Kisah penciptaan Adam dan perlanggaran terhadap larangan Allah di Taman Eden atau di Syurga ini di catat sebagai kisah pertama di dalam Al-Qur’an . Firman Allah tersebut terdapat di dalam surah Al Baqarah : 30-37 (Boleh rujuk dalam Al-Quran).
Kisah yang sebenar yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an sangat mudah untuk difahami. Adam telah ditempatkan di dalam syurga bersama isterinya Hawa. Mereka dilarang dari mendekati sepohon pokok oleh Allah tetapi akibat digoda iblis, Adam dan pasangannya, Hawa telah melanggar perintah ini. Sebagai balasan Allah mengeluarkan mereka berdua dari syurga. Adam dan Hawa menyesal atas kesilapan yang telah mereka lakukan. Allah memberikan kepada mereka beberapa kalimat iaitu doa memohon keampunan dari dosa yang berbunyi (Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Sekiranya engkau tidak mengampuni dosa kami dan tidak merahmati kami nescaya kami tergolong dari kalangan orang-orang yang zalim). Setelah Nabi Adam merintih memohon keampunan dosa dengan doa tersebut maka Allah mengampunkan mereka. Lalu Allah berfirman lagi dalam surah Al Baqarah ayat 38-39 :
38. Kami berfirman : “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”.

Allah mengingatkan Adam dan keturunannya bahawa Dia akan mengirimkan kepada mereka petunjuk iaitu melalui nabi dan rasul serta kitab panduan yang akan diutuskan. Sesiapa dalam kalangan mereka yang mengikut petunjuk yang diberikan, dia tidak perlu bimbang, dia pasti selamat, sesiapa yang mengkufuri dan mendustakan petunjuk itu maka tempatnya adalah neraka buat selama-lamanya.
Bersambung siri 3.....
No comments:
Post a Comment