Friday, December 26, 2008

Asas-Asas Agama Kristian Siri 5


GELARAN KRISTIAN

Bila Perkataan Ini Muncul?

CHRISTIAN


CHRIST


CHRISTOS



MESSIAH = AL-MASIH


Umat Islam dipanggil muslim, sempena nama Islam sebagai agama yang diberi namanya oleh Allah SWT sendiri di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali Imran ayat 19 :

“ Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam….. ”

Firmannya lagi dalam Surah Al-Haj ayat 78 :

“ .....(Ikutilah) agama orang tua mua Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu (kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad).....”

Berbeza dengan agama Kristian, nama agama yang mereka anuti sebenarnya tidak ada di dalam Kitab Bible yang menjadi pegangan mereka hari ini. Bukan Nabi Isa (Jesus) yang memberikan nama tersebut kepada mereka, tetapi sebenarnya perkataan Kristian itu diambil dari perkataan Christos dalam Bahasa Yunani yang memberi erti Messiah atau Al-Masih dalam Bahasa Arab. Perkataan ini juga memberi makna yang diurapi atau yang disapu dengan minyak kerana kemuliaannya. Orang-orang yang mengikuti ajaran mereka dipanggil dengan gelaran tersebut ketika berada di Mesir.

Kisah Para Rasul 11 : 26 (Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaat itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhialah murid-murid itu untuk pertama kalinya disebut Kristen)

Maka bermula dari situlah lahirnya gelaran Kristian kepada penganut Kristian ini. Dengan erti kata lain Jesus sendiri tidak pernah mendengar nama agamanya sebagai Kristian kerana baginda tidak bertutur dalam bahasa Greek atau bahasa Inggeris dan nama Kristian hanya muncul lama selepas ketiadaan Jesus.

Sebagai umat Islam kita boleh berbangga kerana kita tidak perlu mencari nama sendiri untuk agama yang kita anuti. Allah sendiri memberi nama Islam terhadap agama yang diturunkanNya kepada umat manusia.

No comments: