Sekiranya kita mempelajari tentang ilmu perbandingn Agama, kita akan pelajari bahawa terdapat 3 agama samawi iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Saya akan cuba
membandingkan ketiga agama ini dengan menggunakan rujukan dari Quran,
Alkitab, dan juga beberapa ensiklopedia yang ada.
Agama-agama ini mempunyai beberapa persamaan seperti percaya kepada Nabi Adam adalah
manusia pertama dan nenek moyang seluruh manusia, Ibrahim adalah seorang
Nabi, dan kitab suci Taurat sebagai wahyu Allah dan lain-lain lagi. Tetapi terdapat juga perbezaan yang sangat besar dari sudut dasar ajarannya.
Sebagai contoh, Yahudi
adalah agama tribal/kesukuan yang hanya dianut oleh bangsa Yahudi.
Agama ini tidak disebarkan ke luar dari suku Yahudi. Juteru itu, jumlahnya tidak berkembang. Sementara agama Kristian dan Islam tidak bersifat kesukuan dan disebarkan ke
seluruh manusia dan dianuti oleh berjuta-juta manusia.