Wednesday, February 11, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 9 (Ketuhanan Jesus)

Seperti yang kita pernah sentuh pada artikel sebelum ini, Nabi Isa (Jesus) boleh melakukan pelbagai mukjizat. Di antara mukjizat yang boleh dilakukan oleh Nabi Isa (Jesus) ialah :

1) Menyembuhkan orang yang sakit kusta (Matius 8:1-3)
2) Meneduhkan ribut (Matius 8:23-27)
3) Menyembuhkan orang yang lumpuh (Matius 9:1-8)
4) Mencelikkan orang buta (Matius 20:29-34)
5) Menghidupkan orang yang mati (Lukas 8:49-56)
6) Memberikan makan kepada ramai orang (Matius 14:13-21)

Kita sebagai umat Islam meyakini bahawa anugerah yang dikurniakan kepada Nabi Isa boleh melakukan semua mukjizat ini tidak lebih daripada membenarkan bahawa Nabi Isa itu sememangnya utusan Allah. Seperti yang kita semua sedia maklum, dalam Islam sebab seorang rasul dikurniakan mukjizat adalah bertujuan untuk membuktikan kebenaran risalah yang dibawanya. Namun dalam hal ini, rakan-rakanku penganut Kristian telah tersilap kerana mereka juga membaca di dalam kitab mereka bukan Jesus seorang sahaja yang melakukan mukjizat. Bahkan Nabi Musa (Moses) juga dikurniakan mukjizat, Nabi Ibrahim (Abraham) juga dikurniakan mukjizat dan begitu juga dengan nabi-nabi yang lain.

Apabila mereka membaca mukjizat yang dikurniakan Allah kepada nabi-nabi lain, mereka tetap merasakan kehebatan pemberi mukjizat, tetapi apabila mereka membaca tentang mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Jesus mereka mengubah mentaliti mereka kepada merasakan bahawa Jesus itu hebat, bahkan dialah Tuhan setaraf dengan Tuhan Semesta Alam. Sekiranya Nabi Musa memiliki mukjizat tongkat yang apabila dicampakkan lalu bertukar menjadi ular, Nabi Ibrahim pula apabila dicampakkan ke dalam api yang sifatnya membakar lalu api itu hilang sifat membakarnya. Semua mukjizat ini tetap tidak mengubah sifat manusia yang ada pada nabi-nabi ini. Maka begitulah sepatutnya rakan-rakan Kristianku berfikir apabila berhadapan dengan mukjizat Nabi Isa atau Jesus.

Bersambung siri 10.....

13 comments:

kartini said...

salam ziarah ;)

ni nak tanya, bukankah orang kristian juga mengaku yang penganut2 agama mereka ini adalah anak kepada Tuhan mereka? apa yang pernah saya baca, hubungan mereka dengan Tuhan adalah bapa-anak, sedangkan hubungan kita (islam) dengan Tuhan adalah tuhan-hamba. kerana itulah mereka lebih mempercayai pada agama kristian kerana betapa rendahnya martabat kita (sbg org islam) sebagai hamba walhal mereka terasa lebih dkt dgn Tuhan kerana mereka adalah anak Tuhan. kalau salah tolong betulkan.

jadi, kalau begitu. tidak ada beza Jesus dengan mereka. kerana dua2 nya juga adalah anak Tuhan. jadi, anak Tuhan = Tuhan ? maksudnya penganut agama kristian juga boleh dikatakan Tuhan? ;)

mungkin yg membezakan cuma Jesus punya mukjizat sedangkan mereka tidak ada.

moga Allah meredhai usaha anda..

Melica Shandra Ferra said...
This comment has been removed by the author.
Melica Shandra Ferra said...

to srikandi
ALLAH dan kami seperti hubungan anak dan Bapa..
kedekatan ini lah yang membuat keharmonian dlm kekeluargaan..

seperti yang kita tahu Bapa adalah tunjang kepada family begitu juga dengan Allah yang kami sembah, Dia sgt senang melihat kedekatan kami kepadaNya,kerana saya percaya adanya Family,persekutuan..dan macam2 lagi adalah satu simbolik bahwa Allah itu mahu dekat dengan manusia ciptaan Nya..

Apakah guna kita diciptakan kalau bukan untuk kemuliaan Nya?

~Dan lagi kami dekat dengan Allah bkn nya terus melabelkan diri kami ini Tuhan-seperti yang SDRA srikandi bahas.. ;)

Waduh kalau kami seperti itu bukan Tuhan atau anak jadinya tapi IBLIS.

~Namun Allah yang maha pemurah dan pengasih Dia sangat memberikan kita hak yang istimewa iaitu Dia menyebut kita anak-anakNya..

~Bukan melalui melahirkan atau nafsu manusia,namun kerana Dia adalah Allah yang MahaTinggi memberi hak itu kepada kita..sedangkan batu pun Dia boleh jadikan anak2 Nya,inikan lagi kita manusia ciptaan Nya menurut gambar Nya lagi..

~Dlm Kristen kami ditegaskan utk tdk bercerai dengan pasangan kami suami/istri.. biar jelek atau curangnya suami atau istri kami tidak digalakkan utk bercerai.. ini kerana Perkahwinan adalah suatu yang suci dan kudus.

~Jika rumah tangga bercerai,maka perzinahan itu senantiasa ada..

~Jika umat Kristen bercerai sesama pasangan nya, maka mereka tidak boleh menikah dengan siapa pun. Kerana jika demikian mereka dianggap berzinah..

~Namun dalam muslim perceraian itu perkara biasa..malahan boleh menikah hingga 4..

~Betapa kudusnya kami harus menjaga pernikahan kami,agar tidak dicemarkan dengan zinah.

^_*

Anonymous said...

The Truth Faith said, "~Namun dalam muslim perceraian itu perkara biasa..malahan boleh menikah hingga 4.."

Penceraian dlm Islam bukanlah 'perkara biasa' seperti yg kamu dakwa.
Undang2 Islam adalah utk kesejahteraan manusia, bukan utk menghancurkan.

Dlm Islam, perkahwinan juga merupakan suatu perkara yg sgt suci =)

p/s: sy x nampak signifikan antara penceraian dan nikah 4 org yg kamu sebut tu?

Unknown said...

btul ke kristian yg telah bercerai tidak boleh kawin dengan orang lain kerana dianggap zina?

saya tak pernah dengar pun ada peraturan mcm tu. dan dengan jelas ramai pasangan kristian yang telah becerai kahwin dengan orang lain.

dan jika benar terdapat peraturan ini maka tidak agama kristian itu bersifat menindas kerana menghalang manusia berkahwin dan saya pasti ramailah individu kristian yang tidak boleh berkahwin ini akan berzina kerana laluan untuk mengadakan seks secara halal (dengan ikatan pernikahan) telah di haramkan.

hubungan kita dengan Allah s.w.t tak lebih daripada seorang hamba dengan Tuannya.panggilan anak tuhan (atau anak Allah) selalunya di berikan kepada manusia yang alim dan warak iaitu para nabi termasuk jesus. jadi penggunaan anak Allah itu tak boleh di takrifkan sebagai hubungan yang terlalu istimewa dengan tuhan semesta alam. hubungan manusia dan Allah di ukur dari segi darjat ketakwaan, yang bermaksud jika seorang patuh pada ajaran Allah dan meninggalkan larangannya maka darjat orang tersebut lebih tinggi daripada mereka yang melanggar larangan Allah dan tidak mematuhi suruhannya. ini bermaksud hubungan setiap individu dengan Allah berbeza dari segi ketakwaan.

one question, why use 'ALLAH' term rather than God father @ Tuhan bapa? tiada satu ayat pun dalam bible perkataan ALLAH dan kebanyakan kristian yang menggunakan perkataan ALLAH adalah kristian di negeri2 Arab kerana mereka sejak dari awal menggunakannya. tapi mereka kebnyakan bukan protestan. jadi truth faith kamu belajar kristian dari Arab atau Eropah?

kartini said...

The Truth Faith:
saya bukan katakan yang agama Kristen melabelkan diri mereka sebagai Tuhan. saya cuma mengaplikasikan anggapan Kristen dengan Tuhan = anak Tuhan, jadi kalau kalian juga adalah anak Tuhan seperti Jesus, maka kalian juga sama sepeti Tuhan (seperti pada tanggapan kalian bahwa anak Kuda = Kuda, anak kucing = Kucing) apa bedanya?

"~Dlm Kristen kami ditegaskan utk tdk bercerai dengan pasangan kami suami/istri.. biar jelek atau curangnya suami atau istri kami tidak digalakkan utk bercerai.. ini kerana Perkahwinan adalah suatu yang suci dan kudus."

Dalam Islam, penceraian hanya dibenarkan apabila suami dan isteri sudah tidak ada sebarang sefahaman lagi. maka, dibolehkan untuk bercerai dan kawin mengikut kesesuaian dan keserasian individu. Islam sangat bencikan persengketaan dan pergaduhan, maka kerana itu Allah telah memerintahkan untuk bercerai (adalah jalan yang terbaik untuk tidak berlakunya sengketa).

Namun, seperti apa yang kamu katakan bahwa dalam Islam, penceraian adalah perkara biasa, ia bukanlah perkara biasa, dan dalam Al-Quran sendiri, Allah tegaskan elakkan perkahwinan itu dari adanya penceraian, kerana kahwin itu sangatlah mulia di sisi Allah. hanya saja bila perkahwinan sudah tidak bersatu padu, maka jalan yang paling baik - adalah penceraian.

ZINA dalam Islam hanya wujud antara seorang lelaki dan perempuan yang belum kahwin, manakala pasangan suami isteri yang sudah kahwin, tiada istilah zina sebaliknya adalah halal.

Mengenai Allah adalah Bapa, dalam Islam sendiri Tuhan itu merupakan PENCIPTA segala-galanya, Pencipta Langit dan Bumi, Yang Maha Besar, Yang Pencapaian-Nya tidak dapat dibayangkan, dan kita hanya mampu merasa kekuasaan dan segala yang diciptakan oleh-Nya di dunia ini tanpa kita melihat Dia kerana sudah dijanjikan bahwa hanya orang-orang yang bertaqwa dan beriman sahaja yang akan bertemu dengan-Nya di akhirat kelak. kita hanya dicipta dengan begitu kuasa. mana mungkin seorang bapa mencipta anaknya dengan meniup ruh ke dalam badan Adam, kemudian tiba-tiba sahaja Tuhan itu adalah bapa??

Tuhan itu sangatlah rendah andai dikatakan Bapa, sebaliknya sangatlah tinggi dan berkuasa andai kita menganggap bahwa kita adalah hamba-hamba-Nya, dan melihat ciptaan-ciptaan-Nya dan segala pencapaian-Nya yang tidak dapat dibayangkan, maka layaklah kita mengaku kita adalah hamba kepada Tuhan kita, kerana akn wujud perasaan takut dan gentar, lantas akan cepat kita mengakui dosa kita pada Tuhan Yang Satu itu. namun, kalau kita menganggapnya bapa, kita mungkin hanya sayang tanpa rasa takut, lantas begitu nampak bedanya sifat kita sebagai hamba dan sebagai anak. tidak sama. Tuhan adalah Tuhan (yang mana kita adalah hamba). manakala bapa ialah bapa (yang mana kita adalah anak). kedua-dua ini berbeda sama sekali.

eddie:
kristen juga menggunakan nama Allah, kerana mereka percaya pada Bapa Tuhan (Allah), tetapi punya anak. saya sendiri pernah membaca bible, ternyata begitu banyak nama Allah yang mereka gunakan. namun dalam bible, tiada 1 perkataan pun yang mengatakan bahwa Jesus mengaku dirinya adalah Tuhan. saya juga ada kawan yang Roman Katolik dan Protestan, mereka percaya pada Allah, dan mereka menggunakan perkataan Allah, tapi di Malaysia, orang yang bukan beragama Islam mengatakan Allah dirasakan pelik.

wallahu 'alam.

Unknown said...

Saudari Wardatul,

saya tidak kata saya tidak suka bukan muslim menggunakan perkataan 'Allah' itu malah saya juga tidak membantah penggunaan perkataan tersebut oleh bukan muslim.

saya rasa anda tahu hal ini, bible yang di terjemah di Indonesia menggunakan perkataan Allah, tapi bible yang di terjemah di Eropah dalam bahasa mereka tidak satu pun menggunakan perkataan Allah, salah satunya bible king james version (KJV) yg di terjemah kepada bahasa inggeris mreka menggunaka perkataan 'god father' bukan Allah.

Sememangnya perkataan Allah telah digunakan sebelum zaman Islam lagi malah pagan arab dulu pun bila di tanya siapa tuhan alam semesta mereka menjawab Allah.

berbalik pada bible, tulisan awal yg ditulis dalam bahasa greek (ke hebrew lupa ar sori..) yang di terjemah kepada inggeris menggunakan perkataan 'god father' and 'son of god' (ini terjemahan secara terus). Tetapi kenapa di negara yang di mempunyai penduduk islam yang ramai (selain tanah arab) tiba-tiba meraka tukar terjemahan tersebut kepada Allah kenapa tidak Tuhan bapa (terjemahan secara terus).

hal ini yang membuat saya rasa pelik, adakah mubaligh yang datang dulu di Indonesia dan Malaysia merupakan mubaligh kristian yang datang dari tanah arab yang rata2 menggunakan perkataan Allah ini untuk menunjukkan tuhan kristian?. mengikut sejarah yang saya tahu, penyebaran agama kristian di rantau ini berlaku akibat penjajahan orang eropah seperti belanda, inggeris, dan portugis. dan jika anda lihat pada hari ini mereka (tidak semua) benci pada islam apatah lagi nama Allah. hal demikian itulah yang membuat saya berasa pelik.kenapa perlunya menukar perkataan tersebut? adakah di sebabkan Islam terlebih dahulu bertapak di rantau ini, dan kebanyakan rakyat menggunakan perkataan Allah untuk merujuk pada tuhan semesta alam maka dengan itu mereka terpaksa mengubah perkataan tersebut agar dapat menarik orang ramai mendekati agama ini?(sebab ada usaha mengadaptasi adat2dan kebiasaan penduduk setempat menjadi sebahagian daripada agama kristian untuk memperlihat agama tersebut fleksibel)-saya lupa dimana terbaca artikel tersebut.

huhu, pelik memg pelik,...

by the way you right... jesus never say "i'm god, worship me!" anyway thanks for the comment. :)

Cural Kixcs said...

aku tak setuju dengan kenyataan islam bahawa lelaki boleh kahwin 4..pada mulanya allah hanya menciptakan sepasang lelaki dan perempuan..bukannya dia cipta 1 lelaki 4 perempuan...4 isteri mesti berisiko kena aids..ramai kwn2 aku islam yang perempuan pn x setuju lelaki kahwin 4..dalam kristian perkahwinan itu suci..2 hati menjadi 1..bukan 1 hati belah 4..isk2..

Cural Kixcs said...

kami memang anak-anak tuhan..sebab tuhan telah berkorban demi menebus dosa-dosa manusia..allah sayang kepada umat-umatnya sebab itu dia mnengutus anaknya ke dunia untuk menebus dosa-dosa manusia..adakah islam hamba allah pla..isk2 tak patut..korg tau tak..allah ni maha pemurah,pengasih dan penyayang..

Cural Kixcs said...

dalam kristian suami isteri dilarang bercerai kerana semasa kahwin gereje pasangan suami isteri telah bersumpah dan melafazkan bahawa mereka akan hidup bersama walaupun dalam keadaan sakit, sihat, miskin ataupun kaya..dalam islam pla jatuhkan talak je dianggap cerai da,,aduyah ingat perkahwinan ini main2 ka..

Cural Kixcs said...

1 Korintus 15:1-4 berkata, “Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu. Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia. Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.”

Secara ringkas, inilah kepercayaan agama Kristian. Agama Kristian adalah unik di antara semua kepercayaan, kerana agama Kristian adalah lebih kepada hubung dengan Tuhan daripada upacara keagamaan. Selain daripada mengikut satu senarai perkara yang boleh dilakukan dan yang jangan dilakukan, tujuan agama Kristian ialah mengikuti jalan yang disediakan oleh Tuhan. Hubungan itu boleh dijalin disebabkan oleh Yesus Kristus dan kerja Roh Kudus di dalam kehidupan Kristian.

Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad (2 Timotius 3:16, 2 Petrus 1:20-21). Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus.

Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi dosa telah memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23). Agama Kristian mengajar bahawa Yesus Kristus datang ke bumi sebagai Tuhan yang benar dan juga manusia yang benar (Filipi 2:6-11), dan mati di atas salib. Kristian percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit semula, dan sekarang berada di sebelah kanan Tuhan Bapa untuk membuat rayuan bagi pihak mereka yang percaya kepadanya (Ibrani 7:25). Agama Kristian mengatakan bahawa kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar denda dosa semua manusia dan pengorbanan ini memulihkan hubungan yang terputus antara Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-14, 10:10, Roma 6:23, 5:8).

joss said...

Kepercayaan kami sebagai orang Kristiani/katholik adalah bahwa Yesus adalah Tuhan yang menjelma menjadi manusia melalui perantara Bunda Maria. Ini dikarenakan tidak mungkin untuk menjadi manusia tanpa roses dalam kandungan. Dalam Al Quran juga diterangkan bahwa Mariam mengandung karena kuasa Rohul Kuds. Yesus kami percaya menjadi manusia krena begitu cinta dan tolerannya Tuhan Allah kepada manusia. Dalam Perjanjian Lama banyak kisah Nabi yang diutus Allah untuk menjadi terang dan membimbing manusia agar dapat selamat/ menuju kehendak Tuhan Allah. Mulai dari Abraham ,Musa,Elia dan sebagainya. Semua gagal.Di dodorong karena kasihNya pada manusialah maka Dia langsung mengajar manusia sekaligus menebus dosa agar manusia bisa kembali memiliki hak keraan Sorga.Kami meyakini bahwa Dialah Tuhan dan penyelamat kami.Itulah bedanya dengan iman kepercayaan agama saudra2kami kaum muslim dan agama lainnya. Mereka menganggap bahwa Yesus adalah sebatas Nabi.Tetapi kami percaya bahwa Dialah Tuhan dan penyelamat kami, pembela kami pada saat penghakiman terakhir nanti. Dialah Imam Mahdi kami.kami membutuhkan penyelamat dan pembela karena kami sadar bahwa kami adalah pendosa yang memang butuh penyelamat. Kami yakin bahwa Dia telah menjamin keselamatan kami jika kami percaya dan dibabtis. So.kami sadar bahwa kami tidak dapat berjuang mencari keselamatan dengan cara kami sendiri..So..itu semua baru akan kita buktikan di nanti hari terakhir/kiamat. Doktrin agama kami mengatakan juga bahwa agama agama lain juga ada keselamatan.Tapi kami sudah memiliki sang juru selamat sendiri yaitu YESUS Kristus, yang adalah Tuhan kami. Sekali lagi kami percaya bahwa Dialah Imam Mahdi kami.Yang membedakan iman kami dengan saudara2kami kaum muslim adalah bahwa saudara2 kami kaum muslim hanya mengakui Yesus/Isa Al Masih hanyalah sebatas Nabi.

Anonymous said...

Post ini menjawb kepada soalan Eddie..
berkenaan nama dgn nma Allah.
Pertama, agama tidak menciptakan bahasa. Agama cuma memakai bahasa untuk beragama. Perkataan Allah juga berasal dari bangsa yunani purba yg bermaksud dewa air ataupun dewa kesuburan.dan bagi org kristian yg mgunakan nma Allah dlm terjemahan alkitab kini,tidak akan berfikir bahawa itu adlh dewa air, tetapi merujuk kpd Bapa disurga. Sebelum kelahiran nabi muhammad iaitu zman bapanya muhammad iaitu abdullah, nama Allah telah digunakan oleh org kristian meyebarkan agama kristian ditanah arab.itu berlaku sebelum kedatangan islam.dan org arab pagan masa itu telah pun mendengar akan pemberitaan injil. Mcm mana kamu boleh pasti itu agama islam yg punya sdangkn sudah lama digunakan oleh org kristian zaman dulu lg.