Sunday, November 2, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 4

Untuk siri ke-4 ini, marilah kita bersama-sama lihat sambungan contoh pembuktian dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.

Seperti yang saya sebut pada siri-siri yang lalu, versi Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah hasil semakan semula versi King James yang mana para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain. Untuk perhatian sekali lagi, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James.

CONTOH 3
Contoh ke 3 perbezaan antara versi King James dan versi Revised Standard Version ialah perbezaan kandungan terjemahan pada Surat Yohanes yang pertama (Perjanjian Baru) Bab 5 ayat 7 versi King James 1611 dan Revised Standard 1952.

Versi King James 1611 :
Surat Yohanes yang pertama (5:7)

“Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu.”

Versi Revised Standard 1952 :
Surat Yohanes yang pertama (5:7)


“Dan roh adalah saksi kerana roh adalah kebenaran”

Sementara itu, jika kita melihat pula kepada New International Version terdapat komen penterjemah di bawah muka surat pada ayat tersebut. Komen tersebut menyatakan bahawa, ayat yang menyatakan “...Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu. (...the Father, the Word, and the Holy Spirit, and these three are one).” Tidak ditemui dalam mana-mana manuskrip sebelum kurun ke-16.

Kesimpulannya, setelah para cendiakawan kristian yang seramai 32 orang itu menyemak semula manuskrip-manuskrip lama kitab bible mereka mendapati manuskrip yang lebih tua tidak mengandungi ayat (Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu) sedangkan sebahagian manuskrip yang datang kemudian barulah terdapat penambahan ayat ini.

2 comments:

Unknown said...

Hai,
Ya, ayat tersebut tidak ada, namun, adakah ia menyebabkan doktrin-doktrin asas Kristianiti tergugat? Adakah doktrin Triniti menjadi palsu?

Sudah tentu tidak kerana doktrin Triniti bukan berdasarkan ayat tersebut.

Setelah meneliti keempat-empat siri ini, masalah utama yang mengakibatkan timbulnya salah faham ini adalah:

Penulis melihat Alkitab sama seperti beliau melihat Al-Quran.

Cara Alkitab ditulis adalah jauh berbeza dengan cara Al-Quran diturunkan. Berbeza dengan Al-Quran, Kristian mengakui Alkitab ditulis oleh manusia. Cuma, apa yang ditulis adalah diilhamkan oleh Tuhan.
Contohnya, apabila Lukas menulis kitab Injil Lukas, beliau sebenarnya menulis berdasarkan pengalamannya, penyelidikannya, saksi-saki kejadian, bukti-bukti, dan pengetahuannya sendiri. Namun, apa yang dituliskannya tersebut adalah ilham dari Tuhan.

itulah sebabnya Alkitab terbukan kepada kritikan, penyelidikan tekstual, untuk mengetahui kesahihan dan ketepatan setiap teks yang terdapat di dalam Alkitab

Berbeza dengan Al-Quran, setiap perkataan dan huruf di dalam Al-Quran didakwa sebagai di'wahyu'kan oleh Tuhan. Iaitu Tuhan sendiri yang memberikan setiap perkataan di dalam Al-Quran. Maka, jika Tuhan sendiri yang memberikan 'wahyu', Al-Quran tidak sepatutnya mempunyai kesilapan atau pengaruh fikiran manusia.

ia menjadikan Al-Quran tidak boleh dipersoalkan, tidak dapat dinilai secara kristis, kerana berbuat demikian dianggap sebagai mempersoalkan Tuhan.

Maka, jika Alkitab dilihat seperti itu, sudah tentu penulis tidak dapat menerima kritikan tekstual yang dilakukan ke atas Alkitab kerana konsep 'kritikan tekstual' adalah sangat asing di dalam kepercayaan penulis.

Unknown said...

ralat:
"..itulah sebabnya Alkitab terbuka kepada kritikan.."