Wednesday, January 28, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 6 (Anak Tuhan)


Apakah maksud sebenar perkataan anak di dalam Bible?

Seperti yang kita semua sedia maklum, penganut Kristian mengganggap Jesus (Nabi Isa) sebagai anak tuhan yang merupakan salah satu oknum daripada 3 oknum dalam konsep Triniti. Sebenarnya, pengertian ‘anak’ di dalam Bible ini telah disalah ertikan oleh penganut Kristian. Sebenarnya, maksud perkataan ‘anak’ di dalam Bible ialah orang yang hampir dengan tuhan atau orang yang membuat kebaikan. Perkara ini telah dibuktikan dan dinyatakan pada banyak tempat di dalam Bible sama ada di dalam Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru.

Di antara ayat-ayat berkaitan dengan anak tuhan di dalam Bible yang perlu diketahui oleh pengkaji Bible dan juga penganut Kristian itu sendiri ialah :

1) Matius 5 : 9
Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut anak Allah

2) Ulangan 14 : 1
Kamulah anak-anak TUHAN, Allahmu; janganlah kamu menoreh-noreh dirimu ataupun menggundul rambut di atas dahimu kerana kematian seseorang;

3) Keluaran 4 : 22
Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung;

Bersambung siri 7.....

Tuesday, January 27, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 5 (Anak Tuhan)


Sebenarnya di sisi Allah, penciptaan Nabi Isa atau Jesus tanpa bapa adalah suatu yang amat mudah bagi Allah. Allah menempelak kepercayaan Kristian ini dengan sepotong ayat sahaja. Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 59 :

Sesungguhnya, misal (penciptaan) Isa di sisi Allah adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah. Kemudian Allah berfirman kepadanya : “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia.

Justeru, kenapa umat Islam sangat marah bila orang Kristian beranggapan Jesus anak tuhan? Baiklah, cuba kita semua bayangkan...kalau adik perempuan anda dituduh ada anak sedangkan dia belum lagi berkahwin. Anda marah atau tidak? Sudah tentulah marah, kerana itu adalah satu fitnah yang besar dan sangat memalukan dia kerana tidak sepatutnya ada anak sebelum berkahwin. Begitu jugalah kita umat Islam, kita sepatutnya marah kerana Allah dituduh dengan sifat yang tidak sepatutnya dengan kedudukanNya sebagai Tuhan sekalian alam.

Bahkan sebenarnya penciptaan Isa atau Jesus tanpa bapa ini melengkapkan lagi bukti kekuasaan Allah dalam proses penciptaan manusia. Allah telah menciptakan Adam tanpa lelaki dan tanpa perempuan. Kemudian Allah menciptakan Hawa dari seorang lelaki tanpa perempuan. Kemudian Allah menciptakan sekalian manusia yang lain manusia yang lain melalui proses yang normal iaitu melalui seorang lelaki dan seorang perempuan. Maka penciptaan Nabi Isa atau Jesus dari seorang perempuan tanpa lelaki hanya menggenapkan pembuktian kuasa Allah yang mampu keluar dari sunnatullah yang ditetapkanNya sendiri…

Bersambung siri 6.....

Friday, January 16, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 4 (Anak Tuhan)


ii ) Anak Tuhan

Seperti yang kita semua sedia maklum, penganut agama Kristian menganggap Nabi Isa (Jesus) sebagai anak Allah. Petikan ayat dari Kitab Bible yang digunakan oleh mereka untuk membuktikan bahawa Jesus adalah Anak Allah ialah

- (Yohanes 3:16)
- (Matius 3:16-17)
- (Surat Paulus Kepada Jemaat Roma 1:1-4)

Alasan yang digunakan oleh mereka untuk membuktikan Jesus itu sebenarnya adalah anak Allah ialah kelahirannya yang sangat ajaib iaitu tidak berbapa dan hanya mempunyai ibu iaitu Maryam. Pada pandangan mereka, hal ini membuktikan bahawa Jesus itu memang anak Allah. Mereka percaya Jesus sendiri mengaku bahawa baginda ialah anak Allah di beberapa tempat di dalam Bible.

Kepercayaan sebegini sangat bertentangan dengan konsep tauhid dalam agama Islam. Allah menegaskan dalam Surah Al-Ikhlas ayat 1-4 yang bermaksud:

1. Katakanlah : Dia-lah Allah Yang Maha Esa
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan Dia


Islam menentang keras kepercayaan syirik dan menghina Allah ini. Sifat keinginan terhadap zuriat dan anak-pinak adalah sifat yang melambangkan sifat manusiawi yang lemah. Maha suci Allah dari memiliki sifat makhlukNya yang hina dan lemah. Allah membuat penegasan dalam ayat ini bahawa Allah sekali-kali tidak berhajatkan kepada anak dan Dia juga tidak pernah diperanakkan oleh sesiapa. Firman Allah lagi di dalam Surah Maryam ayat 88-93 yang bermaksud :

88. Dan mereka berkata : Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak
89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar
90. Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh
91. Kerana mereka mendakwakan bahawa Allah yang Maha Pemurah mempunyai anak
92. Dan tidak layak bagi Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak
93. Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan yang Maha Pemurah sebagai seorang hamba


Bayangkan, langit dan bumi pun tidak boleh tahan apabila mendengar orang menuduh Allah mempunyai anak, inikan pula kita sebagai manusia. Sebenarnya, di sisi Allah soal penciptaan Nabi Isa (Jesus) tanpa bapa itu sesuatu yang mudah bagi Allah...

Bersambung siri 5.....

Wednesday, January 14, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 3 (Dosa Warisan)

Sebenarnya, kisah tentang Nabi Adam dan dosa warisan dalam Kristian ini telah diputar belitkan hatta akhirnya ia menjadi kepercayaan yang kompleks dan bertentangan dengan akal manusia. Berhubung dengan perkara ini, untuk lebih jelas sila baca kisah di bawah ini :

Datuk Johan memiliki sebuah kebun buah-buahan seluas dua ekar. Oleh kerana terlalu sibuk dia telah meminta khidmat Sallaeh, seorang pendatang dari China untuk menjaga kebun tersebut. Dalam kebun tersebut ada bermacam-macam jenis buah-buahan. Sebelum memulakan tugas, Datuk Johan berpesan kepada Salleh ” Salleh, kamu boleh makan semua jenis buah dalam kebun ini, cuma pokok durian ini saja jangan kamu sentuh, kalau kamu mahu makan kamu ambillah durian dari pokok yang lain” kata Datuk Johan kepada Salleh. Tapi biasalah sudah menjadi sifat manusia, yang dilarang itulah yang mahu dibuat sangat, yang disuruh bukan mahu dibuat.

Pada satu hari, oleh kerana terlalu ingin mahu rasa buah larangan tersebut, Salleh memanjat pokok durian tersebut. ”Bukan tuan aku tahu, diakan pergi KL out station” bisik hati kecil Salleh. Sedang asyik Salleh makan buah pokok tesebut, tiba-tiba Datuk Johan datang. Marah bukan main lagi Datuk Johan bila melihat Salleh sedang makan buah pokok durian itu. Lalu Salleh dihalau dari kebun tersebut. ”Sudahlah pendatang tanpa izin, tidak sedarkan diri, makanlah buah dari pokok lain!”. Puas hati Datuk Johan setelah menghalau Salleh dari kebun tersebut. Tapi Datuk Johan seorang yang baik hati, kasihan juga bila difikirkan nasib PTI itu (Salleh), mana dia mau lari, passport dia pun aku pegang.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memaafkan Salleh. Akan tetapi, sebelum dia memaafkan Salleh dia berkata ”Salleh, aku kasihan tengok kau. Sebelu aku memaafkan kau, aku terpaksa menampar, menendang dan menyepak anakku yang satu ini”. Lalu Datuk Johan terus menampar dan menendang anaknya. Bukan itu sahaja, Datuk Johan tiba-tiba mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala anaknya. Darah memancut-mancut keluar, anaknya mati di situ juga. ”Sekarang barulah boleh aku maafkan engkau” kata Datk Johan. Lega rasa hati Salleh. Baik sungguh hati tuan aku ini..


Apa pendapat anda tentang kisah ini? Bukankah kisah ini adalah kisah yang belaku antara Adam keturunannya serta Allah SWT menurut kepercayaan kristian? Meeka menggambarkan Allah SWT sebagai tuhan yang mengasihi manusia. Oleh kerana kasihNya inilah Dia mengutus satu-satu anakNya iaitu Jesus untuk menebus dosa Ada yang terpaksa diwarisi oleh keturunannya. Adakah anda bersetuju Datuk Johan seorang yang sangat baik hati? Atau Datuk Johan seorang yang zalim atau lebih tepat gila?

Kepercayaan bahawa dosa Adam diwarisi oleh keturunannya adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Apa salah anak Adam terpaksa menanggung dosa yang dilakukan oleh Adam. Islam mengiktiraf setiap bayi yang dilahirkan sebagai suci dari segala dosa. Bahkan Islam punyai prinsip bahawa sesiapa yang melakukan dosa maka dialah yang bertanggungjawab terhadap dosa tersebut.

Sebenarnya dalam bible sendiri banyak ayat-ayat yang sama prinsip dengan Islam. Antaranya : (Yehezkiel 18:20),(2 Raja-raja 14:6),(Ulangan 24:16). Justeru, kisah dosa warisan ini semata-mata rekaan Paulus untuk membenarkan dakwaan Jesus sebagai jeruselamat.

Bersambung siri 4.....

Tuesday, January 13, 2009

Boikot Berstrategi - Ambil Dan Edar!!!




Tumpukan Boikot Barangan2 Ini,
BERMULA 12 JANUARI HINGGA 12 JULAI 2009.
Sasaran - LUMPUH!! Post di Blog ANda!

Saturday, January 10, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 2 (Dosa Warisan)


Kisah penciptaan Adam dan perlanggaran terhadap larangan Allah di Taman Eden atau di Syurga ini di catat sebagai kisah pertama di dalam Al-Qur’an . Firman Allah tersebut terdapat di dalam surah Al Baqarah : 30-37 (Boleh rujuk dalam Al-Quran).

Kisah yang sebenar yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an sangat mudah untuk difahami. Adam telah ditempatkan di dalam syurga bersama isterinya Hawa. Mereka dilarang dari mendekati sepohon pokok oleh Allah tetapi akibat digoda iblis, Adam dan pasangannya, Hawa telah melanggar perintah ini. Sebagai balasan Allah mengeluarkan mereka berdua dari syurga. Adam dan Hawa menyesal atas kesilapan yang telah mereka lakukan. Allah memberikan kepada mereka beberapa kalimat iaitu doa memohon keampunan dari dosa yang berbunyi (Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Sekiranya engkau tidak mengampuni dosa kami dan tidak merahmati kami nescaya kami tergolong dari kalangan orang-orang yang zalim). Setelah Nabi Adam merintih memohon keampunan dosa dengan doa tersebut maka Allah mengampunkan mereka. Lalu Allah berfirman lagi dalam surah Al Baqarah ayat 38-39 :

38. Kami berfirman : “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”.

39. Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu penghuni neraka ; mereka kekal di dalamnya.

Allah mengingatkan Adam dan keturunannya bahawa Dia akan mengirimkan kepada mereka petunjuk iaitu melalui nabi dan rasul serta kitab panduan yang akan diutuskan. Sesiapa dalam kalangan mereka yang mengikut petunjuk yang diberikan, dia tidak perlu bimbang, dia pasti selamat, sesiapa yang mengkufuri dan mendustakan petunjuk itu maka tempatnya adalah neraka buat selama-lamanya.

Bersambung siri 3.....

Wednesday, January 7, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 1 (Dosa Warisan)

Berdakwah kepada orang yang belum Islam adalah amanah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Oleh kerana itu, pendakwah perlu dahulu memahami secara tepat ajaran agama-agama lain supaya kita tidak dituduh menyebarkan fitnah berhubung dengan agama lain...Justeru sebelum kita bercakap tentang Kristian, kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka.

Asas Kepercayaan Kristian :

i) Dosa warisan
ii) Anak Tuhan
iii) Ketuhanan Jesus
iv) Penyaliban Jesus
v) Triniti


Inilah asas-asas yang perlu dikuasai oleh para pengkaji kerana atas asas inilah terbinanya segala kepercayaan dan akidah mereka.

i) Dosa Warisan

Kisah dosa warisan -> (Kejadian 2:7-25 dan 3:1-20)

Dari kisah inilah munculnya kepercayaan dan doktrin DOSA WARISAN. Ringkasnya ialah Adam telah melanggar larangan Allah yang melarangnya mengambil dari buah pohon pengetahuan (epal). Adam digoda oleh isterinya hawa yang telah dipengaruhi Lucifer yang menjelma dalam bentuk ular. Perlakuan Adam dan Hawa ini adalah satu dosa yang sangat besar dan dosa ini diwarisi oleh seluruh keturunannya. Kepercayaan atau akidah ini dijelmakan melalui surat-surat Paulus, antaranya :

(1Korintus 15:20-22 dan Roma 5:12-14)

Perlu kita ketahui di sini bahawa, para ilmuan Kristian sendiri berselisih pendapat tentang persoalan ini :

1. Jesus mati untuk menebus dosa semua manusia. Oleh itu, semua manusia telah selamat dan akan dimasukkan ke dalam syurga walaupun dia bukan beragama Kristian.
2. Hanya orang yang beriman dan dibaptistkan akan masuk syurga.

Adakah seseorang itu akan masuk syurga sekiranya dia tidak sempat dibaptist? Berhubung dengan persoalan ini, terdapat dua pendapat :

a) Kekal di dalam neraka
b) Akan diberi peluang kedua ketika Jesus kembali

Kepercayaan terhadap dosa warisan inilah yang melahirkan kepercayaan-kepercayaan lain dalam agama Kristian. Tanpa kepercayaan terhadap dosa warisan ini, maka tidak akan wujud kepercayaan tentang perutusan Jesus sebagai juruselamat dan Jesus tidak perlu mati ditiang salib untuk menebus dosa manusia.

Seperkara lagi yang kita perlu ketahui, dosa yang dilakukan oleh Adam disebabkan hawa. Oleh kerana Hawa menggoda Adam memakan buah larangan di Taman Eden, maka kaum wanita telah disumpah dengan sumpahan dan kematian.

Dia (Tuhan) memberi 9 sumpahan dan kematian :

1. Menderita kerana senggugut (Apabila datang haid)
2. Hilang dara
3. Menderita kesakitan mengandung
4. Sakit melahirkan anak
5. Menderita membesarkan anak
6. Kepalanya ditutup seperti orang berkabung
7. Telinganya dicucuk (dipakaikan anting-anting) seperti abdi
8. Seperti amah dia menunggu suaminya
9. Persaksiannya tidak diterima
10. Selepas semua sumpahan itu, datanglah kematian.

" Nasib baik bukan orang lelaki yang hasut orang perempuan. Kalau tidak, orang lelakilah yang kena mengandung...hehehe..." (^_^)

Bersambung Siri 2.....

Sunday, January 4, 2009

Keyakinan Kita Terhadap Nabi Isa...Siri 2


Antara keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Isa ialah :

1. Dilahirkan dengan kelahiran yang berbeza dengan manusia biasa
2. Berkata-kata semasa kecil dalam pangkuan ibunya Maryam, wanita yang suci
3. Dapat menyembuhkan orang yang sakit kusta
4. Dapat mencelikkan yang buta
5. Dapat menghidupkan orang yang mati
6. Dikurniakan kitab injil
7. Digelar Al-Masih

Semua ciri-ciri keistimewaan ini disebut jelas melalui firman Allah seperti berikut :

Surah Al-Maidah : 110

[110] (Ingatlah), ketika Allah mengatakan : “Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu diwaktu Aku menguatkan kamu dengan Ruhul qudus, kamu dapat berbicara dengan manusia diwaktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) diwaktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan keizinanKu. Dan (ingatlah) diwaktu kamu manyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan keizinanKu, dan (ingatlah) diwaktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan keizinanKu, dan (ingatlah) diwaktu Aku menghalangi Bani Israel (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir di antara mereka berkata : “ini tidak lain melainkan syirik yang nyata”.

Surah Ali-Imran 45-51

[45] (Ingatlah), ketika malaikat berkata : “Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat* (yang datang) daripadaNya, nama Al Masih Isa putra Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah).

[46] Dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia adalah termasuk orang-orang yang saleh”.

[47] Maryam berkata : “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun”. Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril) : “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya, apabila Allah menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya ‘jadilah’ lalu jadilah dia.

[48] Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab*, hikmah, Taurat dan Injil.

[49] Dan (sebagai)seorang Rasul kepada bani Israel (yang berkata kepada mereka) : Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupkannya, maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.

[50] Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

[51] Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus”.

* Maksudnya : membenarkan kedatangan seorang nabi yang diciptakan dengan kalimat ‘kun’ (jadilah) tanpa bapa yaitu nabi Isa.
* Al kitab di sini ada yang menafsirkan dengan pelajaran menulis, dan ada pula yang menafsirkannya dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah sebelumnya selain Taurat dan Injil.


Walaupun begitu, Nabi Isa masih tetap seperti manusia biasa yang dianugerahkan darjat kenabian dan kerasulan dan bukannya Tuhan. Semua keistimewaan yang Allah kurniakan itu merupakan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Isa dan Nabi-nabi yang lain...Inilah keyakinan kita sebagai seorang muslim terhadap Nabi Isa (Jesus)...Wallahua'lam...

Thursday, January 1, 2009

Keyakinan Kita Terhadap Nabi Isa...Siri 1


Pada artikel kali ini, akan menjelaskan kepada kita adalah tidak benar keyakinan umat Kristian terhadap Nabi Isa yang menganggapnya sebagai anak tuhan. Allah SWT mengingatkan mereka di dalam surah An-Nisa’, ayat 171 :

Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu [383], dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya [384] yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya [385]. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.

[383] Maksudnya : Janganlah kamu mengatakan Nabi Isa as itu Allah, sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani.

[384] Maksudnya : Membenarkan kedatangan seorang nabi yang diciptakan dengan kalimat kun (jadilah) tanpa bapa iaitu nabi Isa as.

[385] Disebut tiupan dari Allah kerana tiupan itu berasal dari perintah Allah.

Sebagai umat Islam kita dituntut beriman terhadap kerasulan Nabi Isa sama seperti rasul-rasul yang lain. Bahkan Nabi Isa adalah salah seorang rasul Ulul Azmi yang banyak menerima rintangan dan cabaran dalam menjalankan tugas dakwah yang nama Nabi Isa disebut 25 kali di dalam Al-Qur’an. Kita berkeyakinan Nabi Isa seorang rasul yang dikurniakan Allah SWT dengan pelbagai mukjizat yang membuktikan kenabian serta kerasulan baginda.

InsyaAllah, pada siri seterusnya akan menerangkan kepada kita antara keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran.

Bersambung Siri 2.....