Wednesday, December 31, 2008

ORANG ISLAM SEMBAH KAABAH? SIRI 2

3) Tawaf mengelilingi Kaabah menandakan satu Tuhan.

Apabila orang muslim pergi ke Masjidil Haram di Mekah, mereka tawaf ataupun membuat pusingan mengelilingi Kaabah. Perbuatan ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat. Maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.

4) Hadis Umar (r.a.).

Berkenaan batu hitam, Hajarul-Aswad, terdapat hadis yang dikaitkan dengan sahabat terbilang Nabi Muhammad (S.A.W.), Umar (r.a.)

Menurut sahih Bukhari, jilid 2, Kitab Haji, Bab 56, H.No. 675, Umar (r.a.) berkata, “Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat Nabi (S.A.W.) menyentuh (dan mencium) kamu.”

5) Ada orang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan.

Semasa zaman Nabi, ada orang yang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan untuk solat. Mungkin kita boleh bertanya orang yang mendakwa bahawa umat Islam menyembah Kaabah : siapakah penyembah berhala yang berdiri di atas berhala yang disembahnya?

Justeru, jelaslah kepada kita semua bahawa kaabah ini menjadi arah kiblat kepada seluruh umat Islam...Persoalan bahawa orang Islam menyembah kaabah tidak timbul sama sekali...Mudah2han sedikit penerangan ini mampu menjawab persoalan2 berkaitan dengan kaabah... Wallahua'lam...

2 comments:

kartini said...

salam 'alaikum..
alhamdulillah bagus betul posting yg enta share nie. walaupun simple tp cukup jelas. cuma, ana nak share tentang pengalaman ana di mana waktu ana tumpang solat di bilik seorg sahabat, kebetulan ada seorg budak cina dlm bilik tu gak, dia tanya "macammana korang boleh tau arah kiblat? bukan Tuhan kamu berada di mana2? kenapa perlu ikut arah kiblat kalau kamu kata Tuhan itu berada di mana2?" huhu...

teruskan menulis ya.

salam perjuangan,
Srikandi.

Renung2fikir2...(^_^) said...

Wa'alaikumussalam...
Salam perjuangan 'aidhon'...
Moga kita terus istiqamah...^_^