Sunday, December 28, 2008

Daging khinzir (babi) diharamkan...Siri 1


Kenapa daging khinzir (babi) diharamkan dalam Islam….?

Saya terpanggil untuk menerangkan tentang pengharaman khinzir (babi) dalam Islam. Hal ini kerana, saudara Guest dalam ruang perbincangan telah mempersoalkan kenapa Islam mengharamkan babi. Pengharaman babi bukan sahaja dalam Islam (Al-Quran) malah dalam Kristian (Bible) juga mengharamkan memakan daging babi. Fakta berikut menerangkan pelbagai aspek larangan ini :

1) Al-Quran mengharamkan daging khinzir.

Al-Quran melarang memakan daging khinzir di dalam tidak kurang daripada 4 surah berlainan. Larangan tersebut terkandung di dalam 2:173, 5:3, 6:145 dan 16:115.

“ Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah babi, daging haiwan yang tidak disembelih atas nama Allah...” (Al-Maidah:3)

Ayat suci Al-Quran di atas memadai untuk meyakinkan seorang Islam tentang pengharaman daging khinzir...

2) Daging khinzir juga diharamkan di dalam Bible.

Orang Kristian semestinya yakin dengan kitab agama mereka sendiri. Bible melarang pemakanan daging khinzir, di dalam buku Imamat :

“Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.” (Imamat 11:7-8)

Daging khinzir juga dilarang di dalam Bible menurut buku Ulangan :

“Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.” (Imamat 14:8)

Larangan yang sama juga diulang dalam Bible, di dalam buku (Yesaya 65:2-5)

Justeru, pada saya tidak timbul persoalan kenapa Islam mengharamkan khinzir (babi). Hal ini kerana, bukan Islam sahaja yang mengharamkan memakan khinzir (babi), malah Kristian (Bible) juga mengharamkan daging babi bagi penganutnya yang setia. InsyaAllah, pada artikel seterusnya saya akan menerangkan secara ilmiah hasil daripada kajian dan penemuan ilmiah moden hari ini kenapa babi ini tidak boleh dimakan...

Bersambung siri 2.....

No comments: