan yang salah dari pandangan sains dan astronomi kerana kita semua tahu bahawa sifat bulan berbeza dengan matahari. Matahari memancarkan cahaya sebaliknya bulan pula memantulkan cahaya ke bumi. Namun, dalam bible (ayat di atas) menunjukkankan bahawa bulan dan matahari menerangi bumi (memancarkan cahaya) dan bertentangan dengan fakta sains dan astronomi.

BIBLE TIDAK SAINTIFIK???

Kronologi Penciptaan Alam

Sekiranya ada yang mengatakan bahawa terdapat banyak kesalahan dalam Bible(Al-Kitab), adakah kita boleh percaya yang ia adalah sebuah kitab suci?

Saya yakin, kita semua percaya bahawa sebuah kitab suci tidak seharusnya mempunyai kesalahan kerana ia ditulis oleh tuhan. Saya hanya sekadar mengajak kita semua berfikir terutamanya rakan-rakan kristian yang saya kasihi sekalian, terpulang kepada kita semua untuk menilainya.

Sebagai contoh, cuba kita buka halaman pertama Perjanjian Lama Kitab (Kejadian 1:1-27). Muka surat ini menceritakan tentang proses penciptaan alam dalam masa enam hari :

Hari ke-1 Tuhan Allah mencipta siang dan malam
Hari ke-2 Tuhan Allah mencipta langit
Hari ke-3 Tuhan Allah mencipta daratan,lautan dan tumbuhan
Hari ke-4 Tuhan Allah mencipta matahari, bulan dan bintang
Hari ke-5 Tuhan Allah mencipta burung-burung dan binatang laut
Hari ke-6 Tuhan Allah mencipta binatang darat dan manusia
Hari ke-7 Tuhan berehat

Kesalahan pertama, saya percaya kita semua pernah belajar subjek sains di sekolah. Proses kejadian siang dan malam menurut sains berkait rapat dengan peranan matahari dan putaran bumi. Matahari sentiasa memancarkan cahayanya dan bumi sentiasa berputar. Bahagian yang menghadap cahaya matahari akan mendapat siang dan yang membelakangi matahari mengalami malam. Saya pasti kita semua setuju dengan fakta ini kerana ianya bukan lagi teori bahkan adalah fakta yang benar, tiada yang menolak fakta ini.

Sekarang cuba fikirkan, bagaimana boleh wujud siang dan malam kalau matahari belum ada? Cuba lihat kronologi di atas, siang dan malam telah pun ada pada hari pertama, tetapi yang peliknya matahari hanya muncul pada hari ke-4. Bukankah ianya tidak masuk akal? Bagi yang kita yang beragama Islam, kita bertambah yakin dengan pernyataan Kitab suci Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat yang menyatakan bahawa kitab suci orang Kristian dan Yahudi telah diubah dan sebenarnya ditulis oleh manusia yang kemudiannya mendakwa ini adalah kitab suci dari Tuhan.

Kesalahan kedua, adalah tentang proses fotosintesis yang kita semua belajar dalam mata pelajaran sains di sekolah. Proses ini merupakan proses bagaimana tumbuhan hijau membuat makanan. Di antara faktor yang amat diperlukan untuk menjalankan proses ini ialah cahaya matahari. Tanpa cahaya matahari, fotosintesis tidak mungkin akan terjadi.

Cuba kita lihat, menurut Bible tumbuhan wujud pada hari ke-3 sedangkan matahari hanya diciptakan pada hari ke-4.

Kepada sahabat2ku yang beragama kristian cuba renung2fikir2, bolehkah seorang yang terpelajar percaya dengan alasan paderi ”Percaya sajalah, tuhan itu maha berkuasa dia boleh buat apa sahaja”. Keyakinan itu adalah sesuatu yang sangat berharga, bukan ikut-ikutan. Guna akal untuk mengkaji agama saudara/i dan kalau ada masa, kajilah Islam. Sesungguhnya, saya tiada hak untuk memaksa saudara/i menerima Islam Cuma mengajak saudara/i berfikir dan menilai kepercayaan saudara/i turun temurun. Saya doakan agar Allah membuka hati saudara/i untuk mengkaji dan bertemu dengan agama yang akan menjamin keselamatan dari api neraka kelak kerana yang benar sahaja akan mendiami syurga dan yang salah dan sesat adalah penghuni neraka selama-lamanya.