Monday, October 20, 2008

BIBLE TIDAK SAINTIFIK???

Kronologi Penciptaan Alam

Sekiranya ada yang mengatakan bahawa terdapat banyak kesalahan dalam Bible(Al-Kitab), adakah kita boleh percaya yang ia adalah sebuah kitab suci?

Saya yakin, kita semua percaya bahawa sebuah kitab suci tidak seharusnya mempunyai kesalahan kerana ia ditulis oleh tuhan. Saya hanya sekadar mengajak kita semua berfikir terutamanya rakan-rakan kristian yang saya kasihi sekalian, terpulang kepada kita semua untuk menilainya.

Sebagai contoh, cuba kita buka halaman pertama Perjanjian Lama Kitab (Kejadian 1:1-27). Muka surat ini menceritakan tentang proses penciptaan alam dalam masa enam hari :

Hari ke-1 Tuhan Allah mencipta siang dan malam
Hari ke-2 Tuhan Allah mencipta langit
Hari ke-3 Tuhan Allah mencipta daratan,lautan dan tumbuhan
Hari ke-4 Tuhan Allah mencipta matahari, bulan dan bintang
Hari ke-5 Tuhan Allah mencipta burung-burung dan binatang laut
Hari ke-6 Tuhan Allah mencipta binatang darat dan manusia
Hari ke-7 Tuhan berehat

Kesalahan pertama, saya percaya kita semua pernah belajar subjek sains di sekolah. Proses kejadian siang dan malam menurut sains berkait rapat dengan peranan matahari dan putaran bumi. Matahari sentiasa memancarkan cahayanya dan bumi sentiasa berputar. Bahagian yang menghadap cahaya matahari akan mendapat siang dan yang membelakangi matahari mengalami malam. Saya pasti kita semua setuju dengan fakta ini kerana ianya bukan lagi teori bahkan adalah fakta yang benar, tiada yang menolak fakta ini.

Sekarang cuba fikirkan, bagaimana boleh wujud siang dan malam kalau matahari belum ada? Cuba lihat kronologi di atas, siang dan malam telah pun ada pada hari pertama, tetapi yang peliknya matahari hanya muncul pada hari ke-4. Bukankah ianya tidak masuk akal? Bagi yang kita yang beragama Islam, kita bertambah yakin dengan pernyataan Kitab suci Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat yang menyatakan bahawa kitab suci orang Kristian dan Yahudi telah diubah dan sebenarnya ditulis oleh manusia yang kemudiannya mendakwa ini adalah kitab suci dari Tuhan.

Kesalahan kedua, adalah tentang proses fotosintesis yang kita semua belajar dalam mata pelajaran sains di sekolah. Proses ini merupakan proses bagaimana tumbuhan hijau membuat makanan. Di antara faktor yang amat diperlukan untuk menjalankan proses ini ialah cahaya matahari. Tanpa cahaya matahari, fotosintesis tidak mungkin akan terjadi.

Cuba kita lihat, menurut Bible tumbuhan wujud pada hari ke-3 sedangkan matahari hanya diciptakan pada hari ke-4.

Kepada sahabat2ku yang beragama kristian cuba renung2fikir2, bolehkah seorang yang terpelajar percaya dengan alasan paderi ”Percaya sajalah, tuhan itu maha berkuasa dia boleh buat apa sahaja”. Keyakinan itu adalah sesuatu yang sangat berharga, bukan ikut-ikutan. Guna akal untuk mengkaji agama saudara/i dan kalau ada masa, kajilah Islam. Sesungguhnya, saya tiada hak untuk memaksa saudara/i menerima Islam Cuma mengajak saudara/i berfikir dan menilai kepercayaan saudara/i turun temurun. Saya doakan agar Allah membuka hati saudara/i untuk mengkaji dan bertemu dengan agama yang akan menjamin keselamatan dari api neraka kelak kerana yang benar sahaja akan mendiami syurga dan yang salah dan sesat adalah penghuni neraka selama-lamanya.

1 comment:

daniel said...

salam.kenapa hari ke tujuh tuhan Allah berehat?disini seolah2 menyatakan Allah itu sudah penat.ini tidak logik kerana Allah maha berkuasa.Adalah logik jika dikatakan Allah itu sedang bersemayam,gagah sebagai raja alam semesta bukannya berehat selepas mencipta alam ini.