Sunday, November 22, 2009

Allah dalam Islam dan Kristian??? Siri 2


Allah Tuhan Yang Esa

Dalam akidah Islam, Allah adalah Tuhan Yang Esa. Firman Allah yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah adalah Esa”. (Surah Al-Ikhlas : ayat 1). Nas Al-Quran ini menjadi asas keEsaan Allah. Oleh itu, hanya wujud satu Tuhan sahaja dalam akidah Islam. KeEsaan Allah juga tergambar dalam rangkap syahadah yang kita ungkapkan “Tiada Tuhan Yang selayaknya disembah melainkan Allah”. Lafaz syahadah yang menafikan kewujudan Tuhan dan kemudiannya menetapkan hanya Allah sebagai Tuhan adalah lafaz yang amat kuat.

Bagaimana pula bagi agama Kristian? Dalam ajaran Kristian, wujud kepercayaan Triniti. Kepercayaan ini merujuk kepada tuhan yang terdiri daripada tiga iaitu Bapa, Anak dan Holy Spirit. Tuhan Bapa tidak sama dengan tuhan Anak. Jesus (Nabi Isa - dalam Agama Islam) dianggap sebagai anak Tuhan. Kitab Bible menegaskan ketuhanan Jesus dalam nasnya yang berbunyi “For the wages of sin is death, but the free gift of Allah is eternal in al-Masih Isa our Lord”. (Romans 6 : 23). Dalam terjemahan edisi Indonesia, nas tersebut berbunyi “Sebab upah dosa ialah maut, tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Jesus Tuhan kita”. Mengikut Dr Ahmad Shalaby dalam bukunya tentang agama Masihi, terdapat perbezaan antara gereja Barat dan Gereja Timur tentang siapakah yang lebih utama. Gereja Timur berpendapat bahawa Allah Bapa adalah lebih utama daripada Anak. Manakala Gereja Barat melihat persamaan antara Allah Bapa dan Anak.

Namun, yang penting...Allah dalam Islam adalah Esa (Tunggal). Bahkan akidah bahawa Allah tiga dalam satu atau apa jua istilahnya ditolak dalam Islam. Firman Allah tentang kekufuran kepercayaan ini dalam firman-Nya yang bermaksud “Sesungguhnya telah kufurlah golongan yang berkata bahawa Allah salah satu daripada tiga”. (Surah Al-Maidah : Ayat 73).

Tuesday, November 10, 2009

Allah dalam Islam dan Kristian???


Allah adalah nama bagi Tuhan Yang Maha Esa. Dalam Islam, nama Allah digunakan secara meluas. Walaupun Allah mempunyai nama-nama yang lain, namun lafaz Allah digunakan pada semua keadaan. Kalau diteliti dengan nas Al-Quran, terdapat ratusan lafaz Allah disebut di dalam Al-Quran.

Bagi agama Yahudi dan Nasrani, lafaz Allah juga digunakan dalam penggunaaan yang merujuk kepada Tuhan. Hal ini dinyatakan oleh firman-Nya yang bermaksud “Dan Yahudi berkata bahawa Uzair adalah anak Allah, dan Nasrani pula berkata Isa Al-Masih adalah anak Allah” (Surah At-Taubah 9 : 30)

Nas Al-Quran ini memberi kefahaman bahawa lafaz Allah sudah digunakan dalam kitab agama yang terdahulu iaitu masyarakat Yahudi dan Nasrani. Malah kini terdapat usaha agar lafaz Allah boleh digunakan dalam agama Kristian di Malaysia. Bahkan terdapat saranan agar semua Tuhan dalam semua agama disebut sebagai Allah. Adakah usaha ini wajar atau tidak? Apapun jawapannya, marilah kita cuba memahami Allah, Tuhan dalam akidah Islam berbanding Allah, Tuhan dalam agama Kristian.

Bersambung siri II ...........

Monday, August 3, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 23 (Penyaliban) Siri Akhir

Cuba anda kira berapa hari Jesus berada di dalam perut bumi (kuburan)? Adakah cukup 3 hari 3 malam seperti janji Jesus? Inilah yang dipertikaikan oleh Ahmad Deedat ketika berdialog dengan salah seorang tokoh agama Kristian. Untuk mengira jumlah hari yang sebenar Jesus berada di dalam kuburan cuba perhatikan jadual di bawah :

Hari

Siang

Malam

Jumaat

Masih berada ditiang salib dan belum dikebumikan

Ada

Sabtu

Ada

Ada

Ahad

Telah bangkit

Telah bangkit

Ahmad Deedat bertanya, “ Barangkali orang-orang Kristian tersilap menghitung hari Jesus disalibkan? Mungkin bukan hari jumaat, mungkin hari rabu? “ tokoh Kristian itu menjawab mungkin kami tersilap. Yang hairannya kesilapan ini telah berlaku sejak 2000 tahun yang lalu dan tiada siapa yang menyedarinya sedangkan Good Friday terus disambut sejak dahulu hingga sekarang sebagai satu sambutan keagamaan yang menandakan Jesus mati pada hari Jumaat.

Renung2fikir2....(",)

Saturday, August 1, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 22 (Penyaliban)

Jesus dikatakan telah disemadikan selama 3 hari 3 malam selepas mati di kayu salib dan dibangkitkan pada hari ahad. Ini berdasarkan satu petanda yang dijanjikan oleh Jesus semasa diminta tanda oleh orang Yahudi.

(Matius 12:38-40), (Markus 9:30-31)

Tetapi Ahmad Deedat, pendakwah Islam yang terkenal menempelak kepercayaan ini dalam satu pertemuannya dengan seorang tokoh Kristian. Ahmad Deedat menggunakan fakta-fakta yang terdapat di dalam ayat-ayat di atas untuk membuktikan rapuhnya pegangan mereka. Sebelum itu anda harus membaca petikan ini.

(Matius 28: 1-10)

Kesimpulan dari ayat-ayat Bible

1) Jesus akan dibngkitkan setelah disalib selepas 3 hari 3 malam seperti Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan selama 3 hari 3 malam.

2) Jesus disalib pada hari jumaat.

3) Jesus didapati tidak ada di dalam kuburan pada hari ahad.

Thursday, July 23, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 21 (Penyaliban)

Bila Jesus disalib?

Jesus disalib pada hari jumaat. Oleh sebab itulah penganut kristian Roman Katolik menyambut Good Friday setiap tahun pada tanggal 14 April kerana pada hari itulah Jesus dikatakan disalib. Cuba anda tanya rakan-rakan anda yang beragama Kristian RC perkara ini. Kemudian cuba tanya rakan Kristian anda yang bukan bermazhab Roman Katolik tentang Good Friday. Anda akan mendapati mereka sebenarnya tidak sepakat dalam berapa lama Jesus di kuburan sebelum dibangkitkan? Pada hari apa Jesus dibangkitkan?

Monday, June 15, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 20 (Penyaliban)


Kisah penyaliban Jesus ada disebut dalam Bible. Di antaranya dimuatkan dalam (Markus 15 : 6 - 15), selanjutnya kisah Jesus di tiang Salib (Markus 15 : 21 - 32) dan akhirnya Jesus mati di tiang salib (Markus 15 : 33 - 37).

Penyeksaan serta kematian Jesus inilah merupakan misi perutusan Jesus sebagai anak Allah ke dunia ini. Kedatangan Jesus semata-mata untuk melaksanakan misi penting ini, iaitu untuk menyelamatkan manusia yang berdosa atau menanggung dosa yang dilakukan oleh Adam satu ketika dahulu. Dosa ini tidak terampun hanya dengan melaksanakan hukum Taurat, tetapi hanya terampun dengan kematian Jesus di tiang salib. Maka dengtan matinya Jesus di tiang salib, terhapuslah dosa yang sekian lama ditanggung oleh umat manusia.

Bagi kita umat Islam, kita mempunyai keyakinan yang berbeza dengan Kristian. Allah menegaskan bahawa Jesus tidak mati dibunuh dan tidak disalib. Di dalam Bible sendiri terdapat cerita yang jelas menunjukkan Jesus memang tidak mati dan bukan dia yang disalib pada hari tersebut. Di antaranya ialah pada satu hari Jesus datang menemui murid-muridnya dengan memberi salam (Damai sejahtera bagi kamu) selepas mereka menyangka dia disalib dan telah mati. Mereka ketakutan dan kehairanan kerana menyangka bahawa mereka melihat hantu Jesus. Lalu Jesus menerangkan bahawa dia bukan hantu tetapi dia sendirilah yang datang.

“…lihatlah tangan-ku dan kaki-ku: Aku sendirilah ini: rabalah dan lihatlah, kerana hantu tidak ada daging dan tulangnya, seperti yang kamu lihat padaku ” Lalu mereka memberikan kepadanya sepotong ikan goreng. Ia mengambilnya dan memakannya di depan mata mereka. (Lukas 24 : 36 - 42)

Bukankah cerita ini menunjukkan Jesus tidak mati disalib dan yang disalib itu bukan Jesus?

Bersambung siri seterusnya....

Wednesday, June 10, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 19 (Penyaliban)

(Penyaliban)

Kepercayaan Kristian

- Jesus telah disalib dan mati selama 3 hari dan 3 malam. Kemudian Jesus dibangkitkan pada hari ke-3
- Darah yang mengalir dari tubuh Jesus membersihkan dosa warisan
- Mereka yang percaya akan masuk syurga
- Kalau Jesus tidak bangkit, ajaran dan kepercayaan kami sia-sia belaka (1 Kor 15:14)


Seterusnya, penganut Kristian percaya bahawa Jesus mati disalib di tiang salib semasa pemerintahan Pilatus. Kisah penyaliban ini boleh dibaca di semua keempat-empat Injil (Matius, Markus, Lukas dan Yohanes). Bukan itu saja, mereka memfilemkan kisah penyaliban tersebut. Antaranya, Filem Jesus From Nazareth, Gospel of Judas dan lain-lain lagi. Ringkasan ceritanya seperti yang berikut :

Jesus yang telah menyampaikan ajarannya difitnah oleh orang-orang Yahudi dengan mengatakan Jesus mendakwa dia adalah raja Jerusalem. Mereka berusaha menangkapnya dan mendapat bantuan dari salah seorang muridnya Yudas Eskariot. Yudas telah membelot dengan disogok sebanyak 30 keping wang perak. Pilatus akhirnya menjatuhkan hukuman bunuh dengan cara disalib terhadap Jesus kerana dihasut oleh orang Yahudi.