Monday, June 15, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 20 (Penyaliban)


Kisah penyaliban Jesus ada disebut dalam Bible. Di antaranya dimuatkan dalam (Markus 15 : 6 - 15), selanjutnya kisah Jesus di tiang Salib (Markus 15 : 21 - 32) dan akhirnya Jesus mati di tiang salib (Markus 15 : 33 - 37).

Penyeksaan serta kematian Jesus inilah merupakan misi perutusan Jesus sebagai anak Allah ke dunia ini. Kedatangan Jesus semata-mata untuk melaksanakan misi penting ini, iaitu untuk menyelamatkan manusia yang berdosa atau menanggung dosa yang dilakukan oleh Adam satu ketika dahulu. Dosa ini tidak terampun hanya dengan melaksanakan hukum Taurat, tetapi hanya terampun dengan kematian Jesus di tiang salib. Maka dengtan matinya Jesus di tiang salib, terhapuslah dosa yang sekian lama ditanggung oleh umat manusia.

Bagi kita umat Islam, kita mempunyai keyakinan yang berbeza dengan Kristian. Allah menegaskan bahawa Jesus tidak mati dibunuh dan tidak disalib. Di dalam Bible sendiri terdapat cerita yang jelas menunjukkan Jesus memang tidak mati dan bukan dia yang disalib pada hari tersebut. Di antaranya ialah pada satu hari Jesus datang menemui murid-muridnya dengan memberi salam (Damai sejahtera bagi kamu) selepas mereka menyangka dia disalib dan telah mati. Mereka ketakutan dan kehairanan kerana menyangka bahawa mereka melihat hantu Jesus. Lalu Jesus menerangkan bahawa dia bukan hantu tetapi dia sendirilah yang datang.

“…lihatlah tangan-ku dan kaki-ku: Aku sendirilah ini: rabalah dan lihatlah, kerana hantu tidak ada daging dan tulangnya, seperti yang kamu lihat padaku ” Lalu mereka memberikan kepadanya sepotong ikan goreng. Ia mengambilnya dan memakannya di depan mata mereka. (Lukas 24 : 36 - 42)

Bukankah cerita ini menunjukkan Jesus tidak mati disalib dan yang disalib itu bukan Jesus?

Bersambung siri seterusnya....

Wednesday, June 10, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 19 (Penyaliban)

(Penyaliban)

Kepercayaan Kristian

- Jesus telah disalib dan mati selama 3 hari dan 3 malam. Kemudian Jesus dibangkitkan pada hari ke-3
- Darah yang mengalir dari tubuh Jesus membersihkan dosa warisan
- Mereka yang percaya akan masuk syurga
- Kalau Jesus tidak bangkit, ajaran dan kepercayaan kami sia-sia belaka (1 Kor 15:14)


Seterusnya, penganut Kristian percaya bahawa Jesus mati disalib di tiang salib semasa pemerintahan Pilatus. Kisah penyaliban ini boleh dibaca di semua keempat-empat Injil (Matius, Markus, Lukas dan Yohanes). Bukan itu saja, mereka memfilemkan kisah penyaliban tersebut. Antaranya, Filem Jesus From Nazareth, Gospel of Judas dan lain-lain lagi. Ringkasan ceritanya seperti yang berikut :

Jesus yang telah menyampaikan ajarannya difitnah oleh orang-orang Yahudi dengan mengatakan Jesus mendakwa dia adalah raja Jerusalem. Mereka berusaha menangkapnya dan mendapat bantuan dari salah seorang muridnya Yudas Eskariot. Yudas telah membelot dengan disogok sebanyak 30 keping wang perak. Pilatus akhirnya menjatuhkan hukuman bunuh dengan cara disalib terhadap Jesus kerana dihasut oleh orang Yahudi.