Showing posts with label Kenapa daging khinzir haram?. Show all posts
Showing posts with label Kenapa daging khinzir haram?. Show all posts

Monday, December 29, 2008

Daging khinzir (babi) diharamkan...Siri 2

3) Memakan daging khinzir (babi) menyebabkan pelbagai penyakit

Orang bukan Islam yang lain dan athies hanya akan bersetuju jika mereka dapat diyakinkan melalui sebab, logik dan sains. Memakan daging khinzir boleh menyebabkan tidak kurang daripada 30 jenis penyakit yang pelbagai. Seseorang itu boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita. Ia tersimpan di dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua organ tubuh. Jika memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung, jika memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibatkan kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir kesemua organ tubuh.

Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis. Tanggapan salah paling umum mengenai daging khinzir ialah, jika ianya dimasak dengan betul, ovum-ovum tersebut akan mati. Dalam satu projek penyelidikan yang dapat dijalankan di Amerika, didapati dariapada 24 orang yang menghidap Trichura Tichurasis, 22 telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa ovum yang terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang normal.

4) Khinzir mempunyai bahan pembina lemak

Daging khinzir mempunyai sangat sedikit bahan membina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saluran dan boleh mengakibatkan hipertensi (tekanan darah terlalu tinggi) dan serangan jantung. Tidak menghairankan bahawa lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.

5) Khinzir adalah antara haiwan yang paling kotor di bumi

Khinzir hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Setakat yang diketahui, ia merupakan pebangkai yang terbaik ciptaan Allah SWT. Contohnya di India terdapat perkampungan yang tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di tempat terbuka. Selalunya najis tersebut dimakan khinzir.

Mungkin ada yang akan berhujah bahawa di negara-negara maju seperti Australia, khinzir diternak di tempat yang bersih. Sungguhpun kawasan tersebut bersih, khinzir itu ditempatkan bersama di dalam kandang. Tidak kira bagaimana anda mencuba menjaga kebersihan khinzir, menurut tabi’i mereka merupakan haiwan yang kotor. Mereka makan dan menikmati najis mereka sendiri serta najis khinzir lain.

6) Khinzir adalah haiwan yang paling tidak senonoh

Khinzir merupakan haiwan paling tidak senonoh di muka bumi ini. Khinzir satu-satunya haiwan yang merelakan kawan-kawannya mengadakan seks bersama pasangannya. Di Amerika, kebanyakan orang memakan daging khinzir. Sering kali selepas majlis tari-menari, mereka akan bertukar-tukar isteri. “Anda tidur dengan isteri saya dan saya tidur bersama isteri anda”. Mungkinkah budaya memakan daging khinzir menggalakkan budaya khinzir. Fakta sains hari ini mendedahklan bahawa, apa yang dimakan oleh seseorang akan mempengaruhi perilakunya. Hal ini merupakan salah satu sebab menagapa Islam juga melarang penganutnya memakan haiwan karnivor seperti singa, harimau dan lain-lain yang ganas dan buas. Islam hanya membenarkan memakan haiwan herbivor seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain yang tenang dan jinak.

Sunday, December 28, 2008

Daging khinzir (babi) diharamkan...Siri 1


Kenapa daging khinzir (babi) diharamkan dalam Islam….?

Saya terpanggil untuk menerangkan tentang pengharaman khinzir (babi) dalam Islam. Hal ini kerana, saudara Guest dalam ruang perbincangan telah mempersoalkan kenapa Islam mengharamkan babi. Pengharaman babi bukan sahaja dalam Islam (Al-Quran) malah dalam Kristian (Bible) juga mengharamkan memakan daging babi. Fakta berikut menerangkan pelbagai aspek larangan ini :

1) Al-Quran mengharamkan daging khinzir.

Al-Quran melarang memakan daging khinzir di dalam tidak kurang daripada 4 surah berlainan. Larangan tersebut terkandung di dalam 2:173, 5:3, 6:145 dan 16:115.

“ Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah babi, daging haiwan yang tidak disembelih atas nama Allah...” (Al-Maidah:3)

Ayat suci Al-Quran di atas memadai untuk meyakinkan seorang Islam tentang pengharaman daging khinzir...

2) Daging khinzir juga diharamkan di dalam Bible.

Orang Kristian semestinya yakin dengan kitab agama mereka sendiri. Bible melarang pemakanan daging khinzir, di dalam buku Imamat :

“Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.” (Imamat 11:7-8)

Daging khinzir juga dilarang di dalam Bible menurut buku Ulangan :

“Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.” (Imamat 14:8)

Larangan yang sama juga diulang dalam Bible, di dalam buku (Yesaya 65:2-5)

Justeru, pada saya tidak timbul persoalan kenapa Islam mengharamkan khinzir (babi). Hal ini kerana, bukan Islam sahaja yang mengharamkan memakan khinzir (babi), malah Kristian (Bible) juga mengharamkan daging babi bagi penganutnya yang setia. InsyaAllah, pada artikel seterusnya saya akan menerangkan secara ilmiah hasil daripada kajian dan penemuan ilmiah moden hari ini kenapa babi ini tidak boleh dimakan...

Bersambung siri 2.....