Sunday, October 19, 2008

JESUS BERAGAMA ISLAM???

Sebenarnya Jesus (Isa) itu beragama Islam dan dalam aqidah umat Islam mempercayai bahawa Jesus (Isa) adalah pesuruh Allah yang juga seorang manusia biasa. Semua nabi dan rasul sejak nabi Adam adalah beragama Islam dan semuanya menyeru manusia menyembah ALLAH. Yang Maha Esa. Pada asalnya, umat Kristian dahulu percaya kepada ALLAH yang satu tetapi sebahagian orang Kristian telah terpengaruh dengan agama Hindu, Mesir kuno dan Persia yang mana semua agama tersebut percaya kepada Trinitas (Tuhan 3). Hal ini bermakna pada waktu itu orang-orang Kristian terbahagi kepada 2 yang mana satu pihak berkepercayaan bahawa Tuhan itu satu manakala pihak yang satu lagi percaya kepada Trinitas (Tuhan 3).

Oleh yang demikian, untuk menyatukan mereka, maka telah diadakan satu persidangan di Costantinopel pada tahun 381 Masihi. Ketika persidangan tersebut berlangsung telah diadakan kiraan undi yang mana undian tersebut telah dimenangi oleh kumpulan Kristian Trinitas. Maka bermula dari saat itulah penganut Kristian berpegang kepada akidah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga tetapi tetap dianggap satu sehinggalah orang-orang Kristian sendiri kebingungan. Tahap yang paling menghairankan adalah orang yang menerangkan tentang konsep Trinitas itu sendiri juga tidak begitu pasti apa yang diterangkan olehnya.

Ini dapat kita buktikan sendiri jika kita betul-betul bertanya “Adakah anda yakin 100% apa yang tersirat dalam Trinitas itu?”. Kebanyakan mereka menjawab “Tidak begitu pasti”. Dan kerana itulah apabila seseorang Kristian itu memeluk agama Islam, mereka akan merasakan akidah yang lebih mantap dan teguh di hati mereka tanpa sebarang keraguan dan was-was.

No comments: