Zaman
Nabi Muhammad juga muncul orang Yahudi berpengaruh bernama Abdullah bin
Sabak. Dia menyamar sungguh-sungguh sebagai seorang Islam yang alim.
Beliau seorang pendeta Yahudi . Beliau turut menghidupkan api perang
antara Ali Abi Talib dengan Muawiyah. Abdulah bin Sabak memihak kepada
Ali , membela Ali dan kaum kerabat Nabi Muhamad. Dengan itu ramai orang
tertarik kepadanya.
Abdullah
bin Sabak akhirnya mengatakan dalam ajarannya bahawa Ali Abu Talib itu
Tuhan. Menurut ajarannya , roh Allah bertempat dalam tiap-tiap Nabi.
Setelah Muhamad wafat, roh itu pindah kepada Ali Abi Talib. Kemudian
pindah lagi kepada anak-anaknya yang menjadi Imam.
Ketika
Abdullah bin Sabak dan pengkutnya bertemu Ali, beliau berkata 'Engkau
Tuhan', 'Engkau Dia'. Ali amat gelisah dan menghidupkan api untuk
membakar mereka. Tetapi mereka menyambut dengan 'Kini nampaklah kepada
kami kebenaran bahawa dia Allah , kerana yang menghukum orang dengan Api
hanya Allah'.
No comments:
Post a Comment