Rasanya tidak salah saya mengatakan bahawa bible ini adalah karangan manusia yang serba lemah dan banyak kekurangan, kerana itu tidaklah menghairankan terdapat banyak pertentangan fakta antara kandungannya. Perkara ini diakui sendiri oleh para sarjana bible.
Bagi orang awam, mereka perlu mengetahui perkara ini kerana ia dapat menambah keyakinan terhadap kesucian Al-Quran dan Islam yang dianuti. Penulis buku Izahrul Haq, Maulana Rahmatullah Bin Khalilurrahman Al Hindi menyenaraikan 124 pertentangan fakta dalam Bible.
Pada bulan September 1957 Majalah Awake edisi ke 17 menyiarkan satu rencana yang menggemparkan. Bible yang diyakini suci oleh umat Kristian khususnya versi King James 1611 didapati mengandungi puluhan ribu kecacatan.
Di dalam Preface Revised Standard Version (1952) menyatakan : ”Bible versi King James mengandungi kecacatan yang amat serius. Versi King James Perjanjian baru yang didasarkan penterjemahannya kepada teks berbahasa Greek mempunyai banyak kesalahan, mengandungi sejumlah kesalahan yang banyak selama 14 abad penyalinan manuskrip dilakukan.
Preface The Good News Bible pula menyatakan: ”Sesetengah tempat ada perbezaan yang sangat jelas di antara teks bahasa Greek. Perbezaan-perbezaan ini termasuklah pengubahsuaian terhadap teks, penghapusan dan penggantian”.
Di bawah ini saya bawakan beberapa contoh pertentangan fakta yang terdapat dalam Bible (mempunyai teks yang sama tapi fakta yang bercanggah) :
A) 2 Samuel 10:18 VS 1 Tawarikh 19:18
- 700 atau 7000 ekor kuda kereta?
- 40 000 orang pasukan berkuda atau berjalan kaki?
B) 1 Raja 7:26 VS 2 Tawarikh 4:5
- Dapat memuat 2000 atau 3000 bat air?
C) 2 Tawarikh 9:25 VS 1 Raja 4:26
- 4000 atau 40 000 kandang?
D) 2 Raja-Raja 8:25-26 VS 2 Tawarikh 22:1
- Berumur 22 atau 42 tahun pada waktu ia Ahazia menjadi raja?
Terdapat banyak lagi pertentangan antara ayat-ayat dan cerita-cerita di dalam Bible. Antaranya (Matius 27:3-5 VS Kisah Para Rasul 1:18), (2 Samuel 24:1 VS 1 Tawarikh 21:1-2), (Galatia 2:16 VS Yakobus 2:20) dan banyak lagi ayat-ayat yang bercanggah dalam Bible.
Renung2fikir2....

3 comments:
jangan kau selidiki apa yg di luar kmampuan mu..
Terima kasih di atas pandangan saudari...
Saya harap saudari dapat membaca artikel2 saya dan memberikan respon kepadanya agar kita dapat bertukar pendapat untuk mencari kebenaran dalam hidup kita...
Berdasarkan apa yang ditulis saudara dalam blogmu, jelas dapat dilihat bahawa kesemuanya diambil daripada sudut pandangan al-Quran dan sumber2 penulisan Islam sahaja. Sebagai contoh, dakwaan bahawa nabi2 Allah tidak pernah dan tidak boleh melakukan dosa itu cuma perspektif yang dikemukakan al-Quran dan penulisan tokoh2 Islam, namun berdasarkan Alkitab Kristian dan kitab Tanakh Yahudi (yang menjadi asas Perjanjian Lama Alkitab) nabi2 Allah bukannya malaikat atau tuhan dan oleh itu masih berpotensi untuk berdosa. Al-Quran dan kebanyakan sumber2 Islam mendakwa bahawa Injil dan Taurat yang dipegang penganut Kristian dan Yahudi hari ini telah diseleweng, tetapi kalau memang benar saudara telah mengkaji kandungan2 Injil dan Taurat secara mendalam, jelas bahawa kesahihan kebanyakan kandungan tersebut dapat dibuktikan dengan sumber2 sejarah dan arkeologi bukan Kristian dan bukan Yahudi juga. Penganut Kristian percaya pada kesahihan Alkitab kerana ketepatan rekod2 sejarahnya dapat disahkan oleh sumber2 di luar agama Kristian atau Yahudi juga, bukannya berdasarkan kenyataan tokoh2 Kristian dan Yahudi sahaja. Kesahihan fakta2 sejarah dalam al-Quran pula cuma diterima kebanyakan penganut Islam kerana agama Islam yang menyatakan begitu, bukan kerana adanya sumber2 lain di luar agama Islam yang boleh mengesahkan ketepatan rekod2 sejarah dalam al-Quran.
Kalau benar saudara ingin membuktikan bahawa Alkitab penganut Kristian itu telah diseleweng dan mempunyai percanggahan yang serius, sepatutnya saudara mengkaji pelbagai sumber secara mendalam, termasuk sumber2 arkeologi dan penulisan sejarawan duniawi yang berkemungkinan menulis tentang sejarah zaman Perjanjian Lama dan Baru dalam Alkitab tanpa berat sebelah. Diharap saudara jangan membuat kajian semata-mata berdasarkan sumber2 Islam, Kristian atau ateis yang sudah pasti akan memberi ulasan yang berat sebelah.
Dan di sini ingin saya juga meminta saudara membuat sedikit penyelidikan berkenaan Nabeel Qureshi, seorang bekas penganut Islam yang pernah berpegang kuat pada ajaran Islam sebelum kajiannya terhadap agama Kristian membawanya kepada kepercayaan dalam agama Kristian.
Post a Comment