Monday, December 29, 2008

Daging khinzir (babi) diharamkan...Siri 2

3) Memakan daging khinzir (babi) menyebabkan pelbagai penyakit

Orang bukan Islam yang lain dan athies hanya akan bersetuju jika mereka dapat diyakinkan melalui sebab, logik dan sains. Memakan daging khinzir boleh menyebabkan tidak kurang daripada 30 jenis penyakit yang pelbagai. Seseorang itu boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita. Ia tersimpan di dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua organ tubuh. Jika memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung, jika memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibatkan kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir kesemua organ tubuh.

Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis. Tanggapan salah paling umum mengenai daging khinzir ialah, jika ianya dimasak dengan betul, ovum-ovum tersebut akan mati. Dalam satu projek penyelidikan yang dapat dijalankan di Amerika, didapati dariapada 24 orang yang menghidap Trichura Tichurasis, 22 telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa ovum yang terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang normal.

4) Khinzir mempunyai bahan pembina lemak

Daging khinzir mempunyai sangat sedikit bahan membina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saluran dan boleh mengakibatkan hipertensi (tekanan darah terlalu tinggi) dan serangan jantung. Tidak menghairankan bahawa lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.

5) Khinzir adalah antara haiwan yang paling kotor di bumi

Khinzir hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Setakat yang diketahui, ia merupakan pebangkai yang terbaik ciptaan Allah SWT. Contohnya di India terdapat perkampungan yang tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di tempat terbuka. Selalunya najis tersebut dimakan khinzir.

Mungkin ada yang akan berhujah bahawa di negara-negara maju seperti Australia, khinzir diternak di tempat yang bersih. Sungguhpun kawasan tersebut bersih, khinzir itu ditempatkan bersama di dalam kandang. Tidak kira bagaimana anda mencuba menjaga kebersihan khinzir, menurut tabi’i mereka merupakan haiwan yang kotor. Mereka makan dan menikmati najis mereka sendiri serta najis khinzir lain.

6) Khinzir adalah haiwan yang paling tidak senonoh

Khinzir merupakan haiwan paling tidak senonoh di muka bumi ini. Khinzir satu-satunya haiwan yang merelakan kawan-kawannya mengadakan seks bersama pasangannya. Di Amerika, kebanyakan orang memakan daging khinzir. Sering kali selepas majlis tari-menari, mereka akan bertukar-tukar isteri. “Anda tidur dengan isteri saya dan saya tidur bersama isteri anda”. Mungkinkah budaya memakan daging khinzir menggalakkan budaya khinzir. Fakta sains hari ini mendedahklan bahawa, apa yang dimakan oleh seseorang akan mempengaruhi perilakunya. Hal ini merupakan salah satu sebab menagapa Islam juga melarang penganutnya memakan haiwan karnivor seperti singa, harimau dan lain-lain yang ganas dan buas. Islam hanya membenarkan memakan haiwan herbivor seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain yang tenang dan jinak.

3 comments:

Nafsah Dulajis said...

alhamdulillah syukran atas infonya.
untuk perkongsian bersama insyaAllah

http://khayra-ummah.blogspot.com/2008/11/katakan-tidak-kepada-solium.html

Renung2fikir2...(^_^) said...

La syukro 'alal wajib...^_^

Mukhlisah Nur (^___^) said...

salam.
tesis tahun akhir saya berkaitan dengan pencemaran sungai. saya lebih fokus kepada pencemaran sungai akibat penternakan babi+adakah telur cacing pita tuh masih wujud di dalam sungai.

mengenai tania solium, saya ingin kongsi satu perkara, sebenarnya tania solium mempunyai 'adik beradik' dalam daging lembu iaitu tania saginata. tetapi Rupa paras/fizikal tania solium lebih menakutkan/ganas berbanding tania saginata. Ia mempunyai pencangkuk sedangkan tania saginata tidak mempunyai pencangkuk.kerana itu, ia boleh hidup di usus,otak, celahan otot dll.

tania solium boleh menyebabkan hilang ingatan dan seterusnya kematian.

kajian saya jugak difokuskan kepada kehadiran telur2 tania solium di dalam air sungai.

Tetapi akhirnya kajian tersebut ditukar kepada taburan serangga akuatik berdasarkan pencemaran sungai.

nak tahu apa yang saya dapat???
Serangga akuatik di kawasan yang tercemar lebih ganas/bahaya/karnivor kepada serangga lain/mempunyai daya ketahanan diri yang kuat sehingga serangga akuatik ini boleh hidup di dalam lumpur@dalam keadaan kurang oksigen.Bahkan ia mengambil masa yang lebih lama untuk mati walaupun disimpan di dalam botol tertutup(kurang oksigen) dan etanol 80%(bahan kimia).

Berbeza dengan kawasan yang tidak tercemar.

Saya terdiam seketika dan berfikir.... kalau serangga akuatik yang tinggal di kawasan pencemaran khinzir pun sudah cukup ganas, bagaimana pula dengan bakteria-bakteria/virus-virus yang terdapat dalam sungai yang tercemar tersebut???

Satu lagi yang saya ingin kongsi..
saya setuju bila penulis blog ini@kajian sains mengatakan bahawa khinzir adalah haiwan yang paling tidak senonoh.Kerana saya melihat sendiri di depan mata saya,BAGAIMANA SEEKOR KHINZIR MENADAHKAN MULUTNYA DI BAWAH SAHABATNYA YANG SEDANG KENCING...!!! (dia minum air kencing fresh sahabatnya sendiri)

saya jugak setuju bila dikatakan walau macammana ladang khinzir itu dijaga akan kebersihannya, ia tetap kotor. kerana saya melawat sendiri bagaimana penyelenggaraan ladang khinzir di telipok, sabah. Setiap pagi pekerja akan membersihkan ladang tersebut(mengepam air), mandikan khinzir, cuci lantai kandang. Tapi ia tetap kotor dan berbau...Baunya??? hanya Allah yang tahu macamana loyanya. Bau ladang khinzir itu dapat dirasa dari jauh.

Dan tanpa rasa jijik, khinzir2 itu selain diberi makan makanan mereka, ada satu lagi menu istimewa iaitu SEGALA BANGKAI AYAM....Uweik....!!!!

Ada satu lagi refference yang saya baca, bahawa virus-virus yang ada pada leher khinzir akan terevolusi menjadi lebih ganas+berbahaya kerana terdapat satu bahan pada leher khinzir yang menyebabkan evolusi itu berlaku dengan cepat. (maklumat ni, saya tak pasti sangat sebab sy perolehinya melalui internet. lagipun ia tidak ada kaitan dengan tesis saya,jadi saya tak ingat dah dari laman web mana saya dapat)

Di akhirnya, saya bersyukur kepada Allah kerana menunjukkan sendiri kepada saya kenapa haram memakan khinzir.Seterusnya dapat berkongsi pengalaman dengan antum semua.

bersyukurlah menjadi orang Islam. kerana setiap suruhan@larangan dalam agama pasti ada sebab@hikmah

wasalam