Wednesday, December 3, 2008

Versi-versi Bible Siri I


Antara tulisan-tulisan awal yang diiktiraf sebagai Kalam Tuhan oleh Gereja Kristian ialah Kitab Muratorian Canon yang diterbitkan pada hujung abad kedua Masehi. Kitab ini tidak memuatkan buku-buku seperti James, 3 John, dan 1 dan 2 Peter di dalamnya. Ia juga tidak mengiktiraf buku Shepherd of Hermas dan Surat-surat Paul yang ditulis kepada golongan Laoddicean dan Alexandrian.(1)

Pada tahun 200 Masehi, masyarakat Kristian secara umumnya mula mengiktiraf keempat-empat Gospels, buku The Acts yang mengandungi kisah pengikut-pengikut pada peringkat awal agama Kristian, Surat-surat Paul, 1 Peter dan1 John sebagai Kalam Tuhan. (2). Pada tahun 363 Masehi, Majlis Council of Loadicea mengiktiraf 26 buku sebagai Kalam Tuhan dan menolak buku Revelation. (3). Namun, pada tahun 367 Masehi atas cadangan St. Athanasius, semua 27 buku yang menjadi pegangan pada hari ini diiktiraf sebagai Kalam Tuhan termasuk buku Revelation. Penerimaan buku Revelation sebagai Kalam Tuhan menimbulkan banyak kontroversi pada peringkat awal, namun akhirnya semua 27 buku diiktiraf sebagai isi-isi kitab Perjanjian Baru dan disahkan oleh Majlis Council of Trent pada tahun 1546 Masehi.(4).

Dengan itu lahirlah Bible yang dikenali pada hari ini iaitu yang mengandungi 66 buku atau bab di mana 39 buku terkandung di dalam Kitab Perjanjian Lama dan 27 buku di dalam Perjanjian Baru. Salah satu kontroversi yang timbul dan masih hangat diperkatakan hingga ke hari ini adalah 7 buku tambahan yang terdapat didalam Kitab Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Apocrypha. Mazhab Kristian Protestan tidak mengiktiraf Apocrypha sebagai Kalam Tuhan. Berbeza halnya Mazhab Katolik yang menganggap Apocrypha sebagai Kalam Tuhan setanding dengan Kitab yang lain. Pandangan Mazhab Katolik ini selari dengan pandangan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Kristian pada peringkat awal agama Kristian. Ini kerana sejarah menunjukkan mereka mengiktiraf Apocrypha sebagai Kalam Tuhan dan pendirian ini disebutkan paling kurang sebanyak 352 kali dalam penulisan-penulisan mereka sebelum ini. (5).

Justeru pihak Gereja Roman Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan memasukkan Apocrypha di dalamnya. Pihak Protestan menentang penerbitan Bible ini dan hasilnya pada tahun 1611, mereka menerbitkan Bible edisi King James. Bible King James ini terpaksa bersaing dengan Bible Geneva dan akhirnya Bible King James mendapat tempat dalam dunia Kristian. Sekitar tahun 1769 Apocrypha dibuang sepenuhnya dari Bible hingga ke hari ini.(6). Selepas itu timbul versi-versi Bible yang pelbagai iaitu sesudah dilakukan semakan semula ke atas Bible King James yang dikatakan dipenuhi kecacatan yang serius. Satu lagi golongan yang penting dalam dunia Kristian ialah mazhab Ortodoks. Bible mereka berbeza dengan Bible Mazhab Katolik dan Protestan. Bagi Ortodoks Bible terdiri dari 76 buku. 39 terdapat di dalam Perjanjian Lama dan 27 buah di dalam Perjanjian Baru disamping tambahan 10 buah buku Apocrypha.

Justeru kitab yang manakah yang perlu diiktiraf sebagai Bible? Adakah Bible mengandungi 66 buku disamping 7 buku Apocrypha seperti yang dipegang oleh Mazhab Roman Katolik? Ataupun 66 buku disamping 10 buku Apocrypha seperti yang dipegang oleh golonganMazhab Protestan?

Disamping itu, Bible mempunyai pelbagai versi. Di dalam Grolier Encyclopedia disebutkan Bible pertama yang lengkap dalam Bahasa Inggeris disusun oleh John Wycliffe dan rakan-rakannya. Terjemahan-terjemahan yang berikutnya dibuat oleh Martin Luther dalam Bahasa Jerman dan William Tyndale dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu terbitlah versi-versi seperti Bible Miles Coverdale (1535), Bible Matthew (1537), Bible Great (1539), Bible Geneva (1560), Bible Rheims-Douai (1582,1609), Bible King James (1611), Bible English Revised Version (1881-1885), Bible Revised Standard Version (1952), Bible Jerusalem (1966),Bible New English (1970), Bible New American (1970), Bible New International Version (1973-1978), Tanakh : The Holy Scriptures (1985) dan Bible New Revised Standard Version (1990). (7).

Menurut David Engelsma dari Gereja The Protestan Reformed Churches di Amerika Pada hari terdapat pelbagai terjemahan, semakan dan olahan semua dilakukan ke atas Bible sehingga kita tidak mampu mengikuti perkembangan …Rasional kelahiran versi-versi baru ini kerana kelemahan yang terdapat di dalam Bible King James yang dikatakan mempunyai kecacatan yang serius. Antara puncanya adalah penggunaan teks Yunani yang dipenuhi pelbagai kesilapan..(8).

Yang anehnya Bible Versi King James yang pernah diiktiraf sebagai Kalam Tuhan yang terbaik pernah diterbitkan. Kalam Tuhan yang terbaik ini beredar dalam masyarakat Kristian selama 250 tahun sebelum ia dikatakan dipenuhi kesilapan yang serius sehingga memerlukan semakan semula.

Sejak itu, pelbagai versi memenuhi pasaran buku hinggalah ke hari ini. Jay P. Green Sr., editor dan penterjemah kepada Interlinear Greek-English New Testament berkata di dalam neraka prakata Bible terjemahannya Pasaran buku hari ini sedang dipenuhi pelbagai versi Bible yang baru. Setiap versi mendakwa ia adalah kata-kata Tuhan walaupun terdapat banyak perbezaan antara satu versi dengan versi yang lain. (9).

Rujukan

1. Maxine Clarke Beach. The Bible: The Book that Bridges the Millenia, 1998
2. The Bible Shelf “History of the Bible”
3. Ibid
4. The Bible: The Book that Bridges the Millenia, 1998
5. Scripture Quatations, Index of Text, Ante-Nicene, Fathers vol IX. Hal 235- 236
6. Ibid
7. Grolier Encyclopedia, (CD ROM Version). Grolier Interactive Inc. 2000. Bible ‘Version of Bible’
8. Modern Bible Version. David Engelsma. The Protestant Reformed Churchess in American 2000.
9. Richard Nickels. King James Version Translation Error

Bersambung siri 2….

No comments: