Wednesday, December 31, 2008

ORANG ISLAM SEMBAH KAABAH? SIRI 2

3) Tawaf mengelilingi Kaabah menandakan satu Tuhan.

Apabila orang muslim pergi ke Masjidil Haram di Mekah, mereka tawaf ataupun membuat pusingan mengelilingi Kaabah. Perbuatan ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat. Maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.

4) Hadis Umar (r.a.).

Berkenaan batu hitam, Hajarul-Aswad, terdapat hadis yang dikaitkan dengan sahabat terbilang Nabi Muhammad (S.A.W.), Umar (r.a.)

Menurut sahih Bukhari, jilid 2, Kitab Haji, Bab 56, H.No. 675, Umar (r.a.) berkata, “Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat Nabi (S.A.W.) menyentuh (dan mencium) kamu.”

5) Ada orang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan.

Semasa zaman Nabi, ada orang yang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan untuk solat. Mungkin kita boleh bertanya orang yang mendakwa bahawa umat Islam menyembah Kaabah : siapakah penyembah berhala yang berdiri di atas berhala yang disembahnya?

Justeru, jelaslah kepada kita semua bahawa kaabah ini menjadi arah kiblat kepada seluruh umat Islam...Persoalan bahawa orang Islam menyembah kaabah tidak timbul sama sekali...Mudah2han sedikit penerangan ini mampu menjawab persoalan2 berkaitan dengan kaabah... Wallahua'lam...

Tuesday, December 30, 2008

ORANG ISLAM SEMBAH KAABAH? SIRI 1

Salam kasih sayang Islam kepada semua...Memandangkan sebelum ini, ada rakan2 saya dari agama Kristian bertanyakan tentang Kaabah~"Kenapa umat Islam sembah kaabah?", "Kenapa orang keliling kaabah?" dan sebagainya, maka dengan izin Allah saya akan menerangkan kepada semua pengunjung khususnya rakan2 saya yang bukan beragama Islam berkaitan kaabah...Mudah2han, segala persoalan tentang kaabah ini terjawab dengan izin Allah...^_^

Bagi umat Islam, kita semua sedia maklum bahawa kaabah adalah kiblat iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap Kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah Kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah.
Surah Al-Baqarah 2:144 ada menyebut :

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”

1) Islam menganjurkan perpaduan.

Contohnya, jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin menghadap utara, ada yang ingin menghadap selatan. Untuk menyatukan umat Islam dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Jika ada umat Islam yang tinggal di sebelah barat Kaabah, mereka menghadap ke timur. Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur Kaabah, mereka menghadap ke barat.

2) Kaabah terletak di Tengah Peta Dunia.

Orang Islam merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun, AlhamdulilLah, Kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.

Bersambung siri 2.....

Monday, December 29, 2008

Daging khinzir (babi) diharamkan...Siri 2

3) Memakan daging khinzir (babi) menyebabkan pelbagai penyakit

Orang bukan Islam yang lain dan athies hanya akan bersetuju jika mereka dapat diyakinkan melalui sebab, logik dan sains. Memakan daging khinzir boleh menyebabkan tidak kurang daripada 30 jenis penyakit yang pelbagai. Seseorang itu boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita. Ia tersimpan di dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua organ tubuh. Jika memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung, jika memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibatkan kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir kesemua organ tubuh.

Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis. Tanggapan salah paling umum mengenai daging khinzir ialah, jika ianya dimasak dengan betul, ovum-ovum tersebut akan mati. Dalam satu projek penyelidikan yang dapat dijalankan di Amerika, didapati dariapada 24 orang yang menghidap Trichura Tichurasis, 22 telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa ovum yang terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang normal.

4) Khinzir mempunyai bahan pembina lemak

Daging khinzir mempunyai sangat sedikit bahan membina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saluran dan boleh mengakibatkan hipertensi (tekanan darah terlalu tinggi) dan serangan jantung. Tidak menghairankan bahawa lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.

5) Khinzir adalah antara haiwan yang paling kotor di bumi

Khinzir hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Setakat yang diketahui, ia merupakan pebangkai yang terbaik ciptaan Allah SWT. Contohnya di India terdapat perkampungan yang tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di tempat terbuka. Selalunya najis tersebut dimakan khinzir.

Mungkin ada yang akan berhujah bahawa di negara-negara maju seperti Australia, khinzir diternak di tempat yang bersih. Sungguhpun kawasan tersebut bersih, khinzir itu ditempatkan bersama di dalam kandang. Tidak kira bagaimana anda mencuba menjaga kebersihan khinzir, menurut tabi’i mereka merupakan haiwan yang kotor. Mereka makan dan menikmati najis mereka sendiri serta najis khinzir lain.

6) Khinzir adalah haiwan yang paling tidak senonoh

Khinzir merupakan haiwan paling tidak senonoh di muka bumi ini. Khinzir satu-satunya haiwan yang merelakan kawan-kawannya mengadakan seks bersama pasangannya. Di Amerika, kebanyakan orang memakan daging khinzir. Sering kali selepas majlis tari-menari, mereka akan bertukar-tukar isteri. “Anda tidur dengan isteri saya dan saya tidur bersama isteri anda”. Mungkinkah budaya memakan daging khinzir menggalakkan budaya khinzir. Fakta sains hari ini mendedahklan bahawa, apa yang dimakan oleh seseorang akan mempengaruhi perilakunya. Hal ini merupakan salah satu sebab menagapa Islam juga melarang penganutnya memakan haiwan karnivor seperti singa, harimau dan lain-lain yang ganas dan buas. Islam hanya membenarkan memakan haiwan herbivor seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain yang tenang dan jinak.

Sunday, December 28, 2008

Daging khinzir (babi) diharamkan...Siri 1


Kenapa daging khinzir (babi) diharamkan dalam Islam….?

Saya terpanggil untuk menerangkan tentang pengharaman khinzir (babi) dalam Islam. Hal ini kerana, saudara Guest dalam ruang perbincangan telah mempersoalkan kenapa Islam mengharamkan babi. Pengharaman babi bukan sahaja dalam Islam (Al-Quran) malah dalam Kristian (Bible) juga mengharamkan memakan daging babi. Fakta berikut menerangkan pelbagai aspek larangan ini :

1) Al-Quran mengharamkan daging khinzir.

Al-Quran melarang memakan daging khinzir di dalam tidak kurang daripada 4 surah berlainan. Larangan tersebut terkandung di dalam 2:173, 5:3, 6:145 dan 16:115.

“ Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah babi, daging haiwan yang tidak disembelih atas nama Allah...” (Al-Maidah:3)

Ayat suci Al-Quran di atas memadai untuk meyakinkan seorang Islam tentang pengharaman daging khinzir...

2) Daging khinzir juga diharamkan di dalam Bible.

Orang Kristian semestinya yakin dengan kitab agama mereka sendiri. Bible melarang pemakanan daging khinzir, di dalam buku Imamat :

“Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.” (Imamat 11:7-8)

Daging khinzir juga dilarang di dalam Bible menurut buku Ulangan :

“Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.” (Imamat 14:8)

Larangan yang sama juga diulang dalam Bible, di dalam buku (Yesaya 65:2-5)

Justeru, pada saya tidak timbul persoalan kenapa Islam mengharamkan khinzir (babi). Hal ini kerana, bukan Islam sahaja yang mengharamkan memakan khinzir (babi), malah Kristian (Bible) juga mengharamkan daging babi bagi penganutnya yang setia. InsyaAllah, pada artikel seterusnya saya akan menerangkan secara ilmiah hasil daripada kajian dan penemuan ilmiah moden hari ini kenapa babi ini tidak boleh dimakan...

Bersambung siri 2.....

Friday, December 26, 2008

Asas-Asas Agama Kristian Siri 5


GELARAN KRISTIAN

Bila Perkataan Ini Muncul?

CHRISTIAN


CHRIST


CHRISTOS



MESSIAH = AL-MASIH


Umat Islam dipanggil muslim, sempena nama Islam sebagai agama yang diberi namanya oleh Allah SWT sendiri di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali Imran ayat 19 :

“ Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam….. ”

Firmannya lagi dalam Surah Al-Haj ayat 78 :

“ .....(Ikutilah) agama orang tua mua Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu (kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad).....”

Berbeza dengan agama Kristian, nama agama yang mereka anuti sebenarnya tidak ada di dalam Kitab Bible yang menjadi pegangan mereka hari ini. Bukan Nabi Isa (Jesus) yang memberikan nama tersebut kepada mereka, tetapi sebenarnya perkataan Kristian itu diambil dari perkataan Christos dalam Bahasa Yunani yang memberi erti Messiah atau Al-Masih dalam Bahasa Arab. Perkataan ini juga memberi makna yang diurapi atau yang disapu dengan minyak kerana kemuliaannya. Orang-orang yang mengikuti ajaran mereka dipanggil dengan gelaran tersebut ketika berada di Mesir.

Kisah Para Rasul 11 : 26 (Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaat itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhialah murid-murid itu untuk pertama kalinya disebut Kristen)

Maka bermula dari situlah lahirnya gelaran Kristian kepada penganut Kristian ini. Dengan erti kata lain Jesus sendiri tidak pernah mendengar nama agamanya sebagai Kristian kerana baginda tidak bertutur dalam bahasa Greek atau bahasa Inggeris dan nama Kristian hanya muncul lama selepas ketiadaan Jesus.

Sebagai umat Islam kita boleh berbangga kerana kita tidak perlu mencari nama sendiri untuk agama yang kita anuti. Allah sendiri memberi nama Islam terhadap agama yang diturunkanNya kepada umat manusia.

Asas-Asas Agama Kristian Siri 4

Kristologi Pemujaan Jesus Christ

Oleh kerana Jesus dipuja kerana tugas dan peranannya yang amat besar iaitu menjadi korban penebusan dosa manusia maka Jesus Christ mestilah memiliki sifat-sifat tertentu.

Sifat pertama ialah Jesus Christ mestilah tidak mempunyai dosa kerana korban ini memerlukan korban dari orang tidak berdosa. Oleh kerana Jesus tidak mempunyai dosa maka Christ mestilah Tuhan kerana tidak ada manusia yang tidak berdosa. Maka, dari sinilah pemujaan terhadap kesanggupan Jesus Christ membawa kepada kepercayaan bahawa Jesus sebagai Tuhan Anak, Tuhan Bapa dan Roh Kudus sebagai entiti tuhan yang dianggap satu yang lebih dikenali dengan Konsep Triniti.


KRISTOLOGI PEMUJAAN CHRIST (secara ringkas)

i) Kerja Christ
- Menjadi korban penebusan dosa

ii) Sifat Christ
- Mestilah tidak berdosa
- Hanya Tuhan tidak berdosa
- Maka Christ mestilah Tuhan
- Triniti = Ketiga-esaan Tuhan

Bersambung siri 5.....

Wednesday, December 24, 2008

Asas-Asas Agama Kristian Siri 3

Doktrin Dosa

Dosa yang dilakukan oleh Adam dan dosa yang diwarisi oleh keturunannya mempunyai beberapa implikasi buruk terhadap manusia. Akibatnya daripada dosa itulah menyebabkan terputusnya hubungan Tuhan dengan manusia. Manusia yang asalnya tidak mempunyai kematian, kini dibebani dengan kutukan maut akibat daripada dosa ini. Mereka yakin bahawa dosa boleh diwarisi oleh generasi demi generasi bermula dari Adam yang melakukan dosa. Dosa ini pada pandangan mereka dapat ditebus melalui korban dan boleh dipindahkan kepada Jesus yang diutus.

Doktrin Jalan Keselamatan

Oleh kerana dosa hanya boleh dihapuskan melalui korban, maka korban yang diperlukan dalam proses pengampunan ini bukan sembarangan korban kerana dosa Adam terlalu besar. Korban yang diperlukan untuk mendapat jaminan keselamatan hanyalah dengan cara mempersembahkan seseorang yang memang tidak memiliki dosa.

Kristologi

Oleh kerana Jesus diutus sebagai penebus dan korban terhadap dosa inilah Jesus dipuja dalam kepercayaan Kristian.

DOKTRIN KRISTIAN (Secara Ringkas)

DOTRIN DOSA
-Memutuskan hubungan Tuhan dengan Manusia
-Mewujudkan maut
-Boleh diwarisi
-Ampunan melalui korban
-Boleh dipindah



DOKTRIN JALAN KESELAMATAN
Mempersembahkan kepada Tuhan seorang yang tidak mempunyai dosa
sebagai korban untuk menebus dosa



KRISTOLOGI
Pemujaan Christ

Monday, December 22, 2008

Poligami Dalam Islam...Siri 2


Sambungan siri 1.....

5) Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki

Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.

Semasa peperangan juga, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6) India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu daripada beberapa negara, bersama dengan negara-negara jiran lain, di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Hal ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahawa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap tahun di negara tersebut, selepas jantinanya dikenal pasti sebagai perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7) Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki

Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak 1 juta dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, satu pertiga merupakan homoseksual. Amerika Syarikat keseluruhannya mempunyai lebih 25 juta homoseksual dan lesbian. Hal ini bermakna, golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak 4 juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak 5 juta. Wanita Rusia pula, wanita melebihi lelaki sebanyak 9 juta. Hanya tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita seluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.

8) Menyekat setiap dan semua lelaki beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal

Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada 30 juta wanita di Amerika yang tidak dapat bersuami (memandangkan Amerika mempunyai 20 juta homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada 4 juta wanita, 5 juta wanita di Jerman dan di Rusia sahaja 9 juta wanitanya akan gagal untuk mendapat suami.

Andaikan saudara perempuan saya merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat atau andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat 2 pilihan yang tinggal iaitu :

i) berkahwin dengan suami orang
ii) Menjadi “Milik Awam” (membuat hubungan tanpa kahwin / pelacur)

Sesiapa yang bermaruah pastinya memilih yang pertama

Dalam masyarakat barat, adalah menjadi satu kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan atau mempunyai hubungan luar nikah yang banyak. Wanita tersebut menjalani kehidupan yang mengaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama juga bagaimanapun tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, dimana wanita ini dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.

Oleh itu, hanya 2 pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari suami iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua.

Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami terhad, tetapi tujuan utama adalah untuk memelihara maruah wanita.

Sunday, December 21, 2008

Poligami Dalam Islam...


Kita semua sedia maklum, bahawa isu poligami ini sering menjadi topik perbincangan di kalangan non-muslim mahupun penganut Islam itu sendiri yang belum memahami hikmah disebalik POLIGAMI ini. InsyaAllah, artikel kali ini akan menjawab dan menerangkan persoalan mengapa lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada satu dalam Islam.

1) Definisi Poligami

Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami :

1)poligini~ iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri.

2)poliandri~ iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami.

Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan manakala poliandri ditegah sama sekali. Baiklah, kita berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri?

2) Qur’an adalah satu-satunya kitab suci agama di dunia yang menyebut, “Kahwinilah seorang sahaja”. Al-Qur’an satu-satunya kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “Kahwinilah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain sama ada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible boleh ditemui pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.

Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.

Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai yang mereka ingini, oleh kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.

Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmut, Ibrahim mempunyai tiga isteri manakala Sulaiman mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Serphardic yang tinggal di negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3) Poligini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu dibandingkan dengan penganut agama Islam. Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam ; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66dan 67 bahawa peratus perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah 5.06% dalam kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% dalam kalangan penganut Islam. Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan, penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta Perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.

Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang.

4) Al-Qur’an membenarkan poligami terhad. Seperti yang disebutkan, Al-Qur’an satu-satunya kitab suci di muka bumi ini yang menyebut “Kahwinilah seorang sahaja”. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada kitab suci Al-Qur’an iaitu surah an-Nisa’ ayat 3 yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu :

“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja”.

Sebelum Al-Qur’an diturunkan tiada had untuk poligini dan ramai lelaki yang memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki berkahwin dua, tiga atau empat dengan syarat berlaku adil kepada semua isteri.

Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firman-NYA : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adildi antara isteri-isterimu..”

Oleh itu, poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri. Secara amnya, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam Islam :

1) ‘Fardhu’ iaitu wajib atau perlu
2) ‘Mustahab’ iaitu disyorkan atau digalakkan
3) ‘Mubah’ iaitu dibolehkan atau dibenarkan
4) ‘Makruh’ iaitu tidak disyorkan atau tidak digalakkan
5) ‘Haram’ iaitu dilarang atau tidak sama sekali dibenarkan.

Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan behawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah lebih beriman dibandingkan dengan seorang Islam yang hanya beristeri satu.

Bersambung siri 2.....

Asas-Asas Agama Kristian Siri 2


Kita semua sedia maklum bahawa penganut Kristian percaya kepada Tuhan sama seperti umat Islam. Namun, kekuasaan Tuhan pada mereka tidak sama seperti umat Islam. Umat Islam meyakini Tuhan sebagai Yang Maha Kuasa, kekuasaa-NYA mutlak, tidak ada makhluk yang tidak berada di bawah kekuasaan-NYA. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-NYA) ; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-NYA apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-NYA? Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-NYA. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”.

Di dalam Kristian kekuasaan Tuhan mampu diceroboh oleh makhluk. Mereka percaya satu ketika dulu berlaku pemberontakan malaikat. Tuhan seolah-olah gagal menangani pemberontakan tersebut. Tidak lama selepas itu manusia dijadikan dan ditempatkan di Taman Eden. Di sana Adam telah melanggar larangan Tuhan yang melarangnya dari memakan buah dari pohon kehidupan iaitu epal.

Akibat dari pelanggaran itulah Adam berdosa dan dosa itu terpaksa diwarisi oleh seluruh keturunannya. Maka setiap manusia lahir bersama dosa yang diwarisi daripada bapa mereka Adam yang telah melakukan dosa di Taman Eden. Oleh kerana dosa ini suatu yang besar maka manusia memerlukan keampunan daripada dosa tersebut, tetapi dosa tersebut tidak akan tertebus melainkan melalui korban. Maka atas kepercayaan inilah Jesus diutus untuk melaksanakan misi pengampunan dosa Adam dan dosa warisan yang ditanggung oleh seluruh anak cucu Adam. Perutusan Jesus ini disifatkan sebagai Berita Baik bagi seluruh umat Kristian.

Bersambung siri 3.....

Friday, December 19, 2008

Asas-Asas Agama Kristian Siri 1

Kepada semua pengunjung yang dikasihi sekalian, tajuk ini adalah tajuk yang penting yang perlu dikuasai oleh pengkaji Agama Kristian. Menurut Tuan Hj Nicholas Sylvester Abdullah, setiap satu daripada gereja yang wujud masing-masing mendakwa merekalah aliran yang benar dan yang lain adalah sesat dan tidak betul.

Bayangkan, aliran-aliran baru ini tumbuh seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan setiap hari. Di Sabah sahaja terdapat lebih 10 aliran Kristian seperti Roman Katolik, Basel, SDA, SIB, Anglikan, Gereja Yesus Benar, Jehovah Witnesses, PCS,Mormon dan sebagainya. Namun secara umumnya, terdapat 3 aliran mazhab utama dalam dunia Kristian.

Gereja Utama Kristian :
1) Roman Katolik
2) Protestan
3) Evangelikal

Untuk memahami kepercayaan dan pegangan dalam agama Kristian, seseorang itu perlu memahami kosmologi atau tasawwur umum kepercayaan mereka. Di bawah ini adalah gambarajah yang menerangkan tentang kosmologi Kristian :

Bersambung siri 2......

Thursday, December 18, 2008

Sejarah Bible Siri 3


Bible yang ada pada hari ini ditulis dengan berpandukan salinan-salinan yang tidak sempurna ini. Sejarah juga membuktikan bahawa kisah hidup Nabi Isa (Jesus) yang terdapat di dalam Bible (Bahagian Gospels) disusun berdasarkan cerita orang-orang dahulu. Hal ini disebutkan di dalam New Bible Dictionary “Kebanyakan kisah hidup Nabi Isa (Jesus) diperoleh melalui khabar-khabar lisan sebelum ia ditulis dalam bentuk yang kita kenali sekarang”(5). Di dalam Peake’s Commentary on The Bible disebutkan “Memang diketahui umum, Gospel adalah berasaskan khabar-khabar lisan ornag-orang Kristian terdahulu dan hal ini melahirkan pelbagai variasi berhubung perkataan dan perlakuan Nabi Isa (Jesus). Semua ini dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja oleh penuli-penulis Bible...”.(6)

Penulis Bible sering tidak menyalin dengan tepat kisah Nabi Isa. Hal ini diakui oleh tokoh Kristia Bruce M. Metzger di dalam The Text of The New Testament, “Penulis-penulis tidak menyalin dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis pentafsiran mereka sendiri berhubung sumber-sumber itu. Mereka melakukannya bagi membetulkan kesilapan penulis-penulis lain tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka sendiri telah melakukan kesilapan dengan tindakan mereka itu”. (7)

Perkara yang sama juga turut berlaku ke atas Kitab Perjanjian Lama seperti yang disebutkan di dalam The Interpriter’s Dictionary of The Bible yang bermaksud “Banyak kisah yang terdapat dalam Perjanjian Lama mengikut gaya dan olahan penulis-penulisnya...”(8).

Tambahan lagi, sebahagian sumber Bible tidak diketahui asal usulnya tetapi soalnya kenapa Bible masih mendapat tempat dan diiktiraf sebagai Kalam Tuhan Yang Suci sehingga disebut Holy Bible?. Di dalam The Cambridge History of The bible disebutkan “Kebanyakan tulisan di dalam Perjanjian Baru adalah dari sumber yang tidak diketahui asal usulnya kecuali surat-surat yang ditulis oleh St. Paul”(9).

Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Bible yang ada pada hari ini tidak boleh diiktiraf sebagai Kalam Tuhan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, ajaran Kristian dari A to Z tertolak sebagai ajaran yang benar kerana ajaran Kristian semestinya bersumberkan Bible atau Alkitab. Justeru, saya menyeru semua rakan-rakan Kristian agar kajilah ISLAM!!! Moga dibukakan pintu hidayah buat kalian...


5) New Bible Dictionary. 2nd Edition. Inter –Varsity Press, 1982. hal 436.
6) Peake’s Commentary on The Bible. Thomas Nelson and Sons Ltd 1919 Hal 633.
7) Bruce M. Metzger.The Text of The New Testament Oxford University Press Hal 195.
8) The Interpriter’s Dictionary of The Bible Vol 4 Hal 683.
9) The Cambridge History of The Bible Vol 1 1970 Hal 233.

Tuesday, December 9, 2008

Sejarah Bible Siri 2


Pendapat yang sama disebut di dalam The Catholic Encyclopedia “Bible yang lengkap seperti yang asal masih wujud sebenarnya tidak berasas sama sekali. Bible yang kini menjadi pegangan umum kini, seperti juga Kitab Perjanjian Lama, telah melalui beberapa perkembangan dan proses …sehingga akhirnya isi-isinya diputuskan secara rasmi oleh Majlis Trident atau Tridentint Council. (2)

Ada antara tokoh-tokoh Kristian yang berpendapat, Bible adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pihak gereja. Justeru, gerejalah yang menentukan isi Bible dan bukan Bible yang menentukan perjalanan Gereja. Hal ini disebutkan oleh Paderi Besar dari Gereja Ortodoks di Denver iaitu His Eminence Metropolotan Isiah of Proikonisou and Presiding Hierarch of the Greek Orthodox Diocese of Denver iaitu His Eminence Metropolotan Isiah of Proikonisou and Presiding Hierarch of the Greek Orthodox Diocese of Denver di dalam Denver Buletin yang diterbitkan pada bulan Mac 1995, jilid3, no 3. Beliau berkata “landasan perjalanan gereja tidak didasarkan kepada Kitab Bible kerana isi Bible ditentukan oleh pihak gereja. Pada abad-abad awal agama kristian, tidak ada seorang manusia pun yang dapat menyentuh kitab yang bernama Bible kerana ia memang tidak wujud”. Pernyataan ini menunjukkan dalam agama Kristian, kedudukan gereja berada lebih tinggi berbanding Bible, dan berkuasa menentukan segala-galanya termasuk isi kandungan Bible. Sebaliknya, dalam agama Islam, Al-Quran berada ditempat atas dan menentukan segala perkara.

Oleh kerana Injil atau Bible yang asal tidak wujud lagi, penulis-penulis Bible terpaksa menggunakan pelbagai sumber yang tidak lengkap bagi menulis isi kandungan Bible. Di dalam The Anchor Bible Dictionary disebutkan “Disebabkan salinan asal bible tidak wujud lagi, isi kandungan Bible terpaksa ditulis dengan menggunakan teks-teks yang tidak sempurna maka seringkali berlaku percanggahan”. (3) Sumber-sumber yang tidak sempurna ini, wujud dalam bentuk salinan yang ditiru daripada salinan-salinan yang sebelumnya dan saling berbeza dan bercanggah.

Bart Ehrman, di dalam The Orthodox Corruption of Scripture berkata “Manuskrip Bible yang asal sudah tidak wujud lagi pada hari ini, yang ada hanyalah salinan yang ditiru daripada salinan-salinan yang sebelumnya. Sebanyak 5366 daripada salinan-salinan yang tua ini ditulis dalam Bahasa Greek Klasik atau Yunani Kuno antara abad ke-2 hingga ke-16 Masehi. Namun, yang menarik perhatian adalah tidak wujud persamaan kecuali sedikit sahaja antara satu salinan dengan salinan yang lain. Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui jumlah sebenar perbezaan dan percanggahanini, tetapi ia mungkin mencecah ratusan ribu” (4)

2)George J Reid. The Catholic Encyclopedia, online addition, vol 3, 1999 (http://www. newadvent. org/ cathen/03274a.htm)

3)David Noel Freedman. The Anchor Bible Dictionary (CD Rom). Bab Textual Criticism, New Testament.

4)Bart Ehrman. The Orthodox Corruption of Scripture. Oxford University Press 1996 Hal 27

Monday, December 8, 2008

Sejarah Bible Siri 1

Bab atau surah yang terdapat di dalam Bible disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai Book atau buku. Berdasarkan ini, Bible adalah himpunan 66 surah atau buku, 39 daripadanya dikenali sebagai Kitab Perjanjian Lama atau Old Testament. Manakala 27 buah lagi dikenali sebagai Kitab Perjanjian Baru atau New Testament. Kitab Perjanjian Lama mengandungi undang-undang Nabi Musa, kisah-kisah sejarah, puisi dan kebijaksanaan disamping satu bab yang dipenuhi ramalan-ramalan perkara akan datang.

Kitab Perjanjian Baru pula mengandungi kisah kehidupan Nabi Isa yang ditulis oleh tokoh agama Kristian yang bernama Matthew, Mark, Luke dan John. Tulisan-tulisan ini dikenali sebagai Gospels @ Injil. Disamping itu, Kitab Perjanjian Baru juga mengandungi surah atau buku The Acts (Kisah Para Rasul) yang mengisahkan keadaan agama Kristian pada peringkat awal kewujudannya, surat-surat yang ditulis oleh St. Paul (13 buah) dan tokoh-tokoh Kristian terdahulu dan sebuah buku yang bernama Revelation (wahyu).

Di dalam Encarta Encyclopedia disebutkan, “Bible agama Kristian mengandungi keseluruhan Kitab suci Agama Judaime yakni Agama Yahudi. Perkataan Old Testament atau Perjanjian Lama merujuk kepada tulisan yang berkaitan dengan agama Yahudi ini… Justeru, Bible Kristian mempunyai 2 bahagian iaitu Perjanjian Lama dan 27 buku Perjanjian Baru”. Bible yang asal tidak lagi wujud. Perkara ini disebutkan di dalam The Interpreter’s Dictionary of The Bible “Tulisan-tulisan asal Perjanjian Baru sudah lama tiada, perkara ini tidaklah mengejutkan kerana sumber-sumber itu ditulis di atas bahan-bahan yang tidak tahan lama”(1).

(1) George Arthur Buttrick. The Interpreter's Dictionary of The Bible, Vol 1. Abingdon Press 1962. Bab "Text NT", hal 599.

Bersambung siri 2...

Saturday, December 6, 2008

Versi-versi Bible siri 3

Jay P. Green Sr. , editor dan penterjemah Interlinear Greek-English New Testament pula berkata “Berhubung dengan versi-versi baru seperti New International Bible, New Jerusalem Bible dan lain-lainnya disamping terdapat di dalamnya tokok tambah, banyak perkataan dan ayat dibuang sehingga mencapai 4 muka surat, sedangkan tulisan-tulisan ini pada asalnya adalah kata-kata Tuhan seperti yang terdapat dalam manuskrip Yunanai”. (14)

Kontroversi mengenai versi-versi Bible melahirkan bibit-bibit perpecahan yang dahsyat dalam dunia Kristian. Sebagai contoh, kumpulan Kristian dari Fundamental Evangelistic Association menulis tajuk Modern Bible Versions Are Dangerous, Watch Out For Them yang bermaksud “Bible Versi Moden, Berbahaya, Berhati-hati Dengannya” di dalam laman web mereka bertarikh Mac 2000” (15).

Akhirnya timbullah persoalan besar dan serius yang perlu dijawab oleh tokoh-tokoh Kristian. Contohnya seperti yang pernah diutarakan oleh David B. Loughran, pengasas Stewarton Bible School di Scotland melalui artikelnya yang bertajuk ”Bible Version” ”Which is the Real Word of God?” Beliau berkata Persoalan sekarang adalah Bible versi manakah yang boleh diiktiraf sebagai Kalam Tuhan? “Semua orang boleh faham dengan percanggahan-percanggahan yang terdapat di dalam Bible. Kita tidak boleh mengatakan kesemuanya adalah Kalam Tuhan. Tuhan tidak mungkin menyebabkan percanggahan seperti itu.” (16)

Persoalan mengenai kitab Tuhan adalah persoalan pokok. Pertikaian mengenai perkara pokok dan asas menjadikan sesuatu agama rapuh dan inilah sebenarnya yang melanda agama Kristian. Maka bagaimanakah penganut Kristian masih boleh meyakini kebenaran ajaran agama mereka sedangkan semua kepercayaan mereka bersumberkan kitab Bible yang amat rapuh asal usulnya dan telah berlaku bermacam-macam pengubahan.

Rujukan

14) Richard Nickels. King James Version Translation Error 2000
15) Fundamental Evangelistic Association. Tract and Literature 2000
16) David B. Loughran. Bible Version “Which is the Real Word of God? 1999

Friday, December 5, 2008

Versi-versi Bible siri 2

Dr Daniel B. Wallace, Profesor Madya dalam bidang kajian Bible di Dallas Theological Seminary, dalam tulisannya yang bertajuk Why So May Versions menghuraikan versi-versi ini. Beliau berkata “Bible versi King James yang ada pada hari ini tidak serupa dengan versi King James terbitan 1611 kerana ia telah melalui 3 semakan semula yang menyebabkan 100 000 perubahan dilakukan di dalamnya. Menganai Bible versi Revised Standard Version, penulisannya disempurnakan pada tahun 1952. Ia juga adalah semakan semula kepada Bible King James. Kadangkala terjemahannya amat membantu tetapi kadangkala amat mengelirukan. Bible versi New American Standard adalah semakan semula ke atas Bible King James. Terdapat 3 perbezaan besar antara kedua-dua versi itu. Mengenai Bible versi New English Bible, penulisan Bible ini disempurnakan pada tahun 1971, hasil usaha selama 25 tahun. Ia bukan semakan semula semata-mata, malahan terjemahan baru secara keseluruhannya. Malang sekali, pandangan-pandangan peribadi para penterjemah kadangkala mempengaruhi terjemahan teksnya. Demikian juga, berlaku pada Revised English Bible. Mengenai Bible versi New Internasional pula ia diterbitkan pada tahun 1978. Saya secara peribadi merasakan ia adalah terjemahan yang terbaik yang ada pada hari ini. Namun kelemahan yang ketara adalah bahasanya yang terlalu mudah. Dalam usaha supaya ia mudah dibaca, pengarang-pengarangnya mengandaikan ketepatan maksud perkataan-perkataan tertentu. Akhirnya saya ingin komen mengenai Bible Versi New World Translation yang diterbitkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jehovah’s Witnesses. Saya menganggap Bible New World Translation sebagai terjemahan Bible ke dalam Bahasa Inggeris yang paling teruk pernah diterbitkan”. (10)

Pelbagai versi Bible menunjukkan banyak semakan semula dan perubahan-perubahan dilakukan ke atas isi-isi Bible. ”Konsep Disana Hanya Wujud Satu Bible Dan Satu Versi Sahaja” tidak berasas sama sekali. Bart Ehrman di dalam bukunya ”The Orthodox Corruption of Scripture berkata ”Manusia seolah-olah mempercayai di sana hanya wujud satu Bible dan satu versi sahaja. Ini adalah pandangan yang tidak benar kerana semua Bible yang ada pada hari ini adalah hasil usaha ”memotong dan memuatkan” tulisan-tulisan yang diperolehi dari pelbagai manuskrip yang mana tidak ada satu pun daripada manuskrip-manuskrip itu yang layak dijadikan sebagai rujukan utama. Justeru, perubahan-perubahan pada teks wujud kerana tindakan penterjemah-penterjemahnya dan kadangkala mereka melakukannya dengan sengaja. Sebagai contoh, apabila ada seorang penulis Bible menambah sebanyak 12 ayat di hujung Gospel Matthew. Ia jelas menampakkan perbuatan ini memang disengajakan.” (11)

Baru-baru ini, Bible versi Inclusive pula diterbitkan bagi mengambil kira golongan-golongan tertentu. Berhubung dengan ini, Paderi Gary W. Hendrix dari Grace Reformed Baptist Church berkata ”Penerbit Oxford University Press menerbitkan Bible versi Inclusive Version. Penggunaan bahasa dalam versi ini mengambil kira pejuang-pejuang kebebasan wanita, golongan minoriti serta golongan kidal. Bagi maksud ini beberapa perubahan dilakukan. Antaranya perkataan bapa atau Father yang digunakan bagi Tuhan digantikan dengan perkataan ”Bapa Ibu” atau ”Father –Mother” manakala ”Tangan Kanan Tuhan” atau ”God’s Right hand” diganti dengan ”Tangan Perkasa” atau ” Mighty Hand” disamping beberapa perubahan lain. Bagaimana pula sikap kita dengan penerbitan ini?...Pengarang-pengarang Inclusive Bible jelas membuang kata-kata Tuhan asal dan menggantikannya dengan kata-kata mereka sendiri. Tindakan ini sebenarnya telah mengubah kitab Tuhan. Ini seolah-olah menunjukkan Tuhan tidak begitu bijak dan pintar...” (12).

Bukti-bukti ini jelas menunjukkan campurtangan manusia dalam mengolah, mengubah serta menokok tambah ayat-ayat Tuhan di dalam Bible. Apabila ini berlaku kredibiliti Bible dipertikaikan dan keraguan mengenai kesuciannya tidak dapat dielakkan lagi. Tokoh-tokoh Kristian sering mengatakan kewujudan pelbagai versi Bible disebabkan kelainan dalam terjemahan tanpa mengubah jalan ceritanya yang asal. Namun apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Dr. Daniel B. Wallace berkata ”Kemana perginya sesetengah ayat? Terjemahan moden telah membuang banyak ayat bernilai dari Bible. Mereka menamatkan bab 16 dari Gospel Mark pada ayat kelapan, kemudian mereka membuang kisah malaikat yang mengocakkan air di kolam Bethesda di dalam John 5 ayat 4. dan paling ketara, mereka membuang kisah wanita berzina yang pada asalnya terdapat dalam buku John 8. Disamping itu terjemahan moden juga membuat perubahan yang signifikan di dalam teks.. Secara keseluruhannya, ratusan perubahan dilakukan dalam terjemahan moden berbanding Bible King James”. (13).

Rujukan

10. Daniel B Wallace. Why So Many Version? NetBible.orgBiblical Studies Foundation.2000
11. Bart Ehrman. The Ortodox Corruption of Scripture hal 27-28
12. Pastor Gary W. Handrix. The Inclusive Bible, Grace Reformed Church 2000
13. Daniel B Wallace PhD;Why So Many Error 2000

Bersambung Siri 3...

Wednesday, December 3, 2008

Versi-versi Bible Siri I


Antara tulisan-tulisan awal yang diiktiraf sebagai Kalam Tuhan oleh Gereja Kristian ialah Kitab Muratorian Canon yang diterbitkan pada hujung abad kedua Masehi. Kitab ini tidak memuatkan buku-buku seperti James, 3 John, dan 1 dan 2 Peter di dalamnya. Ia juga tidak mengiktiraf buku Shepherd of Hermas dan Surat-surat Paul yang ditulis kepada golongan Laoddicean dan Alexandrian.(1)

Pada tahun 200 Masehi, masyarakat Kristian secara umumnya mula mengiktiraf keempat-empat Gospels, buku The Acts yang mengandungi kisah pengikut-pengikut pada peringkat awal agama Kristian, Surat-surat Paul, 1 Peter dan1 John sebagai Kalam Tuhan. (2). Pada tahun 363 Masehi, Majlis Council of Loadicea mengiktiraf 26 buku sebagai Kalam Tuhan dan menolak buku Revelation. (3). Namun, pada tahun 367 Masehi atas cadangan St. Athanasius, semua 27 buku yang menjadi pegangan pada hari ini diiktiraf sebagai Kalam Tuhan termasuk buku Revelation. Penerimaan buku Revelation sebagai Kalam Tuhan menimbulkan banyak kontroversi pada peringkat awal, namun akhirnya semua 27 buku diiktiraf sebagai isi-isi kitab Perjanjian Baru dan disahkan oleh Majlis Council of Trent pada tahun 1546 Masehi.(4).

Dengan itu lahirlah Bible yang dikenali pada hari ini iaitu yang mengandungi 66 buku atau bab di mana 39 buku terkandung di dalam Kitab Perjanjian Lama dan 27 buku di dalam Perjanjian Baru. Salah satu kontroversi yang timbul dan masih hangat diperkatakan hingga ke hari ini adalah 7 buku tambahan yang terdapat didalam Kitab Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Apocrypha. Mazhab Kristian Protestan tidak mengiktiraf Apocrypha sebagai Kalam Tuhan. Berbeza halnya Mazhab Katolik yang menganggap Apocrypha sebagai Kalam Tuhan setanding dengan Kitab yang lain. Pandangan Mazhab Katolik ini selari dengan pandangan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Kristian pada peringkat awal agama Kristian. Ini kerana sejarah menunjukkan mereka mengiktiraf Apocrypha sebagai Kalam Tuhan dan pendirian ini disebutkan paling kurang sebanyak 352 kali dalam penulisan-penulisan mereka sebelum ini. (5).

Justeru pihak Gereja Roman Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan memasukkan Apocrypha di dalamnya. Pihak Protestan menentang penerbitan Bible ini dan hasilnya pada tahun 1611, mereka menerbitkan Bible edisi King James. Bible King James ini terpaksa bersaing dengan Bible Geneva dan akhirnya Bible King James mendapat tempat dalam dunia Kristian. Sekitar tahun 1769 Apocrypha dibuang sepenuhnya dari Bible hingga ke hari ini.(6). Selepas itu timbul versi-versi Bible yang pelbagai iaitu sesudah dilakukan semakan semula ke atas Bible King James yang dikatakan dipenuhi kecacatan yang serius. Satu lagi golongan yang penting dalam dunia Kristian ialah mazhab Ortodoks. Bible mereka berbeza dengan Bible Mazhab Katolik dan Protestan. Bagi Ortodoks Bible terdiri dari 76 buku. 39 terdapat di dalam Perjanjian Lama dan 27 buah di dalam Perjanjian Baru disamping tambahan 10 buah buku Apocrypha.

Justeru kitab yang manakah yang perlu diiktiraf sebagai Bible? Adakah Bible mengandungi 66 buku disamping 7 buku Apocrypha seperti yang dipegang oleh Mazhab Roman Katolik? Ataupun 66 buku disamping 10 buku Apocrypha seperti yang dipegang oleh golonganMazhab Protestan?

Disamping itu, Bible mempunyai pelbagai versi. Di dalam Grolier Encyclopedia disebutkan Bible pertama yang lengkap dalam Bahasa Inggeris disusun oleh John Wycliffe dan rakan-rakannya. Terjemahan-terjemahan yang berikutnya dibuat oleh Martin Luther dalam Bahasa Jerman dan William Tyndale dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu terbitlah versi-versi seperti Bible Miles Coverdale (1535), Bible Matthew (1537), Bible Great (1539), Bible Geneva (1560), Bible Rheims-Douai (1582,1609), Bible King James (1611), Bible English Revised Version (1881-1885), Bible Revised Standard Version (1952), Bible Jerusalem (1966),Bible New English (1970), Bible New American (1970), Bible New International Version (1973-1978), Tanakh : The Holy Scriptures (1985) dan Bible New Revised Standard Version (1990). (7).

Menurut David Engelsma dari Gereja The Protestan Reformed Churches di Amerika Pada hari terdapat pelbagai terjemahan, semakan dan olahan semua dilakukan ke atas Bible sehingga kita tidak mampu mengikuti perkembangan …Rasional kelahiran versi-versi baru ini kerana kelemahan yang terdapat di dalam Bible King James yang dikatakan mempunyai kecacatan yang serius. Antara puncanya adalah penggunaan teks Yunani yang dipenuhi pelbagai kesilapan..(8).

Yang anehnya Bible Versi King James yang pernah diiktiraf sebagai Kalam Tuhan yang terbaik pernah diterbitkan. Kalam Tuhan yang terbaik ini beredar dalam masyarakat Kristian selama 250 tahun sebelum ia dikatakan dipenuhi kesilapan yang serius sehingga memerlukan semakan semula.

Sejak itu, pelbagai versi memenuhi pasaran buku hinggalah ke hari ini. Jay P. Green Sr., editor dan penterjemah kepada Interlinear Greek-English New Testament berkata di dalam neraka prakata Bible terjemahannya Pasaran buku hari ini sedang dipenuhi pelbagai versi Bible yang baru. Setiap versi mendakwa ia adalah kata-kata Tuhan walaupun terdapat banyak perbezaan antara satu versi dengan versi yang lain. (9).

Rujukan

1. Maxine Clarke Beach. The Bible: The Book that Bridges the Millenia, 1998
2. The Bible Shelf “History of the Bible”
3. Ibid
4. The Bible: The Book that Bridges the Millenia, 1998
5. Scripture Quatations, Index of Text, Ante-Nicene, Fathers vol IX. Hal 235- 236
6. Ibid
7. Grolier Encyclopedia, (CD ROM Version). Grolier Interactive Inc. 2000. Bible ‘Version of Bible’
8. Modern Bible Version. David Engelsma. The Protestant Reformed Churchess in American 2000.
9. Richard Nickels. King James Version Translation Error

Bersambung siri 2….

Tuesday, December 2, 2008

MUHAMMAD DALAM KITAB2 TERDAHULU SIRI 2

Muhammad Di Dalam Bible

Seperti yang kita lihat sebelum ini, banyak tokok tambah dan semakan semula dilakukan ke atas Bible. Namun, sebahagian kecil daripada isi-isi Bible masih selari dengan Al-Quran terutamanya yang berhubung dengan Nabi Muhammad. Dalam (Genesis 21:17-18), disebutkan janji tuhan untuk menjadikan keturunan Nabi Ismail keturunan yang hebat. Ayatnya mengikut terjemahan daripada Bible Malaysia, Al-kitab (1996) adalah “...Pergilah Hagar kepada anakmu Ismail, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar”.

Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad adalah dari keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi Isa dari Nabi Ishak. Ayat ini adalah isyarat berhubung dengan pengutusan Nabi Muhammad dan kebangkitan bangsa Arab di persada keunggulan dunia. Dalam (Gospel St John 16:7), Nabi Isa menceritakan kedatangan seorang yang bergelar Paracletos, “Nevertheless I tell you the truth; It is expedient for you that I go away: For if I go not away, The Paracletos will not come unto you; But if I depart, I will send him unto you”.

Mengikut Bible Malaysia yang bernama al-Kitab terbitan 1996, terjemahan ayat ini adalah, “Tetapi apa yang Aku katakan kepada kamu benar: Untuk kebaikan kamu, lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu”.

Dalam kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menjelaskan kalimat Paracletos berasal dari suku kata peri dan cleotis dan apabila ianya dicantumkan, ianya membawa maksud ‘yang terpuji’ ataupun dalam bahasa Inggeris the most illustious, glorious and renowned dan semua ini selari dengan maksud bagi nama Ahmad dan Muhammad. Paracletos menjadi saksi berhubung dengan nabi Isa seperti yang disebutkan dalam (John 15:26) “jikalau Penghibur yang akan Ku utus dari Bapa datang...Ia akan bersaksi tentang Aku”. Justeru, beliau adalah identiti yang berbeza daripada Nabi Isa. Selain itu, Sir William Muir dalam Life of Mohamet berkata,“Satu lagi panggilan yang digunakan bagi Mohamet adalah Ahmad dan dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, nama Ahmad digunakan ditempat Paraclete”.

Sehubungan dengan itu juga, dalam (John 14:16-17), Nabi Isa berkata, “and he shall give you another paracletos, that he may staywith you for ever” yang bermaksud “aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong lain”. Ayat ini menjelaskan, Paracletos yang akan datang selepas Nabi Isa adalah ‘Penolong lain’ bukannya baginda sendiri.

Perkataan Paracletos ini mengingatkan manusia tentang perkara yang pernah disebutkan Nabi Isa berpandukan (John 14:20), “He will bring to your remembrance all that I said to you,” yang bermaksud, “dia akan mengingatkan kamu akan semua yang Aku katakan kepadamu”. Sekali lagi ayat ini menjelaskan tentang orang yang lain daripada nabi Isa yang akan mengingatkan manusia tentang ajaran sebenar baginda.

Satu perkara penting lagi yang perlu kita tahu bahawa Paracletos ini juga akan membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam (Isaiah 42:9-12), “...Sekarang Aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi Tuhan; pujilah Dia, hai seluruh bumi!. Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia...”.

Al-Quran adalah ‘nyanyian baru’ daripada Tuhan. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dalam bahasa yang diturunkan iaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan baru, sesuai dengan suasana akhir zaman. Bahasanya adalah bahasa baru yang dapat difahami manusia, bukannya bahasa kuno yang tidak digunakan lagi oleh masyarakat masa kini. Nabi akhir zaman bernama ‘Muhammad’ yang bermaksud ‘Yang Terpuji’. Baginda pernah dipuji dengan gelaran ‘Al-Amin’ oleh golongan Quraisy dan bangsa Quraisy adalah dari keturunan Kedar. Semua bukti ini menunjukkan Nabi Muhammad adalah Rasul akhir zaman berdasarkan keterangan yang terdapat dalam Bible.

Monday, December 1, 2008

MUHAMMAD DALAM KITAB2 TERDAHULU SIRI 1

Nabi Muhammad diutuskan sebagai rahmat bagi seluruh alam. Kisah tentang peribadi baginda ada disebutkan dalam kitab-kitab dahulu secara terperinci. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Baqarah ayat 146, Allah berfirman “Dan mereka yang kami berikan kitab (Yahudi dan Kristian), mereka mengenali (Muhammad) seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri”.

Golongan Yahudi dan Kristian cuba menyembunyikan hakikat tersebut sehingga hari ini. Justeru, mudah-mudahan dengan artikel ini dapat merangsang kita mengkaji dan membuktikan kepada dunia bahawa peribadi nabi Muhammad disebutkan di dalam kitab-kitab mereka secara jelas dan terang. Semoga dengan pembuktian ini juga mereka yakin akan kebenaran baginda.

Bersambung.....