Showing posts with label Bible telah diubah?. Show all posts
Showing posts with label Bible telah diubah?. Show all posts

Sunday, November 2, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 4

Untuk siri ke-4 ini, marilah kita bersama-sama lihat sambungan contoh pembuktian dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.

Seperti yang saya sebut pada siri-siri yang lalu, versi Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah hasil semakan semula versi King James yang mana para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain. Untuk perhatian sekali lagi, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James.

CONTOH 3
Contoh ke 3 perbezaan antara versi King James dan versi Revised Standard Version ialah perbezaan kandungan terjemahan pada Surat Yohanes yang pertama (Perjanjian Baru) Bab 5 ayat 7 versi King James 1611 dan Revised Standard 1952.

Versi King James 1611 :
Surat Yohanes yang pertama (5:7)

“Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu.”

Versi Revised Standard 1952 :
Surat Yohanes yang pertama (5:7)


“Dan roh adalah saksi kerana roh adalah kebenaran”

Sementara itu, jika kita melihat pula kepada New International Version terdapat komen penterjemah di bawah muka surat pada ayat tersebut. Komen tersebut menyatakan bahawa, ayat yang menyatakan “...Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu. (...the Father, the Word, and the Holy Spirit, and these three are one).” Tidak ditemui dalam mana-mana manuskrip sebelum kurun ke-16.

Kesimpulannya, setelah para cendiakawan kristian yang seramai 32 orang itu menyemak semula manuskrip-manuskrip lama kitab bible mereka mendapati manuskrip yang lebih tua tidak mengandungi ayat (Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu) sedangkan sebahagian manuskrip yang datang kemudian barulah terdapat penambahan ayat ini.

Saturday, November 1, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 3

Untuk siri ke-3 ini, marilah kita bersama-sama lihat beberapa contoh lagi pembuktian dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.

Seperti yang saya sebut pada siri 2, dan saya akan mengulangi lagi pernyataan saya bahawa Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah hasil semakan semula versi King James yang mana para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain. Untuk perhatian sekali lagi, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James.

CONTOH 2
perbezaan antara versi King James dan Revised Standard Version ialah perbezaan terjemahan kandungan pada (Lukas 24:51-52).

Versi King James 1611 (Lukas 24:51-52) :

(24:51)
Dan ketika Ia sedang memberkati mereka, Ia berpisah dari mereka dan terangkat ke sorga.

(24:52)
Mereka sujud menyembah kepada-Nya, lalu mereka pulang ke Yerusalem dengan sangat bersukacita.

Versi Revised Standard Version 1952 (Lukas 24:51-52) :

(24:51)
Dan ketika Ia sedang memberkati mereka, Ia berpisah dari mereka.

(24:52)
Dan mereka pulang ke Yerusalem dengan sangat bersukacita.

Sementara New International Version juga memberikan pernyataan yang sama dengan versi King James. Perkara yang ditambah di sini adalah sama dengan siri 2 yang lepas, iaitu mengenai doktrin terangkatnya Jesus ke syurga yang tidak ada di dalam manuskrip yang lebih lama tetapi ditambah di dalam manuskrip yang diguna pakai untuk menghasilkan versi King James 1611.Perhatikan pada ayat 52, satu lagi penambahan dilakukan, iaitu tentang penyembahan terhadap Jesus. Di dalam versi Revised Standard Version tidak ada ayat yang menunjukkan mereka menyembah Jesus tetapi dalam versi King James ditambah perkara tersebut.

Friday, October 31, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 2

Untuk siri ke-2 ini, marilah kita bersama-sama lihat beberapa contoh pembuktian dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.

Seperti yang saya sebut pada siri 1, Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah hasil semakan semula versi King James yang mana para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain. Untuk perhatian sekali lagi, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James.

CONTOH 1
Perbezaan antara versi King James dan Revised Standard Version ialah perbezaan kandungan buku Injil Markus Bab 16 versi King James 1611 dan Revised Standard 1952.

Versi King James 1611 : Injil Markus bab 16 mengandungi ayat 1-20
Versi Revised Standard 1952 : Injil Markus bab 16 mengandungi ayat 1-8


Kesimpulannya, setelah para cendiakawan kristian yang seramai 32 orang itu menyemak semula manuskrip-manuskrip lama kitab bible mereka mendapati manuskrip yang lebih tua hanya mengandungi ayat 1-8 sahaja sedangkan sebahagian manuskrip yang datang kemudian mengandungi ayat 1-20. Lalu mereka mengiktiraf manuskrip yang lebih lama yang hanya memuatkan ayat 1-8 sebagai teks yang paling tepat.

Namun, salinan di dalam versi New International Version 1978 Markus 16:9-20 yang ditambah dalam versi King James/Al-kitab mengandungi doktrin penting dalam agama kristian iaitu :

a) Doktrin tentang Jesus terangkat ke syurga dan duduk di sebelah kanan Allah. Perkara ini tidak terdapat di dalam ayat-ayat injil yang lain kecuali di sini dan dalam Lukas 24:51 juga ditambah di dalam versi King James (saya akan sentuh pada contoh 2). Sebagaimana yang kita tahu, versi King James dihasilkan dengan bersandarkan kepada menuskrip-manuskrip yang berusia sekitar 300-400 AD. Di dalam manuskrip-manuskrip lama ini terkandung penambahan doktrin ini. Manakala versi Revised Satandard Version yang rujukannya ialah manuskrip yang lebih lama dan mungkin hampir tepat..tidak mengandungi penambahan doktrin (tidak ada cerita Jesus terangkat ke syurga dan duduk disebelah kanan Allah).

b) Jesus tidak diperintahkan menyampaikan ajarannya kecuali kepada Bani Israel. Buktinya, Jesus berkata dalam (Matius 10:5-6) juga (Matius 15:24-25). Oleh itu, penambahan ini sengaja dilakukan untuk mengubah arahan Jesus supaya jangan menyampaikan ajaran Jesus selain bangsa Israel kepada semua bangsa lain di dunia.

Wednesday, October 22, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 1

Revised Standard Version 1952 VS King James VS New International version


Mungkin, topik yang akan kita bincangkan selepas ini agak berat sedikit kerana ianya banyak melibatkan fakta sejarah. Hal ini adalah atas permintaan rakan kristian saya agurl_faith, yang meminta saya menerangkan bila, bagaimana, kenapa dan siapa yang mengubah bible ini. InsyaAllah saya akan terangkan dalam beberapa siri kerana kita perlu meneliti dan memahami sejarah penulisannya. Saya juga mengalu2kan sekiranya ada rakan2 ku daripada penganut kristian yang ingin bertanya sekiranya mempunyai keraguan tentang sejarah penulisan Al-Quran. Dengan izin Allah, saya akan menjawabnya.

Versi King James 1611 adalah versi yang paling popular dalam kalangan orang kristian. Pada tahun 1611 Vesi King James telah ditulis dan diterima pakai sebagai Kitab Bible paling baik. Versi ini didasarkan kepada 3 manuskrip lama iaitu :
i) Codex of Vaticanus ii) Codex of Sinaiticus iii) Codex Alexandrianus

Tetapi para cendiakawan kristian tidak berpuashati terhadap terjemahan Inggeris versi ini.Oleh itu, mereka telah menyemak semula ketepatan terjemahan pada versi King James ini. Terdapat banyak semakan semula telah dilakukan. Di antara versi semakan semula itu ialah Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun1952. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain.

Pada tahun 1978 pula, mereka menyemak semula dan terhasillah New International Version (NIV). Untuk pengetahuan dan perhatian semua, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James. Sedangkan :

i) Para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Preface Revised Standard Version menyatakan ”The King James has grave defects. Pada tempat lain mereka menyatakan “The King James Version of the New Testament was based upon Greek Text that was marred by mistakes, containing the accumulated errors of the fourteen centuries of manuscript copying”.

ii) Para cendiakawan kristian yang menulis Preface New International Version pula menyatakan “…the biblical text is sometimes uncertain”

Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran bahawa kitab-kitab ini telah diubah dan mereka sewenang-wenangnya mendakwa ianya adalah Kalam Tuhan sedangkan permainan tangan-tangan manusia sangat jelas. Dengan izin Allah, saya akan sentuh dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.