Dr Daniel B. Wallace, Profesor Madya dalam bidang kajian Bible di Dallas Theological Seminary, dalam tulisannya yang bertajuk Why So May Versions menghuraikan versi-versi ini. Beliau berkata “Bible versi King James yang ada pada hari ini tidak serupa dengan versi King James terbitan 1611 kerana ia telah melalui 3 semakan semula yang menyebabkan 100 000 perubahan dilakukan di dalamnya. Menganai Bible versi Revised Standard Version, penulisannya disempurnakan pada tahun 1952. Ia juga adalah semakan semula kepada Bible King James. Kadangkala terjemahannya amat membantu tetapi kadangkala amat mengelirukan. Bible versi New American Standard adalah semakan semula ke atas Bible King James. Terdapat 3 perbezaan besar antara kedua-dua versi itu. Mengenai Bible versi New English Bible, penulisan Bible ini disempurnakan pada tahun 1971, hasil usaha selama 25 tahun. Ia bukan semakan semula semata-mata, malahan terjemahan baru secara keseluruhannya. Malang sekali, pandangan-pandangan peribadi para penterjemah kadangkala mempengaruhi terjemahan teksnya. Demikian juga, berlaku pada Revised English Bible. Mengenai Bible versi New Internasional pula ia diterbitkan pada tahun 1978. Saya secara peribadi merasakan ia adalah terjemahan yang terbaik yang ada pada hari ini. Namun kelemahan yang ketara adalah bahasanya yang terlalu mudah. Dalam usaha supaya ia mudah dibaca, pengarang-pengarangnya mengandaikan ketepatan maksud perkataan-perkataan tertentu. Akhirnya saya ingin komen mengenai Bible Versi New World Translation yang diterbitkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jehovah’s Witnesses. Saya menganggap Bible New World Translation sebagai terjemahan Bible ke dalam Bahasa Inggeris yang paling teruk pernah diterbitkan”. (10)
Pelbagai versi Bible menunjukkan banyak semakan semula dan perubahan-perubahan dilakukan ke atas isi-isi Bible. ”Konsep Disana Hanya Wujud Satu Bible Dan Satu Versi Sahaja” tidak berasas sama sekali. Bart Ehrman di dalam bukunya ”The Orthodox Corruption of Scripture berkata ”Manusia seolah-olah mempercayai di sana hanya wujud satu Bible dan satu versi sahaja. Ini adalah pandangan yang tidak benar kerana semua Bible yang ada pada hari ini adalah hasil usaha ”memotong dan memuatkan” tulisan-tulisan yang diperolehi dari pelbagai manuskrip yang mana tidak ada satu pun daripada manuskrip-manuskrip itu yang layak dijadikan sebagai rujukan utama. Justeru, perubahan-perubahan pada teks wujud kerana tindakan penterjemah-penterjemahnya dan kadangkala mereka melakukannya dengan sengaja. Sebagai contoh, apabila ada seorang penulis Bible menambah sebanyak 12 ayat di hujung Gospel Matthew. Ia jelas menampakkan perbuatan ini memang disengajakan.” (11)
Baru-baru ini, Bible versi Inclusive pula diterbitkan bagi mengambil kira golongan-golongan tertentu. Berhubung dengan ini, Paderi Gary W. Hendrix dari Grace Reformed Baptist Church berkata ”Penerbit Oxford University Press menerbitkan Bible versi Inclusive Version. Penggunaan bahasa dalam versi ini mengambil kira pejuang-pejuang kebebasan wanita, golongan minoriti serta golongan kidal. Bagi maksud ini beberapa perubahan dilakukan. Antaranya perkataan bapa atau Father yang digunakan bagi Tuhan digantikan dengan perkataan ”Bapa Ibu” atau ”Father –Mother” manakala ”Tangan Kanan Tuhan” atau ”God’s Right hand” diganti dengan ”Tangan Perkasa” atau ” Mighty Hand” disamping beberapa perubahan lain. Bagaimana pula sikap kita dengan penerbitan ini?...Pengarang-pengarang Inclusive Bible jelas membuang kata-kata Tuhan asal dan menggantikannya dengan kata-kata mereka sendiri. Tindakan ini sebenarnya telah mengubah kitab Tuhan. Ini seolah-olah menunjukkan Tuhan tidak begitu bijak dan pintar...” (12).
Bukti-bukti ini jelas menunjukkan campurtangan manusia dalam mengolah, mengubah serta menokok tambah ayat-ayat Tuhan di dalam Bible. Apabila ini berlaku kredibiliti Bible dipertikaikan dan keraguan mengenai kesuciannya tidak dapat dielakkan lagi. Tokoh-tokoh Kristian sering mengatakan kewujudan pelbagai versi Bible disebabkan kelainan dalam terjemahan tanpa mengubah jalan ceritanya yang asal. Namun apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Dr. Daniel B. Wallace berkata ”Kemana perginya sesetengah ayat? Terjemahan moden telah membuang banyak ayat bernilai dari Bible. Mereka menamatkan bab 16 dari Gospel Mark pada ayat kelapan, kemudian mereka membuang kisah malaikat yang mengocakkan air di kolam Bethesda di dalam John 5 ayat 4. dan paling ketara, mereka membuang kisah wanita berzina yang pada asalnya terdapat dalam buku John 8. Disamping itu terjemahan moden juga membuat perubahan yang signifikan di dalam teks.. Secara keseluruhannya, ratusan perubahan dilakukan dalam terjemahan moden berbanding Bible King James”. (13).

Rujukan
10. Daniel B Wallace. Why So Many Version? NetBible.orgBiblical Studies Foundation.2000
11. Bart Ehrman. The Ortodox Corruption of Scripture hal 27-28
12. Pastor Gary W. Handrix. The Inclusive Bible, Grace Reformed Church 2000
13. Daniel B Wallace PhD;Why So Many Error 2000
Bersambung Siri 3...
No comments:
Post a Comment