Monday, November 17, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 6

1. Council of Nicaea 325 M


Council ini ialah persidangan yang paling penting dalam sejarah perkembangan agama Kristian. Melalui persidangan ini telah nampak campur tangan poilitik Empayar Rom dalam urusan berkaitan agama Kristian. Rundingan ini diatur oleh Constantine yang sebenarnya berfahaman pagan dan mempercayai kepercayaan berbilang Tuhan. Constantine kekal menganut pagan sehinggalah apabila dia hampir mangkat pada tahun 337M, dia membenarkan dirinya dibaptist menjadi Kristian.

Oleh kerana ingin menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara penganut agama Kristian yang berada di bawah jajahannya, beliau menganjurkan rundingan ini. Hasilnya pendapat majoriti yang menolak ketuhanan Jesus telah diketepikan, sebaliknya pendapat minoriti yang mendakwa Jesus adalah Tuhan diterima. Dalam konsul ini juga buku-buku yang bakal diterima sebagai asas kepercayaan Kristian ditentukan. Mereka telah bersetuju untuk mengumpulkan semua buku di dalam satu bilik, mana-mana buku yang didapati pada besok hari diatas meja akan diterima sebagai Kalam Tuhan dan buku-buku yang terjatuh akan dan berada di bawah meja ditolak. Maka pada besok pagi mereka mendapati hanya empat buku iaitu Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes sahaja yang berada di atas, manakala selebihnya berada di bawah.

Maka sejak peristiwa yang penuh meragukan ini berlaku, teriktiraflah keempat-empat buku yang ada pada hari ini sebgai Injil Kalam Tuhan. Buku-buku karangan pengikut Nabi Isa yang lain dibakar. Dalam persidangan ini ketua-ketua gereja yang menentang ketuhanan Jesus dihalang dari memasuki dewan dan sebahagian mereka dibuang negeri. Pada masa ini belum wujud konsep trinity yang lengkap kerana persoalan Roh Kudus adalah Tuhan belum diputuskan secara rasmi.


St. Arius tidak percaya Jesus sebagai tuhan dihukum mati oleh Rom beberapa tahun selepas Council Of Nicaea. Beliau disokong oleh 1730 orang bishop yang datang dari seluruh pelusuk dunia Kristian.


St. Athanasius 298M-373M. Lahir dan meninggal di Iskandariah, Mesir. Beliau adalah murd kepada Alexandria pelopor ajaran yang mempercayai Jesus sebagai tuhan. Ajarannya disokong oleh hanya 318 Bishop tetapi oleh kerana sokongan kuat daripada Constantine, ajarannya diterima..



No comments: