Sunday, November 23, 2008

KEKELIRUAN KONSEP TRINITY SIRI 2

Respon Kepada True Worshiper dan JCpcess

SOALAN:

1)True Worshiper kata“Kamu melihat matahari di mana ia ada CAHAYA, TERANG DAN PANAS..”

2)JCpcess kata “saya tekankan pasal trinity.. Kamu melihat matahari kan?? kamu lihat terangnya kan? then kamu rasa panasnya kan?? ia adalh 3 tetapi tetap satu.. Jika tiada matahari maka tiada la cahaya, terang dan panas.. cukuplah kamu merendahkan pasal trinity ini,daripada dosa tidak diampuni lebih baik diam..


JAWAPAN:

Salam kasih sayang dan kebenaran Islam kepada semua khususnya kepada True Worshiper dan JCpcess. Terlebih dahulu, saya ingin memohon kemaafan sekiranya saya mengguris perasaan kalian. Sesungguhnya, saya tidak berniat langsung untuk merendahkan agama kalian dan ikhlas untuk berbincang berdasarkan kajian dan pembelajaran saya dalam usaha mencari kebenaran dan keredhaan Allah. Islam mewajibkan umatnya untuk menyampaikan kebenaran dan tidak boleh berputus asa dalam usaha menyampaikan risalah kebenaran ini.

Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang dilontarkan oleh rakan kristianku True Worshiper dan JCpcess berkaitan dengan konsep Trinity. Dengan izin Allah saya akan sambung artikel saya tentang sejarah agama kristian selepas ini.

Secara dasarnya, setiap agama yang utama di dunia hari ini berpegang kepada konsep keesaan tuhan (saya akan sentuh setelah selesai artikel berkaitan sejarah agama Kristian). Berkaitan dengan konsep trinity ini, True Worshiper dan JCpcess telah menyatakan satu penerangan yang baru seperti berikut :

MATAHARI (CAHAYA,TERANG DAN PANAS) = 3 TETAPI TETAP SATU 1

Dapat saya faham di sini bahawa daripada matahari terhasil 3 iaitu cahaya, terang dan panas. Namun hakikatnya ia adalah daripada 1 sumber yang sama iaitu matahari. Baiklah, saya terima dan setuju dengan apa yang kamu katakan.

Namun saya tidak bersetuju apabila konsep ini disamakan dengan konsep trinity kerana jelas ianya TIDAK SAMA. Dinyatakan bahawa cahaya, terang, dan panas adalah DARIPADA SUMBER YANG SAMA iaitu MATAHARI (yang sama dari segi komposisi bahannya dan lain-lain). Tetapi konsep trinity (Tritunggal) Tuhan Bapa, Jesus dan roh kudus adalah bukan dari asal yang sama. Hal ini kerana, Jesus mempunyai kulit (sama seperti manusia biasa) yang berasal dari tanah sedangkan Tuhan Bapa dan roh kudus tidak mempunyai kulit bermaksud mereka tidak sama dengan Jesus sekaligus bukan dari sumber dan asal yang sama. Justeru, konsep ini tidak boleh digunakan untuk konsep trinity.

Untuk membenarkan konsep trinity ini, pelbagai analogi dan kaedah telah digunakan. Inilah akibatnya apabila manusia cuba memahami konsep ketuhanan melalui akal mereka yang cetek. Akhirnya, mereka menyamakan Tuhan Yang Maha Suci tanpa didasari dengan nas yang benar.

Dalam Al-Quran, Allah menempelak golongan ini (Al-Maidah : 73)
“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan : “Bahawasanya Allah salah seorang daripada yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa, jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih”.

Mudah-mudahan rakan saya True Worshiper dan JCpcess memahami penerangan ini dan dibukakan pintu hidayah oleh Allah...Amin...

12 comments:

aliya said...

Assalamaulaikum,
Saya setuju dengan jawapan yang diberikan penulis blog. Konsep trinity sebenarnya tidak wujud sama sekali di dalam Kitab Injil/Bible yang asal, malah setelah melakukan kajian, kebanyakan gereja hari ini tidak lagi berani menampilkan konsep trinity kepada penganut kristian. Kalau kita kaji New Testament dalam Bible, Jesus/Isa sendiri tidak pernah mengakui dirinya sebagai anak Tuhan tetapi menyuruh para pengikutnya menyembah Tuhan yang Esa. Konsep anak Tuhan kepada Jesus telah diberikan oleh Paul (yang tidak pernah bersama Jesus ketika riwayatnya) untuk menegakkan doktrinnya sendiri. Banyak penyelewengan fakta dilakukan dalam tulisan Paul di dalam Bible sekarang jika dibandingkan dengan tulisan Matthew, Mark atau John dalam New Testament Bible. Hanya mereka yang benar-benar mencari kebenaran akan diberi hidayah. Lihatlah antara mereka Yusof Estes, Yvonne Ridley, Nicholas Sylvester yang dahulunya beragama Kristian kemudian memeluk Islam dan menjadi pendakwah Islam, alhamdulillah.

bayugunung said...

Salam..

Sebenarnya tentang logik yang digunakan sama saja seperti logik-logik lain sebelum ini seperti logik segitiga, logik manusia, yang semuanya cuba membenarkan adanya konsep trinity 1 dlm 3

Saya suka mengulagi bahawa penggunaan logik yang berubah-ubah ini adalah satu jenayah kepada ilmu dan keintelektualan itu sendiri

..mohon maaf jika ada kekasaran..

Melica Shandra Ferra said...

Alkitab tidak pernah berhubungan dengan doktrin Tritunggal sebagai suatu kebenaran yang abstrak, akan tetapi Alkitab mengungkapkan kehidupan Tritunggal dalam berbagai hubungan sebagai satu kenyataan yang hidup, sampai satu derajat tertentu dalam hubungan dengan karya penciptaan dan providensia, akan tetapi secara tertentu dalam hubungan dengan karya penebusan.

~Diambil daripada
http://imankristen.wordpress.com/2008/05/12/tritunggal-bukti-bukti-perjanjian-lama/#comment-2405

~Kerana Tuhan Yesus pernah berfirman "BAPA ADA DI DALAM AKU,DAN AKU ADA DI DALAM BAPA"

~Kami bukan mengambil konsep tritunggal dengan berbagai cara,tapi kamu lihat sendiri apa yang sdh saya sampaikan dalam ayat di atas..

http://islamkristen.wordpress.com/2008/11/15/pindah-agama-kristen-ke-islam/

~Apakah saudara bisa bertobat dengan baca tulisan ini?
Tidak saudaraku…, pertobatan itu adalah anugrah Allah semata. Itu adalah inisiatif Allah dalam hidup anda. Saya cuma bisa berdoa…., kiranya Tuhan Yesus bermurah hati dan menganugrahkan iman dan pertobatan yang sejati dalam hidup anda.

Tuhan Yesus memberkati saudara….

agirlFaith said...

ILUSTRASI2 TRINITI
Maka adalah jelas bahawa Triniti itu satu fakta jelas dalam Alkitab. Tetapi ianya satu misteri dan satu kebodohan kepada ramai orang. Maka dalam berkomunikasi banyak ilustrasi telah dihasilkan untuk membantu minda manusia yang terhad untuk memahami kebenaran ini (walaupun ianya tidak berjaya dilakukan sepenuhnya). Perlu saya katakan di sini bahawa banyak daripada ilustrasi yang telah diberi adalah salah dan telah membantu mengeruhkan fahaman orang tentang akidah ini. Berikut adalah beberapa contoh yang lebih logik dan boleh membantu pemahaman.
Perkataan-perkataan untuk Allah yang esa
Kali pertama nama Allah disebut dalam Alkitab (Kejadian 1:1) perkataan Ibrani ‘Elohim" ialah perkataan yang dipakai. Perkataan ini bermaksud Allah tetapi dengan erti kemajmukan dalam kesatuan.
Perkataan Ibrani untuk perkataan ‘esa’ pula, yang dipakai untuk menyatakan Allah itu satu dalam Alkitab, bukanlah perkataan ‘yachead’ yang bermaksud ‘angka satu’ tetapi ‘echad’ yang bermaksud ‘satu sebatian atau kesatuan terkumpul yang terdiri dari lebih satu peribadi." Satu contoh biasa penggunaan perkataan ini ialah dalam Kejadian 2:24 di mana dikatakan pasangan yang sudah berkahwin telah menjadi satu (echad). Pengertian yang sama juga boleh ditemui dalam Perjanjian Baru di mana perkataan ‘heis’ digunakan dan bukan ‘monos’. ‘Heis’ bermaksud "satu metafora untuk menyatakan kesatuan dan kerukunan." Jelaslah bahawa dari perkataan-perkataan yang dipilih, konsep satu kesatuan lebih disukai daripada angka satu.
Dalam Kejadian 1:26 kemajmukan Allah dinyatakan apabila dicatat: Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita . . . Penggunaan perkataan ‘Kita’ di sini membawa maksud majmuk (seperti dalam Bahasa Arab, perkataan Ibrani untuk ‘kita’ bermaksud tiga atau lebih). Ketiga-tiga peribadi Allah terlibat dalam penciptaan manusia. Perlu saya nyatakan di sini bahawa di dalam Al-Quran pun, penggunaan perkataan majmuk ketika Allah bercakap sering dipakai. Contohnya dalam Surah Maryam 19:67 di mana ada tertulis: Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.

~Contoh-contoh dari Alkitab
Ada beberapa contoh menarik dalam Alkitab yang boleh dipakai untuk menjelaskan konsep Triniti. Walaupun begitu, harus saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:
Bahtera Nabi Nuh. Bahtera itu mempunyai tiga tingkat walaupun hanya satu bahtera. Ini boleh dipakai untuk mewakili ke tiga peribadi Allah dari segi identiti mereka.
Semak yang terbakar dihadapan Nabi Musa. Suara yang kedengaran mewakili Allah Bapa (Keluaran 3:4-6), semak yang terbakar mewakili Anak, Akar dan Cabang (Yesaya 11:1-2) dan api mewakili Roh Kudus.
~Contoh-contoh dari alam semulajadi
Dari sejarah, banyak ilustrasi dari alam semulajadi yang telah dipakai untuk menerangkan konsep Triniti. Dalam setiap kes di bawah, kita dapat lihat tiga aspek yang jelas, tetapi setiap darinya lengkap dan menyumbang kepada satu unit (satu kesatuan yang sempurna). Sekali lagi perlu saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:
-Daun ‘shamrock’ atau ‘clover’ yang mempunyai tiga bahagian pada satu daun.
-Cahaya dan tiga komponennya: kimia, cahaya dan haba
-Air dalam tiga keadaan: gas, cecair dan pepejal
(Komposisi air:
Islam memandang Allah sebagaimana orang biasa memandang satu titik air – hanya satu gumpalan cecair. Orang Kristian memandang Allah sebagaimana seorang saintis melihat satu titik air –sebagai persekutuan tiga molekul (2 hidrogen dan satu oksigen). Satu titik air tetapi tiga molekul yang bersatu. Seorang saintis yang mengetahui ini tidak pernah terfikir ada tiga air seperti mana orang Kristian tidak pernah terfikir ada tiga Allah! )
-Segitiga : satu tetapi mempunyai tiga sudut
-Satu lelaki tetapi tiga identiti: bapa, anak dan suami
-Satu perempuan tetapi tiga identiti: isteri, ibu dan anak perempuan
-Alam semesta terdiri dari ruangan, benda dan masa
-Masa dalam tiga komponen: masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang
~Komposisi manusia
Bagi saya ini ialah contoh yang paling dekat kepada konsep Triniti dan sesuai dijadikan ilustrasi bagi komposisi Allah yang tritunggal.
Manusia ialah makhluk majmuk yang mengandungi tiga komponen yang berbeza tetapi saling berkait: tubuh, jiwa dan roh. Dalam 1 Tesalonika 5:23 kita dapat membaca: Semoga Allah menjaga roh, jiwa dan tubuh kamu, sehingga tidak cacat cela pada masa Tuhan kita Isa Al-Masih datang kembali. Manusia adalah satu triniti sama seperti Allah. Ini tidak menghairankan kerana Allah dengan sengaja telah memilih untuk menciptakan manusia dalam imejNya – komposisi manusia adalah satu penyataan komposisi Allah kerana manusia telah diciptakan mengikut gambaran Allah. Dari buku Kejadian, yang menjelaskan penciptaan manusia, ada tercatat: Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diriNya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan (Kejadian 1:27).
Akhirnya, perlu saya akui bahawa semua contoh-contoh ini hanya satu bayangan yang malap, dan bersama elemen-elemen rohani yang lain, memberi satu gambaran kepada kita bahawa, jika diterokai dengan mendalam, apa yang dimaksudkan dengan Triniti.
Triniti sememangnya satu misteri dan tidak ada ilustrasi yang tepat dan sempurna. Kita hanya mempunyai kenyataan-kenyataan yang hebat dan bermisteri dari Alkitab. Walaupun begitu, ilustrasi-ilustrasi ini ada gunanya tetapi pemahaman serta penerimaan kita akan akidah Triniti tidak bergantung atasnya. Allah lebih baik menyampaikan apa yang telah dinyatakan oleh Alkitab dan membenarkan manusia yang beriman kepada Allah membuat pilihan menerima dan mempercayainya.

Nilai Akidah Ini
Ada bahayanya akidah ini dianggap satu beban yang perlu ditanggung kerana ianya telah dinyatakan dalam Alkitab. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana akidah Triniti adalah satu hal yang penting dan perlu untuk fahaman kita tentang Allah serta implikasinya kepada Kekristianan keseluruhannya.
Pertama, ini ialah keadaan Allah yang paling masuk akal sejak kekekalan lampau. Jika Allah bukan satu triniti maka adalah sukar untuk melihat bagaimana Allah dengan tiba-tiba mencipta alam semesta dan manusia (satu subjek peribadi) tanpa satu objek peribadi yang wujud sejak kekekalan. Dengan penciptaan manusia dalam imej Allah yang tritunggal, maka masalah ini telah diselesaikan kerana ianya mengimbaskan bagaimana keadaan Allah sejak dari kekekalan dengan sifat-sifat peribadi seperti kasih, persekutuan dan tujuan.
Kedua, ini adalah satu-satunya cara untuk menjelaskan kerja penyelamatan manusia oleh Allah melalui Isa Al-Masih dalam Yohanes 3:16.
Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.
Adalah sukar untuk dibayangkan bagaimana Allah boleh mengosongkan diriNya dan datang sebagai manusia di bumi serta mati tetapi pada masa yang sama merupakan Allah yang sentiasa ada dan memerintah di syurga. Akidah Triniti memberi satu penjelasan alternatif:
Allah (Bapa) sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya (peribadi kedua dalam Triniti) yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya (melalui penginsafan dan bantuan Roh Kudus, peribadi ketiga Triniti, Yohanes 16:8, Efesus 2:8) kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.
Ketiga, Triniti memberi satu contoh praktikal bagaimana perintah mengasihi satu sama lain (1 Yohanes 3:1) dilaksanakan datu satu persekutuan. Kasih antara Bapa, Anak dan Roh Kudus serta kesatuan mereka dalam tujuan menjadi satu peringatan yang tetap kepada panggilan Allah kepada kita untuk saling mengasihi. Triniti merupakan asas utama semua persekutuan dalam dunia ini.
Keempat, Allah yang tritunggal juga bermaksud Allah boleh berkomunikasi. Allah bukan Allah yang bisu. Sejak kekekalan telah ada komunikasi antara peribadi-peribadi Allah. Jika Allah ialah satu persekutuan dengan diriNya, maka Dia boleh membenarkan persekutuan itu keluar kepada ciptaan-ciptaanNya dan Dia sendiri boleh berkomunikasi dengan mereka.
Kelima, adanya Triniti bermaksud adanya kemajmukan dan variasi dalam alam semesta ini. Ada kepelbagaian dalam Allah dan ciptaanNya menampilkan kepelbagaian Penciptanya. Tidak ada dua pokok atau manusia yang sama – Allah bekerja dalam ciptaanNya untuk memastikan tanda kepelbagaianNya dalam satu unit tetap nampak. Tidak ada kesamaan yang membosankan atau satu skala kesamaan pola yang besar dalam ciptaan Allah kerana alam semesta mencerminkan Pencipta mereka yang bersifat triniti.
Keenam, Triniti menjelaskan bagaimana Allah boleh tinggal di dalam kita. Allah bukan hanya satu kuasa atau pengaruh tetapi satu Peribadi hidup yang diam dalam kita tetapi pada masa yang sama di sekeliling kita dan memerintah di syurga. Inilah hidup yang sejati – mengetahui bahawa Allah diam di dalam kita.
Allah sebagai Triniti memberi kepada kita contoh terbaik kesatuan dan persekutuan yang perlu ada dalam gereja dan keluarga. Ianya juga menjelaskan usaha keselamatan manusia oleh Allah khasnya inkarnasi Isa Al-Masih dan pendiaman Roh Kudus dalam orang percaya.

Long Panai Tutoh said...

Kalau kita baca semula ayat yg telah ditulis oleh saudara kita dlm blognya berkata..bukan maksud sy utk memindahkan ayat itu kemaksud yg lain ttp maafkan saya kalau lain dari yg anda fikirkan...kalau kita lihat kembali dlm verse itu dia berkata.."sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan."Bahawasanya Allah salah seorang daripada yang tiga"..mmg betul ayat itu ttp kalau kita baca berulang-ulang kali maksud dia akan jadi begini..:kafirlah seseorang itu kalau mengatakan salah satu daripada tiga itu ialah Tuhan..dalam konsep trinity bapa,anak dan roh kudus...kita tidak boleh mengatakan bahawa tuhan itu terdiri daripada satu itu kerana Tuhan adalah dalam kristian mempunyai tiga keperibadian sebagai bapa ,anak dan roh kudus...so,Tuhan adalah satu iaitu Bapa anak dan roh kudus..kita tak boleh mengatakan salah satu adalah tuhan kerana keperibadian dia adalah dalam satu tubuh ya seperti matahari mempunyai terang,cahaya dan panas....ini adalah pendapat sya sendiri kita sama2 fikirkan...Tuhan Memberkati

beautyofislam said...

bissmillahhirahmannirrahim..

sblm kita berhujah mengenai konsep trinity kita perlulah tahu apa sebenarnya konsep tuhan.tuhan ble di anggap sebagai sesuatu dzat yg TUNGGAL,BERKUASA,dan TIDAK MEMERLUKAN BANTUAN YG LAIN UNTUKNYA BERDIRI SENDIRI..tuhan merupakan dzat yg berkuasa atas kesemua makhluk ciptaan nya.jd adakah konsep trinity tersebut ble diterima akal sedangkan konsep itu sendiri telah menunjukkan kekurangan??


apa yg kita perhatikan pada kesemua alasan dan jawapan yg diberi oleh pihak kristian berhubung konsep ini..ternyata kesemuanya tidak menggambarkan penjelasan tentang konsep ini malah mereka terkeliru dengan contoh yg mereka berikan sendiri..

kesemua contoh yg mereka berikan lebih berkisar kepada kekurangan yg ada pada setiap ciptaan tuhan..sebagaimana seseorang itu memerlukan antara satu sama lain dalam kehidupan harian

contohnya berkaitan matahari,telurdan sebagainya..jika kita teliti semua alasan tersebut ternyata menunjukkan bahawa setiap benda tersebut memerlukan antara satu sama lain untuknya berdiri..telur akan dinamakan telur sekirannya telur tersebut mempunyai kulit,mambran,kuning telur,putih telur dan sebagainya..jika salah satunya kurang maka cacatla telur tersebut dan begitula juga dengan matahari dan sebagainya..dalam konteks ini dapatla di tunjukkan bahawa kesemua bahagian tersebut nyata2 mempunyai kelemahan dan tiada satu pun yg berkuasa mutlak.

berila apa pn bandingan dalam dunia ni untuk menyokong konsep trinity dan saya yakin tiap satunya sudah tentu tidak berupaya menjelaskan masalah ni dgn jelas malah contoh atau bandingannya semuanya masih berkisar ttg sifat saling memerlukan.ini kerana semua ciptaan tuhan tidak sempurna melainkan allah yg maha esa.

ariey serabut said...

Salam perdebatan...
Dalam agama Kristian, 4kitab wajib dipercayai dan dipatuhi, Injil Matius, Markus, Lukas dan Yahya. Bermakna semuanya benar dan tidak boleh berkata salah kepada 1 kitab.

Persoalan: Injil Markus 15:25
*maka pada pukul sembilan disalibkan Yesus"
Injil Yahya 19: 14,15
*14-pada hari itu, hari persediaan Pasah kira-kira pukul 12 tengahari. Maka kata Pilatus kepada orang Yahudi: Tengoklah rajamu!
15-tetapi berteriaklah mereka itu, katanya: buanglah! buanglah dia! salibkan dia! Maka kata Pilatus kepada mereka itu: Rajamu itu patutkah aku salibkan? Maka sahut segala kepada imam: "tiadalah pada kami raja lain daripada kaisar juga"

Persoalan: Terdapat percanggahan masa Yesus disalibkan di dalam kitab jam 9 atau jam 12?kerana menurut Injil Markus, jam 9 SUDAH disalibkan sedangkan Injil Yahya menyatakan jam 12 BARU HENDAK disalibkan. Jadi yang manakah benar? Injil Yahya atau Markus kerana SUDAH DAN AKAN dua perkataan yang sangat berbeza..

p/s: mohon penjelasan...

ariey serabut said...

Alkitab tidak pernah berhubungan dengan doktrin Tritunggal sebagai suatu kebenaran yang abstrak, akan tetapi Alkitab mengungkapkan kehidupan Tritunggal dalam berbagai hubungan sebagai satu kenyataan yang hidup, sampai satu derajat tertentu dalam hubungan dengan karya penciptaan dan providensia, akan tetapi secara tertentu dalam hubungan dengan karya penebusan.

~Diambil daripada
http://imankristen.wordpress.com/2008/05/12/tritunggal-bukti-bukti-perjanjian-lama/#comment-2405

~Kerana Tuhan Yesus pernah berfirman "BAPA ADA DI DALAM AKU,DAN AKU ADA DI DALAM BAPA"

~Kami bukan mengambil konsep tritunggal dengan berbagai cara,tapi kamu lihat sendiri apa yang sdh saya sampaikan dalam ayat di atas..

http://islamkristen.wordpress.com/2008/11/15/pindah-agama-kristen-ke-islam/

~Apakah saudara bisa bertobat dengan baca tulisan ini?
Tidak saudaraku…, pertobatan itu adalah anugrah Allah semata. Itu adalah inisiatif Allah dalam hidup anda. Saya cuma bisa berdoa…., kiranya Tuhan Yesus bermurah hati dan menganugrahkan iman dan pertobatan yang sejati dalam hidup anda.

Tuhan Yesus memberkati saudara….

REPLY:

Kamu jangan menipu mereka disini, tidak pernah didalam agama kristian menyatakan yesus itu tuhan..ia adalah anak tuhan..jangan gunakan fakta yang salah jika anda tidak tahu mengenai kristian.saya kira kamu perlu membaca buku Katekismus Heidelberg 'Pelajaran Agama Kristian'.
Jangan bikin malu disini.

3in1 said...

Salam damai..

kepada semua... bible sudah menjawap dalam Yohanes 1:1 Pada mulanya adalah Firman dan Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.. dan ayat kunci d sini utk orang kristian adalah "ada dalam alkitab mengatakan 'akan ada nabi2 palsu akan datang selepas AKU" bererti di sini, tidak akan wujud lagi nabi selepas Yesus..dan "siapa yg tidak percaya Yesus adalah Tuhan, dia adalah antikristus yg menyesatkan ramai orang dari keselamatan..

3in1 said...
This comment has been removed by the author.
Dalila Rizuan said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Maaf tetapi maksud firman Allah itu ada salah sikit.. Yg ditulis "Allah salah seorang daripada yang tiga".. Tetapi yg sebenarnya satu.. Bukan seorang.. Walaupun satu perkataan shj tetapi maksudnya akan jd sngt lain.. :)