Friday, October 31, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 2

Untuk siri ke-2 ini, marilah kita bersama-sama lihat beberapa contoh pembuktian dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.

Seperti yang saya sebut pada siri 1, Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah hasil semakan semula versi King James yang mana para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain. Untuk perhatian sekali lagi, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James.

CONTOH 1
Perbezaan antara versi King James dan Revised Standard Version ialah perbezaan kandungan buku Injil Markus Bab 16 versi King James 1611 dan Revised Standard 1952.

Versi King James 1611 : Injil Markus bab 16 mengandungi ayat 1-20
Versi Revised Standard 1952 : Injil Markus bab 16 mengandungi ayat 1-8


Kesimpulannya, setelah para cendiakawan kristian yang seramai 32 orang itu menyemak semula manuskrip-manuskrip lama kitab bible mereka mendapati manuskrip yang lebih tua hanya mengandungi ayat 1-8 sahaja sedangkan sebahagian manuskrip yang datang kemudian mengandungi ayat 1-20. Lalu mereka mengiktiraf manuskrip yang lebih lama yang hanya memuatkan ayat 1-8 sebagai teks yang paling tepat.

Namun, salinan di dalam versi New International Version 1978 Markus 16:9-20 yang ditambah dalam versi King James/Al-kitab mengandungi doktrin penting dalam agama kristian iaitu :

a) Doktrin tentang Jesus terangkat ke syurga dan duduk di sebelah kanan Allah. Perkara ini tidak terdapat di dalam ayat-ayat injil yang lain kecuali di sini dan dalam Lukas 24:51 juga ditambah di dalam versi King James (saya akan sentuh pada contoh 2). Sebagaimana yang kita tahu, versi King James dihasilkan dengan bersandarkan kepada menuskrip-manuskrip yang berusia sekitar 300-400 AD. Di dalam manuskrip-manuskrip lama ini terkandung penambahan doktrin ini. Manakala versi Revised Satandard Version yang rujukannya ialah manuskrip yang lebih lama dan mungkin hampir tepat..tidak mengandungi penambahan doktrin (tidak ada cerita Jesus terangkat ke syurga dan duduk disebelah kanan Allah).

b) Jesus tidak diperintahkan menyampaikan ajarannya kecuali kepada Bani Israel. Buktinya, Jesus berkata dalam (Matius 10:5-6) juga (Matius 15:24-25). Oleh itu, penambahan ini sengaja dilakukan untuk mengubah arahan Jesus supaya jangan menyampaikan ajaran Jesus selain bangsa Israel kepada semua bangsa lain di dunia.

BIBLE TIDAK SAINTIFIK 3???

BUMI TIDAK BERGERAK???

i) Tawarikh 16:30

Gementarlah di hadapan-Nya hai segenap bumi;
Sungguh tegak dunia, tidak bergoyang.

ii) Mazmur 93:1

…Sungguh, telah tegak dunia,
tidak bergoyang;

Pernyataan tentang bumi tidak bergerak adalah satu lagi kesalahan ilmiah yang terdapat di dalam bible. Kita semua tahu bahawa fakta dunia sains moden hari ini menyatakan bahawa bumi bergerak di atas orbitnya. Hal ini merupakan satu lagi bukti menafikan bahawa bible adalah Injil yang diyakini oleh penganut Islam kerana telah berlaku pengubahan pada kitab Injil ini oleh tangan-tangan manusia.

Wednesday, October 29, 2008

BIBLE TIDAK SAINTIFIK 2???

LANGIT DAN BUMI ADA TIANG???

Langit Ada Tiang

i) Ayub 26:11

tiang-tiang langit bergoyang-goyang,
tercengang-cengang oleh hardik-Nya.

Bumi Ada Tiang

i) Ayub 9:6

Yang menggeserkan bumi dari tempatnya,
Sehingga tiangnya bergoyang-goyang;

ii) Mazmur 75:4

Bumi hancur dan semua penduduknya;
Tetapi Akulah yang mengokohkan tiang-tiangnya.

Pernyataan tentang langit dan bumi mempunyai tiang adalah satu lagi kesalahan ilmiah yang terdapat di dalam bible kerana kita semua tahu bahawa fakta dunia sains moden hari ini tidak ada menyatakan langit dan bumi mempunyai tiang. Hal ini merupakan satu lagi bukti daripada banyak bukti-bukti yang telah saya kemukakan sebelum ini bahawa telah jelas berlaku campur tangan manusia dalam mengubah kandungan bible. Sekaligus menafikan bahawa ianya adalah sebuah kitab suci Injil yang diyakini oleh penganut Islam kerana telah berlaku pengubahan pada kitab Injil ini oleh tangan-tangan manusia.

Monday, October 27, 2008

RAMALAN YANG TIDAK DIPENUHI DALAM BIBLE???

RESPON KEPADA AGURL_FAITH


Terima kasih kepada saudari Agurl_faith kerana memberikan respon kepada artikel saya tentang keraguan yang terdapat dalam kitab bible. Saya ingin memberikan respon kepada saudari Agurl_faith mengenai ramalan-ramalan dalam al-kitab seperti yang sama muatkan di bawah ini:

Penggenapan Ramalan dalam Alkitab
Bukti-bukti utama lain yang mendukung kebenaranAlkitab berpusat pada penggenapan ramalan-ramalan yang terdapat dalam Alkitab. Alkitab berisi ramalan-ramalan spesifik tentang negara, kota, kejadian sejarah, dann pribadi. Tapi yang lebih meyakinkan adalah bukti penggenapan terhadap ramalan-ramalan tersebut sampai ke detail-detailnya. Bahkan begitu meyakinkannya sampai Tuhan sendiri yang menetapkan penggenapan sebagai legitimasi terhadap asal muasal dan kebenaran. (Yesaya 41:21-24, 46)Contoh klasik dari penggenapan yang bisa dikutip adalah ramalan pada 6 tahun SM tentang kehancurann kota Tirus (Yeheskiel 26). Mungkin yang paling menakjubkan dari penggenpan ramalan-ramalan itu melibatkan ramalan-ramalan Ilahi berkaitan dengan Kristus. PL memuat 332 ramalan-ramalan spesifik yang sungguh-sungguh digenapi okeh Kristus sendiri. Fakta ini bukann sekadar menunjukkan tanda kepercayaan-Nya yang nyata tapi juga membenarkan asal-usul/sumber dari Alkitab itu sendiri.- Lahir di Betlehem (Mika 5:2/Luk 2:4-7)- Lahir dari seorang perawan (Yes 7:14/Mat 1:18,24,25)- Masuk Yerusalem menunggang keledai (Zak 9:9/Luk 19:35-37)- Dikhianati teman (Maz 41:9/Mat 10:4)- Dikhianati hanya dengan 30 keping uang perak (Zak 11:12/Mat 26:15)- Tangan dan kaki dipaku (Maz 22:16/Luk 23:33)- Tidak menjawab pertanyaan para penangkapnya (Yes 53:7/27:12-19)- Diberi anggur pahit untuk diminum (Maz 69:21/Mat 27:3)- Disalib bersama-sama dengan para pencuri (Yes 53:12/Mat 27:38)- Lambung-Nya ditusuk (Zak 12:10/Yoh 19:34)


Meskipun ada beberapa perkataan yang saya kurang faham (kerana berbahasa Indonesia) namun saya mengerti bahawa saudari Agurl_faith telah menceritakan tentang ramalan yang telah dipenuhi dalam Al-kitab sekaligus menunjukkan bahawa ianya adalah sebuah kitab suci. Saya juga akan menerima segala apa yang disampaikan oleh saudari Agurl_faith tentang ramalan-ramalan tersebut.

Namun saya ingin bertanya kepada saudari, bagaimana pula sekiranya terdapat ramalan-ramalan yang tidak dipenuhi dalam al-kitab? Adakah kita boleh menerimanya sebagai sebuah kitab suci? Pada saya, sudah pasti ianya tidak boleh dianggap sebagai sebuah kitab suci sekiranya ada ramalan-ramalan yang tidak dipenuhi. Hal ini kerana, sebuah kitab yang dianggap suci dan firman Tuhan, tidak akan mempunyai sebarang kesalahan meskipun daripada aspek ramalan apatah lagi daripada aspek ilmiah yang seharusnya menjadi fokus utama.

Pada saya, sekiranya ramalan menjadi penilaian utama..maka buku Nostradamus yang banyak memuatkan ramalan-ramalan sepatutnya lebih layak dikatakan sebagai buku yang terbaik untuk menjadi firman tuhan.

Saya akan mengemukan beberapa contoh ramalan di dalam bible yang tidak dipenuhi :

i) Kejadian 4:12 VS Kejadian 4:17

4:12 - Tuhan memberitahu Kain bahawa dia akan menjadi pelarian dan pengembara di bumi. “...;engkau menjadi seorang pelarian dan pengembara di bumi”.

4:17 - Namun dalam ayat ini memberitahu bahawa Kain telah mendirikan suatu kota yang bernama Henokh sekaligus ramalan bahawa dia akan menjadi pelarian dan pengembara di bumi tidak dipenuhi. “...;kemudian Kain mendirikan suatu kota dan dinamainya kota itu Henokh,...”

ii) Yehezkiel 26 (Nebukadnezar akan menghancurkan Kota Tirus)
- Namun, kita semua mengetahui bahawa yang menghancurkan Kota Tirus adalah ‘Alexander The Great’ dan bukannya Nebukadnezar. Sekaligus, ramalan tidak menjadi kenyataan.

iii) Yesaya 7:14
- Jesus akan lahir dari seorang perempuan suci dan diberi nama Imanuel “Seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki, dan ia akan menamakan Dia Imanuel”. Namun, tidak ada dalam bible disebut Jesus kristus dipanggil sebagai Imanuel.

Di atas ini, adalah beberapa contoh daripada banyak lagi ramalan-ramalan yang tidak dipenuhi dalam bible. Namun, saya cuma minta supaya saudari Agurl_faith respon kepada beberapa contoh di atas sahaja.

Semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah oleh Allah..
Terima kasih ^_^

Friday, October 24, 2008

RESPON KEPADA AGURL_FAITH...

BUMI BERBENTUK RATA DALAM ALKITAB???

Assalamu’alaikum...
Salam kasih sayang Islam kepada semua.

Terima kasih kepada saudari Agurl_faith (mohon maaf kerana saya tidak tahu nama sebenar saudari) kerana respon yang sangat memberangsangkan dan diharapkan akan meneruskan perbincangan dalam blog ini untuk sama-sama mencari kebenaran. Saya ingin memberikan respon kepada Agurl_faith berhubung tajuk “ketepatan Alkitab secara ilmiah” dalam respon beliau. Berikut adalah pandangan beliau :

Tak satupun penemuan ilmiah yang bisa membuktikan ketidakbenaran pernyataan-pernyataan yang tertulis dalam Alkitab. Bahkan ilmu pengetahuan yang semakin berkembang semakin menunjukkan ketepatan pernyataan-pernyataan itu.

- Alkitab menyatakan bahwa bumi itu bulat lebih dari 2.200 tahun sebelum abad ke 15 dimana penjelajahan dilakukan untuk membuktikan bahwa bumi itu tidak datar. (Yesaya 40:22). “Dia yang bertahta di atas bulatan bumi…” Bahasa Ibrani menerjemahkannya sebagai ‘lingkaran’ yang maksud sebenarnya dalam ayat ini adalah ‘bulatan.’


Saya ingin membawa saudari Agurl_faith dan pengunjung semua kepada ayat dalam bible,

Matius 4:8
( Dan iblis membawaNya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepadaNya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya)

Lukas 4:5
(Kemudian ia membawa Jesus ke suatu tempat yang tinggi dan dalam sekejap mata ia memperlihatkan kepadaNya semua kerajaan dunia)

Daniel 4:10-11
10 - (Adapun penglihatan yang kudapatdi tempat tidurku itu,demikian: di tengah2 bumi ada sebatang pohon yang sangat tinggi
11 - (Pohon itu bertambah besar dan kuat, tingginya sampai ke langit, dan dapat dilihat sampai ke hujung seluruh bumi)

Dalam Matius dan Lukas, disebutkan bahawa Jesus dibawa ke atas gunung yang sangat tinggi dan dilihatkan kepadanya seluruh kerajaan dunia. Fakta sains hari ini menjelaskan kepada kita bahawa bumi itu berbentuk bulat atau lebih tepat ‘sfera’. Disebabkan bumi yang berbentuk sfera, mustahil untuk kita melihat keseluruhan bumi melainkan bumi berbentuk rata. Begitu juga halnya pada Daniel yang menyatakan bahawa tinggi pokok itu sampai ke langit dan dapat dilihat sampai ke hujung seluruh bumi. Nah, mana mungkin seluruh bumi dapat melihat pokok tersebut sekiranya bumi itu berbentuk bulat atau sfera melainkan bumi itu berbentuk rata.

Maka ini adalah satu lagi kesalahan ilmiah dalam bible dengan menyatakan bahawa bentuk bumi adalah rata sehingga jesus boleh melihat semua kerajaan dunia dari gunung tinggi(Lukas&Matius) dan tinggi pokok yang boleh dilihat sampai ke hujung seluruh bumi(Daniel).

Berhubung dengan ayat dalam (Yesaya 40:22) : “Dia bertakhta di atas bulatan bumi...”

Apa yang boleh saya katakan ialah, bila kita mengambil bahawa bumi berbentuk rata dan kita gabungkannya dengan (Yesaya 40:22 bahawa Dia bertakhta di atas bulatan bumi) maka kita semua boleh membuat kesimpulan bahawa, pandangan bible tentang bumi ini adalah seperti duit syiling yang berbentuk bulat tapi permukaannya rata. Seperti gambar rajah di bawah.

Maka ini adalah satu lagi kesalahan ilmiah daripada banyak lagi contoh2 yang telah saya kemukan dalam artikel saya dan yang akan saya kemukan pada artikel saya yang akan datang.

Renung2 fikir2....
Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah...

RESPON KEPADA SAUDARA MIKE...

KONSEP TRINITY...
Terima kasih kepada saudara Mike kerana sudi memberikan respon dan saya harap Mike akan meneruskan perbincangan dalam blog ini atas dasar kasih sayang sesama manusia untuk mencari kebenaran dalam hidup kita agar selamat di dunia dan akhirat. Terlebih dahulu, saya akan respon dengan beberapa pandangan pengunjung blog ini sebelum kita menyambung perbincangan kita tentang sejarah Bible yang sudah saya sentuh dalam siri 1 yang lepas.

Respon Mike berhubung konsep Trinity :
(BAPA + ANAK + RUHUL QUDUS = SATU TUHAN)
Mike membawa perumpamaan dan analogi konsep Trinity ini seperti berikut :
Abu merupakan seorang suami kepada isterinya Fatimah. Pada masa yang sama, dia juga seorang anak kepada bapanya yang masih hidup dan dia juga adalah bapa kepada anak-anaknya. Bukankah Abu tetap satu walaupun dia mempunyai 3 peranan (Anak,Suami,Bapa)? Maka, konsep Trinity ini sama analoginya seperti situasi Abu di atas.(3 tetapi sebenarnya 1)


Sebelum saya jawab berhubung dengan respon daripada saudara Mike, saya akan masukkan sedikit sejarah konsep Trinity ini. Untuk pengetahuan semua, konsep Trinity ini hanya muncul semasa Konsul Pertama di Konstantinople 381M (yang akan saya sentuh pada artikel saya yang akan datang). Sebelum itu, konsep ini belum lagi wujud dalam dunia Kristian.Adakah persoalan Trinity ini dibicarakan secara jelas di dalam kitab Bible? Terdapat satu ayat dalam Surat Yohanes Yang Pertama 5:7 yang berbunyi :

5:7 Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu).

Ayat inilah yang digunakan sebagai sandaran membuktikan konsep Trinity. Sebagaimana yang telah saya terangkan pada artikel saya sebelum ini (rujuk artikel bertajuk Bible telah diubah siri 1) bahawa para pengkaji Bible khususnya penulis-penulis Revised Standard Version 1952 yang terdiri dari 32 orang pakar Bible yang disokong oleh 50 mazhab Kristian mendapati ayat-ayat ini tidak ada pada manuskrip-manuskrip yang lama dan hanya ditambah dalam manuskrip yang terkemudian. Oleh kerana itulah mereka tidak memasukkannya dalam Revised Standard Version yang disiapkan dalam tahun 1952. Hal ini bermakna, konsep trinity juga adalah penambahan baru terhadap ajaran Kristian.

Berhubung dengan soalan Mike, saya ingin bertanya ”Sekiranya Abu sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya mati, adakah Abu sebagai seorang suami kepada isterinya masih hidup? Jawapannya, sudah pasti tidak, kerana dia adalah individu yang sama. Kalau Abu mati, maka dia sebagai seorang anak kepada bapanya juga mati,dia sebagai seorang suami kepada isterinya juga mati dan dia sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya juga mati. Hal ini kerana, Abu adalah orang yang sama, cuma memiliki 3 peranan sebagai anak,suami,dan bapa kepada anak-anaknya.

Maka soalan saya, ”Bukankah Jesus mati pada hari jumaat? Semasa Jesus mati, adakah tuhan Bapa masih hidup? Kalau kita mengikut analogi kisah Abu ini, semasa Jesus mati maka tuhan Bapa juga sepatunya turut mati. Hal ini kerana, bila Abu mati sebagai seorang anak kepada bapanya maka dia juga mati sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya. Tetapi, bila Jesus mati, Tuhan bapa masih hidup. Bermakna, analogi ini tidak tidak masuk akal dan tidak boleh diguna pakai berhubung konsep Trinity.


Semoga kita semua dirahmati Allah...
Salam kasih sayang Islam saya kepada semua...

Thursday, October 23, 2008

RESPON KEPADA SAUDARI MELICA...


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Melica di atas respon yang saudari berikan dalam laman blog ini.

Ya, saya sentiasa berdoa agar selalu diberi petunjuk dalam kehidupan ini. Segala puji bagi Allah, setakat ini keyakinan saya masih kuat untuk berpegang dengan ajaran Islam kerana saya masih belum bertemu dengan sebarang kesalahan dan keraguan dalam agama ini mahupun kitab Al-Quran.

Malah, semakin saya mengkaji agama-agama lain, semakin saya bertemu dengan kesalahan dan keraguan dalam agama tersebut dan kitabnya.

Justeru, dengan artikel-artikel yang saya publish dalam blog ini, saya sangat berharap agar saudari terus memberi respon kepada artikel2 saya agar keraguan saya terhadap bible dapat dijawab.

Selain itu untuk pengetahuan saudari Melica, dalam Islam juga kami percaya dengan Jesus (Nabi Isa) namun bukan sebagai tuhan tetapi sebagai pesuruh Allah yang di utuskanNYA untuk membimbing manusia ke jalan yang benar sama seperti rasul-rasul yang lain seperti Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan sebagainya.

Kami juga meyakini bahawa Nabi Isa mempunyai anugerah yang luar biasa yang diberikan Allah kepada rasul-rasulnya yang disebut dalam Islam sebagai mukjizat. Tetapi mukjizatnya itu hanya sebagai seorang rasul utusan Allah dan bukannya sebagai tuhan.

Justeru saya berharap agar saudari Melica tidak berhenti bertukar-tukar pandangan dalam blog ini atau terus memberikan respon kepada email saya atas dasar kasih sayang sesama manusia untuk mencari jalan kebenaran dalam hidup saudari Melica, saya dan semua umat manusia agar kita semua selamat di dunia dan akhirat.

Wednesday, October 22, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 1

Revised Standard Version 1952 VS King James VS New International version


Mungkin, topik yang akan kita bincangkan selepas ini agak berat sedikit kerana ianya banyak melibatkan fakta sejarah. Hal ini adalah atas permintaan rakan kristian saya agurl_faith, yang meminta saya menerangkan bila, bagaimana, kenapa dan siapa yang mengubah bible ini. InsyaAllah saya akan terangkan dalam beberapa siri kerana kita perlu meneliti dan memahami sejarah penulisannya. Saya juga mengalu2kan sekiranya ada rakan2 ku daripada penganut kristian yang ingin bertanya sekiranya mempunyai keraguan tentang sejarah penulisan Al-Quran. Dengan izin Allah, saya akan menjawabnya.

Versi King James 1611 adalah versi yang paling popular dalam kalangan orang kristian. Pada tahun 1611 Vesi King James telah ditulis dan diterima pakai sebagai Kitab Bible paling baik. Versi ini didasarkan kepada 3 manuskrip lama iaitu :
i) Codex of Vaticanus ii) Codex of Sinaiticus iii) Codex Alexandrianus

Tetapi para cendiakawan kristian tidak berpuashati terhadap terjemahan Inggeris versi ini.Oleh itu, mereka telah menyemak semula ketepatan terjemahan pada versi King James ini. Terdapat banyak semakan semula telah dilakukan. Di antara versi semakan semula itu ialah Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun1952. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain.

Pada tahun 1978 pula, mereka menyemak semula dan terhasillah New International Version (NIV). Untuk pengetahuan dan perhatian semua, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James. Sedangkan :

i) Para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Preface Revised Standard Version menyatakan ”The King James has grave defects. Pada tempat lain mereka menyatakan “The King James Version of the New Testament was based upon Greek Text that was marred by mistakes, containing the accumulated errors of the fourteen centuries of manuscript copying”.

ii) Para cendiakawan kristian yang menulis Preface New International Version pula menyatakan “…the biblical text is sometimes uncertain”

Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran bahawa kitab-kitab ini telah diubah dan mereka sewenang-wenangnya mendakwa ianya adalah Kalam Tuhan sedangkan permainan tangan-tangan manusia sangat jelas. Dengan izin Allah, saya akan sentuh dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.

PENULIS BUKU TIDAK DIKETAHUI???

Berdasarkan bible digital yang disediakan oleh sabda web, ada disenaraikan setiap buku beserta penulisnya. Sekiranya anda melihatnya, maka anda akan mendapati bahawa ada penulis-penulis buku yang tidak diketahui. Contohnya : (Hakim),(Rut),(1 Samuel),(2 Samuel),(1 Raja),(2 Raja) dan lain2.

Berdasarkan kepada perincian yang dibuat oleh New International Version Edisi ke 10:
i) Penulis kitab pertama Kitab Perjanjian Lama ialah Musa.
ii) 51.3 % pengarang kitab Bible tidak dikenali identiti mereka
iii) 30.8 % agak pasti siapa penulisnya

Walaupun telah terang dan jelas penganut kristian tidak mengenali sebahagian besar penulis buku-buku dalam Bible, namun mereka tetap meyakini bahawa ianya adalah sebuah kitab suci. Cuba bayangkan sebuah buku yang anda temui di mana-mana dan tidak diketahui siapa penulisnya, adakah anda percaya isi kandungannya, apatah lagi dakwaan bahawa ianya datang dari Allah? Tentulah tidak.

Renung2 fikir2....

BIBLE PROTESTAN & KATOLIK BERBEZA???

Perkataan bible in diambil dari kata Biblos dalam bahasa Greek yang bermaksud kumpulan atau himpunan buku-buku.Dengan kata lain, pada satu ketika terdapat banyak buku-buku yang ditulis oleh ramai penulis yang berbeza-beza dan hidup di pelbagai zaman dan dianggap sebagai suci oleh penganut kristian, lalu buku-buku itu dihimpunkan dalam sebuah buku. Himpunan inilah yang dikenal dengan nama Bible.

Secara asasnya, bible dibahagikan kepada 2 bahagian utama :
i) Perjanjian Lama (Old Testament)
ii)Perjanjian Baru (New Testament)

Kandungan bible tidak disepakati oleh orang-orang kristian yang terdiri daripada pelbagai aliran dan mazhab. Menurut Hj Nicholas Sylvester terdapat lebih daripada 20,000 aliran atau mazhab Kristian berdasarkan maklumat yang beliau perolehi dari sumber orang kristian sendiri.

Penganut kristian Protestan seperti Sidang Injil Borneo (SIB), Seventhday Adventist (SDA), basel dan sebagainya mengakui cuma 66 buku terkandung dalam kitab suci Bible iaitu 39 buah di dalam Perjanjian Lama dan 27 buku dalam Perjanjian Baru. Manakala penganut kristian Roman Katolik berpendapat terdapat 73 buah buku dalam kitab suci mereka, iaitu 46 buah buku di dalam Perjanjian Lama dan 27 buah di dalam Perjanjian Baru.

Roman Katolik (73 Buku) = Perjanjian Lama (46) dan Perjanjian Baru (27)
Protestan (66 Buku) = Perjanjian Lama (39) dan Perjanjian Baru (27)

Kenapa wujud perbezaan antara kandungan kitab suci ini? Penganut kristian Katolik menambah 7 kitab lain dalam Perjanjian Lama, sedangkan penganut kristian Protestan menolak kitab-kitab tersebut. Kitab-kitab tambahan inilah dikenali sebagai (Apocrypha) iaitu buku yang diragui. 7 tambahan kitab itu (1.Tobit),(2.Judith),(3.The 1st Book Of Maccabees),(4.The 2nd Book Of Maccabees),(5.The Book Of Wisdom),(6.Ecclesiasticus/ Ben Sira),(7.Baruch).

Jadi persoalannya, sekiranya seseorang ingin memeluk kristian, versi manakah yang lebih patut untuk dia imani?Juga versi yang mana benar-benar kalam tuhan, adakah versi Katolik (73 buku) atau versi Protestan yang memiliki 66 buku)?

Renung2fikir2…

Tuesday, October 21, 2008

BENARKAH MUSA YANG MENULIS???

Mengikut keyakinan penganut kristian, 5 buku pertama dalam perjanjian lama dikatakan telah ditulis sendiri oleh Nabi Musa dan ianya dipanggil taurat. Hal ini diakui sendiri oleh pengkaji kristian dan anda boleh mendapatkan maklumat ini lebih lanjut dengan melayari laman-laman web kristian contohnya sabda web dan sebagainya.

Buku-buku itu adalah :
i) Kejadian
ii) Keluaran
iii) Imamat
iv) Bilangan
v) Ulangan

Namun, kalau anda membaca bible (Ulangan 34:1-8) yang mana antara kandungannya menceritakan tentang tempat nabi musa mati, tempat dia dikuburkan, umur semasa dia mati dan keadaan orang Israel selepas kematiannya. Justeru, adalah sangat pelik dan tidak masuk akal bagaimana Musa boleh menulis kisah kematiannya sendiri. Sebagai analogi mudah, bagaimana Abu boleh menulis tempat di mana dia mati, tempat pengebumiannya sendiri, umurnya semasa mati dan keadaan orang yang dia kenali sedangkan dia telahpun mati.

Renung2fikir2....

SIFAT YANG TIDAK LAYAK BAGI ALLAH SWT



Dalam bible, juga terdapat kisah yang menerangkan sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Saya muatkan contoh di bawah agar kita semua dapat melihat dan menilainya sendiri.

Contoh 1
Allah Menyesal
(Kejadian 6:5-7)

Contoh 2
Allah SWT Kalah Gusti Dengan Nabi Yaakob
(Kejadian 32:24-32)

Contoh 3
Allah SWT Berehat
(Kejadian/Genesis 2:2-3,Keluaran 31:12-17)

FITNAH TERHADAP NABI-NABI???



Kita semua sudah melihat bahawa kenapa bible ini tidak boleh dianggap kitab suci kerana pertentangan fakta, kisah pornografi dan sumbang mahram, kesalahan ilmiah dan sebagainya yang terdapat di dalamnya. Selain daripada kesalahan-kesalahan dalam bible yang saya sebutkan tadi, ada lagi perkara yang membenarkan dakwaan Al-Quran bahawa bible itu ditulis oleh tangan-tangan manusia. Perkara tersebut adalah fitnah terhadap nabi-nabi utusan Allah SWT. Di bawah ini saya muatkan beberapa contoh agar kita semua dapat merujuk dan melihat sendiri perkara tersebut dalam bible (al-kitab).

Contoh 1
Nabi Harun Pembuat Anak Patung (Keluaran 32:1-6)

Contoh 2
Nabi Sulaiman Seorang Playboy (1 Raja-Raja 11:1-8)

Contoh 3
Nabi Nuh Telanjang Kerana Mabuk (Kejadian 9:20-25)


PORNOGRAFI DAN SUMBANG MAHRAM?

Pada awalnya, saya kurang percaya bahawa dalam bible terdapat kisah pornografi dan sumbang mahram. Namun, setelah saya membaca dan melihat sendiri saya terkejut bahawa bible sarat dengan cerita lucah dan tidak bermoral. Sudah pasti kisah-kisah ini amat tidak sesuai untuk tatapan umat manusia dan tidak patut ada dalam sebuah kitab yang dianggap suci. Hal ini membuktikan kepada kita lagi bahawa bible ini bukanlah sebuah kitab suci dan membenarkan dakwaan Al-Quran bahawa bible ini telah diubah oleh manusia dan tidak mungkin datangnya dari Allah SWT.

Untuk membuktikan kebenaran perkara ini, saya muatkan beberapa contoh di bawah sebagai rujukan dan anda sendiri boleh melihat di dalam bible (Al-Kitab) agar semua dapat menilainya sendiri dengan akal yang dianugerahkan Allah kepada kita semua untuk berfikir.

Contoh 1
Kisah Lot Dan Kedua Anak Perempuannya (Kitab Kejadian 19:30-38)

Contoh 2
Kisah Nabi Daud (2 Samuel 11:1-27)

Contoh 3
Nabi Daud Semasa Tua (1 Raja-Raja 1:1-4)

Contoh 4
Kisah Persundalan (Yehezkiel 23:1-5,7-8,19-21)

Contoh 5
Kejadian 35:21-22

Contoh 6
Amnon Dan Tamar (2 Samuel 13:1-22)

Contoh 7
Zina Menantu dan Bapa Mentua (Kejadian 38:1-30)

Renung2fikir2….


Monday, October 20, 2008

PERTENTANGAN FAKTA DALAM BIBLE???


Rasanya tidak salah saya mengatakan bahawa bible ini adalah karangan manusia yang serba lemah dan banyak kekurangan, kerana itu tidaklah menghairankan terdapat banyak pertentangan fakta antara kandungannya. Perkara ini diakui sendiri oleh para sarjana bible.

Bagi orang awam, mereka perlu mengetahui perkara ini kerana ia dapat menambah keyakinan terhadap kesucian Al-Quran dan Islam yang dianuti. Penulis buku Izahrul Haq, Maulana Rahmatullah Bin Khalilurrahman Al Hindi menyenaraikan 124 pertentangan fakta dalam Bible.

Pada bulan September 1957 Majalah Awake edisi ke 17 menyiarkan satu rencana yang menggemparkan. Bible yang diyakini suci oleh umat Kristian khususnya versi King James 1611 didapati mengandungi puluhan ribu kecacatan.

Di dalam Preface Revised Standard Version (1952) menyatakan : ”Bible versi King James mengandungi kecacatan yang amat serius. Versi King James Perjanjian baru yang didasarkan penterjemahannya kepada teks berbahasa Greek mempunyai banyak kesalahan, mengandungi sejumlah kesalahan yang banyak selama 14 abad penyalinan manuskrip dilakukan.

Preface The Good News Bible pula menyatakan: ”Sesetengah tempat ada perbezaan yang sangat jelas di antara teks bahasa Greek. Perbezaan-perbezaan ini termasuklah pengubahsuaian terhadap teks, penghapusan dan penggantian”.

Di bawah ini saya bawakan beberapa contoh pertentangan fakta yang terdapat dalam Bible (mempunyai teks yang sama tapi fakta yang bercanggah) :

A) 2 Samuel 10:18 VS 1 Tawarikh 19:18
- 700 atau 7000 ekor kuda kereta?
- 40 000 orang pasukan berkuda atau berjalan kaki?

B) 1 Raja 7:26 VS 2 Tawarikh 4:5
- Dapat memuat 2000 atau 3000 bat air?

C) 2 Tawarikh 9:25 VS 1 Raja 4:26
- 4000 atau 40 000 kandang?

D) 2 Raja-Raja 8:25-26 VS 2 Tawarikh 22:1
- Berumur 22 atau 42 tahun pada waktu ia Ahazia menjadi raja?

Terdapat banyak lagi pertentangan antara ayat-ayat dan cerita-cerita di dalam Bible. Antaranya (Matius 27:3-5 VS Kisah Para Rasul 1:18), (2 Samuel 24:1 VS 1 Tawarikh 21:1-2), (Galatia 2:16 VS Yakobus 2:20) dan banyak lagi ayat-ayat yang bercanggah dalam Bible.

Renung2fikir2....

BIBLE TIDAK SAINTIFIK 1???


Penerangan tentang Matahari dan Bulan

Kejadian 1:16-17

1:16 - Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk malam, dan menjadikan juga bintang-bintang.
1:17 - Allah menaruh semuanya itu di cakerawala untuk MENERANGI BUMI

Pernyataan tentang bulan dan matahari sebagai dua benda penerang (memancarkan cahaya) adalah pernyataan yang salah dari pandangan sains dan astronomi kerana kita semua tahu bahawa sifat bulan berbeza dengan matahari. Matahari memancarkan cahaya sebaliknya bulan pula memantulkan cahaya ke bumi. Namun, dalam bible (ayat di atas) menunjukkankan bahawa bulan dan matahari menerangi bumi (memancarkan cahaya) dan bertentangan dengan fakta sains dan astronomi.

BIBLE TIDAK SAINTIFIK???

Kronologi Penciptaan Alam

Sekiranya ada yang mengatakan bahawa terdapat banyak kesalahan dalam Bible(Al-Kitab), adakah kita boleh percaya yang ia adalah sebuah kitab suci?

Saya yakin, kita semua percaya bahawa sebuah kitab suci tidak seharusnya mempunyai kesalahan kerana ia ditulis oleh tuhan. Saya hanya sekadar mengajak kita semua berfikir terutamanya rakan-rakan kristian yang saya kasihi sekalian, terpulang kepada kita semua untuk menilainya.

Sebagai contoh, cuba kita buka halaman pertama Perjanjian Lama Kitab (Kejadian 1:1-27). Muka surat ini menceritakan tentang proses penciptaan alam dalam masa enam hari :

Hari ke-1 Tuhan Allah mencipta siang dan malam
Hari ke-2 Tuhan Allah mencipta langit
Hari ke-3 Tuhan Allah mencipta daratan,lautan dan tumbuhan
Hari ke-4 Tuhan Allah mencipta matahari, bulan dan bintang
Hari ke-5 Tuhan Allah mencipta burung-burung dan binatang laut
Hari ke-6 Tuhan Allah mencipta binatang darat dan manusia
Hari ke-7 Tuhan berehat

Kesalahan pertama, saya percaya kita semua pernah belajar subjek sains di sekolah. Proses kejadian siang dan malam menurut sains berkait rapat dengan peranan matahari dan putaran bumi. Matahari sentiasa memancarkan cahayanya dan bumi sentiasa berputar. Bahagian yang menghadap cahaya matahari akan mendapat siang dan yang membelakangi matahari mengalami malam. Saya pasti kita semua setuju dengan fakta ini kerana ianya bukan lagi teori bahkan adalah fakta yang benar, tiada yang menolak fakta ini.

Sekarang cuba fikirkan, bagaimana boleh wujud siang dan malam kalau matahari belum ada? Cuba lihat kronologi di atas, siang dan malam telah pun ada pada hari pertama, tetapi yang peliknya matahari hanya muncul pada hari ke-4. Bukankah ianya tidak masuk akal? Bagi yang kita yang beragama Islam, kita bertambah yakin dengan pernyataan Kitab suci Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat yang menyatakan bahawa kitab suci orang Kristian dan Yahudi telah diubah dan sebenarnya ditulis oleh manusia yang kemudiannya mendakwa ini adalah kitab suci dari Tuhan.

Kesalahan kedua, adalah tentang proses fotosintesis yang kita semua belajar dalam mata pelajaran sains di sekolah. Proses ini merupakan proses bagaimana tumbuhan hijau membuat makanan. Di antara faktor yang amat diperlukan untuk menjalankan proses ini ialah cahaya matahari. Tanpa cahaya matahari, fotosintesis tidak mungkin akan terjadi.

Cuba kita lihat, menurut Bible tumbuhan wujud pada hari ke-3 sedangkan matahari hanya diciptakan pada hari ke-4.

Kepada sahabat2ku yang beragama kristian cuba renung2fikir2, bolehkah seorang yang terpelajar percaya dengan alasan paderi ”Percaya sajalah, tuhan itu maha berkuasa dia boleh buat apa sahaja”. Keyakinan itu adalah sesuatu yang sangat berharga, bukan ikut-ikutan. Guna akal untuk mengkaji agama saudara/i dan kalau ada masa, kajilah Islam. Sesungguhnya, saya tiada hak untuk memaksa saudara/i menerima Islam Cuma mengajak saudara/i berfikir dan menilai kepercayaan saudara/i turun temurun. Saya doakan agar Allah membuka hati saudara/i untuk mengkaji dan bertemu dengan agama yang akan menjamin keselamatan dari api neraka kelak kerana yang benar sahaja akan mendiami syurga dan yang salah dan sesat adalah penghuni neraka selama-lamanya.

Sunday, October 19, 2008

Dosa Warisan…Tidak Masuk Akal???

Baca Kisah ini...

Datuk Johan memiliki sebuah kebun buah-buahan seluas dua ekar. Oleh kerana terlalu sibuk dia telah meminta khidmat Sallaeh, seorang pendatang dari China untuk menjaga kebun tersebut. Dalam kebun tersebut ada bermacam-macam jenis buah-buahan. Sebelum memulakan tugas, Datuk Johan berpesan kepada Salleh ” Salleh, kamu boleh makan semua jenis buah dalam kebun ini, cuma pokok durian ini saja jangan kamu sentuh, kalau kamu mahu makan kamu ambillah durian dari pokok yang lain” kata Datuk Johan kepada Salleh. Tapi biasalah sudah menjadi sifat manusia, yang dilarang itulah yang mahu dibuat sangat, yang disuruh bukan mahu dibuat.

Pada satu hari, oleh kerana terlalu ingin mahu rasa buah larangan tersebut, Salleh memanjat pokok durian tersebut. ”Bukan tuan aku tahu, diakan pergi KL out station” bisik hati kecil Salleh. Sedang asyik Salleh makan buah pokok tesebut, tiba-tiba Datuk Johan datang. Marah bukan main lagi Datuk Johan bila melihat Salleh sedang makan buah pokok durian itu. Lalu Salleh dihalau dari kebun tersebut. ”Sudahlah pendatang tanpa izin, tidak sedarkan diri, makanlah buah dari pokok lain!”. Puas hati Datuk Johan setelah menghalau Salleh dari kebun tersebut. Tapi Datuk Johan seorang yang baik hati, kasihan juga bila difikirkan nasib PTI itu (Salleh), mana dia mau lari, passport dia pun aku pegang.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memaafkan Salleh. Akan tetapi, sebelum dia memaafkan Salleh dia berkata ”Salleh, aku kasihan tengok kau. Sebelu aku memaafkan kau, aku terpaksa menampar, menendang dan menyepak anakku yang satu ini”. Lalu Datuk Johan terus menampar dan menendang anaknya. Bukan itu sahaja, Datuk Johan tiba-tiba mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala anaknya. Darah memancut-mancut keluar, anaknya mati di situ juga. ”Sekarang barulah boleh aku maafkan engkau” kata Datk Johan. Lega rasa hati Salleh. Baik sungguh hati tuan aku ini..

Apa pendapat anda tentang kisah ini? Bukankah kisah ini adalah kisah yang belaku antara Adam keturunannya serta Allah SWT menurut kepercayaan kristian? Mereka menggambarkan Allah SWT sebagai tuhan yang mengasihi manusia. Oleh kerana kasihNya inilah Dia mengutus satu-satu anakNya iaitu Jesus untuk menebus dosa Ada yang terpaksa diwarisi oleh keturunannya. Adakah anda bersetuju Datuk Johan seorang yang sangat baik hati? Atau Datuk Johan seorang yang zalim atau lebih tepat tidak waras?

Kepercayaan bahawa dosa Adam diwarisi oleh keturunannya adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Apa salah anak Adam terpaksa menanggung dosa yang dilakukan oleh Adam. Islam mengiktiraf setiap bayi yang dilahirkan sebagai suci dari segala dosa. Bahkan Islam punyai prinsip bahawa sesiapa yang melakukan dosa maka dialah yang bertanggungjawab terhadap dosa tersebut.

Sebenarnya dalam bible sendiri banyak ayat-ayat yang sama prinsip dengan Islam tentang dosa itu tidak diwariskan. Antaranya : (Yehezkiel 18:20),(2 Raja-raja 14:6),(Ulangan 24:16). Justeru, kisah dosa warisan ini semata-mata rekaan Paulus untuk membenarkan dakwaan Jesus sebagai jeruselamat.

KEKELIRUAN KONSEP TRINITY...



Konsep Trinity ini ada menyatakan tuhan itu 3 :
- Tuhan Bapa
- Tuhan Anak
- Roh Qudus

-Dan mereka menyatakan 3 itu 1, dan 1 itu 3.
-Inilah konsep yang telah mengelirukan penganut-penganutnya sendiri.
-Inilah konsep yang menyukarkan paderi-paderi memberi jawapan bila ditanya.
-Inilah konsep yang banyak membuka hidayah kepada penganut-penganutnya untuk menerima cahaya Islam.

-Secara umumnya orang-orang Kristian mempercayai tentang tiga yang tersuci. Dalam ajaran-ajaran agama Kristian yang disampaikan oleh gereja-gereja, orang-orang Kristian menyebutkan dan saya mengambil bukti melalui apa yang mereka sebutkan :
- Bapa adalah Tuhan, Anak adalah Tuhan dan Roh Kudus adalah Tuhan, tetapi mereka bukan tiga Tuhan malah satu Tuhan. Bapa berkuasa penuh, Anak berkuasa penuh dan Roh Kudus berkuasa penuh namun mereka bukannya tiga Tuhan yang berkuasa penuh tetapi hanya satu Tuhan yang berkuasa penuh.
- Bapa adalah satu peribadi, Anak adalah satu peribadi, Roh Kudus adalah satu peribadi, tetapi mereka bukannya tiga peribadi malah satu peribadi.
- Saya tanya, anda mengatakan peribadi, peribadi, peribadi tetapi bukan tiga peribadi malah hanya satu peribadi!

Jika anda dan dua orang saudara anda seramai tiga orang, lalu sukar untuk dibezakan antara anda bertiga kerana anda bertiga adalah mirip (kembar), tiba-tiba salah seorang daripada anda melakukan jenayah, maka saya bertanya bolehkah kita hukum seorang yang lain? Anda akan mengatakan tidak boleh!!!.
- Saya katakan : Mengapa tidak boleh? Kamu semua adalah sama. Lalu anda akan mengatakan kepada saya : Tidak! kerana ia seorang peribadi yang lain. Apakah yang menyebabkan ia menjadi seorang peribadi yang lain. Oleh kerana keperibadiannya berlainan maka ia juga adalah berlainan. Apabila orang-orang Kristian mengatakan dengan nama Bapa dan Anak serta Roh Kudus…maka saya katakan ianya adalah tiga gambaran berasingan yang terpahat dalam pemikiran.
-Tapi anda mengatakan Bapa anda tidak bermaksudkan Anak dan bila anda mengatakan Anak, anda tidak bermaksudkan Roh Kudus. Bukankah begitu?
-Kita tidak akan berupaya untuk menyusun tiga gambaran ini sekali antara satu sama lain tetapi tiga gambaranlah yang akan tetap ada dalam pemikiran anda selagi akal fikiran masih waras. Kita boleh mengatakan saya melihat tiga gambaran yang seolah-olah satu namun ia tetap tiga.
-Sesungguhnya mempercayai bahawa setiap makhluk yang hidup ini adalah Allah atau sama dengan Allah dianggap satu pengkhianatan pada pandangan seorang muslim sama ada idea tentang penjasadan Allah iaitu Allah menjelma dalam rupa manusia atau selainnya.
-Sehinggakan Nicholas Sylvester yang membesar sebagai seorang penganut kristian yang taat, akhirnya menerima hidayah Islam setelah sekian lama keliru dan terbeban dengan konsep itu. Ianya bermula apabila seorang rakan sekelas sekolah menengahnya bertanya tentang konsep ini kepadanya. Disebabkan Nicholas tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan rakan sekelasnya itu, dia terus merujuk kepada paderi. Namun begitu, tiada seorang pun paderi memberikan jawapan yang dapat memuaskan hatinya. Akhirnya, disebabkan terbeban dengan persoalan konsep trinity yang tiada jawapannya itu, dia telah memilih untuk menerima cahaya Islam dalam kehidupannya.

Renung-renungkannya….

JESUS ADALAH TUHAN???



Dalam kitab bible, bab ulangan fasal 4 ayat 35 berbunyi “Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui Tuhanlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia”. Begitu juga dengan ayat 39 yang berbunyi “Bahawa Tuhanlah Allah yang di langit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain”. Dalam bible sendiri, ayat tersebut adalah jelas menyatakan bahawa tuhan adalah Allah dan bukannya Nabi Isa atau Jesus.

Satu lagi fakta untuk kita kongsi bersama ialah, semasa Jesus hidup, adakah dia pernah menyatakan kepada orang ramai “Akulah Tuhan, sembahlah aku?”. Kebanyakkan orang Kristian akan menjawab tidak pernah, kerana memang tidak ada terdapat dalam bible yang menyatakan demikian. Padahal orang Kristian percaya bahawa Jesus adalah Tuhan yang dijelmakan sebagai manusia kerana dengan kasih sayang Tuhan maka Tuhan merendahkan dirinya menjelma sebagai manusia supaya dapat merasai bagaimana hidup sebagai manusia dan mengorbankan dirinya untuk menebus dosa semua manusia. Jawapan saya ”memang tidak pernah! memang betul jika kamu mengatakan ‘tidak pernah’ kerana dia bukan Tuhan. Sekiranya dia adalah Tuhan, maka semasa hidupnya dia pasti akan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan sebagaimana seorang raja yang mengisytiharkan dia adalah seorang raja”.

Saya bawa satu analogi mudah, “Andaikan jika kamu pergi ke sebuah kampung dan seterusnya mengisytiharkan diri kamu sebagai ketua kampung. Pastinya saya akan dicerca atau dipukul. Tetapi jika memang ketua kampung di situ yang mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kampung maka ia adalah benar dan tiada masalah”. Ini jelas menunjukkan bahawa akidah ketuhanan Jesus Kristian adalah salah kerana Jesus (Isa) sendiri semasa hayatnya mengatakan dia adalah Nabi Pesuruh Allah seperti yang terdapat dalam ajaran Agama Islam.

Selain itu, saya juga telah mencari ayat yang menunjukkan bahawa agama Kristian adalah agama yang benar. Namun pencarian saya itu juga gagal kerana ia sememangnya tidak wujud dalam kitab bible itu sendiri. Namun dalam Islam, kita mempunyai ayat di dalam Al-Qur’an yang menunjukkan bahawa Agama Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh ALLAH.

Tujuan saya menyatakan perkara ini adalah sebagai perbincangan ilmiah dalam mencari kebenaran YANG MAHA SATU. Justeru kerana itulah saya telah cuba mencari dalam bible ayat yang menyatakan Tuhan adalah Jesus. Namun hasilnya seperti yang saya nyatakan, saya tidak menemui satu ayat pun yang menyatakan bahawa Jesus adalah tuhan. Hal ini kerana, sebenarnya ayat tersebut memang langsung tidak wujud. Seperti yang kita sedia maklum, dokumen ketuhanan adalah dokumen yang sangat penting, jadi bagaimana mungkin ia tidak terdapat di dalam kitab bible. Inilah bukti jelas yang seharusnya menjadi keraguan tentang ketuhanan jesus. Jelaslah, daripada penelitian saya bahawa orang-orang Kristian telah tersalah pegangan akidah kerana di dalam kitab mereka sendiri dinyatakan bahawa Tuhan ALLAH tetapi akidah orang-orang Kristian adalah Tuhan Jesus. Ini menunjukkan orang-orang Kristian telah syirik kerana “mempertuhankan Jesus”.

JESUS BERAGAMA ISLAM???

Sebenarnya Jesus (Isa) itu beragama Islam dan dalam aqidah umat Islam mempercayai bahawa Jesus (Isa) adalah pesuruh Allah yang juga seorang manusia biasa. Semua nabi dan rasul sejak nabi Adam adalah beragama Islam dan semuanya menyeru manusia menyembah ALLAH. Yang Maha Esa. Pada asalnya, umat Kristian dahulu percaya kepada ALLAH yang satu tetapi sebahagian orang Kristian telah terpengaruh dengan agama Hindu, Mesir kuno dan Persia yang mana semua agama tersebut percaya kepada Trinitas (Tuhan 3). Hal ini bermakna pada waktu itu orang-orang Kristian terbahagi kepada 2 yang mana satu pihak berkepercayaan bahawa Tuhan itu satu manakala pihak yang satu lagi percaya kepada Trinitas (Tuhan 3).

Oleh yang demikian, untuk menyatukan mereka, maka telah diadakan satu persidangan di Costantinopel pada tahun 381 Masihi. Ketika persidangan tersebut berlangsung telah diadakan kiraan undi yang mana undian tersebut telah dimenangi oleh kumpulan Kristian Trinitas. Maka bermula dari saat itulah penganut Kristian berpegang kepada akidah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga tetapi tetap dianggap satu sehinggalah orang-orang Kristian sendiri kebingungan. Tahap yang paling menghairankan adalah orang yang menerangkan tentang konsep Trinitas itu sendiri juga tidak begitu pasti apa yang diterangkan olehnya.

Ini dapat kita buktikan sendiri jika kita betul-betul bertanya “Adakah anda yakin 100% apa yang tersirat dalam Trinitas itu?”. Kebanyakan mereka menjawab “Tidak begitu pasti”. Dan kerana itulah apabila seseorang Kristian itu memeluk agama Islam, mereka akan merasakan akidah yang lebih mantap dan teguh di hati mereka tanpa sebarang keraguan dan was-was.