Friday, June 28, 2013

Paulus mengajarkan dosa warisan

Paulus mengajarkan bahawa semua manusia adalah berdosa iaitu dosa yang diwariskan kepada mereka dari Adam , kerana Adam telah berdosa sebab memakan buah yang terlarang. (surat kiriman Paulus kepada orang Rum 5:12 dan 5:18) .
Tebus dosa manusia dengan darah dan pengorbanan Jesus
Paulus mengajarkan bahawa kematian Jesus di atas kayu salib adalah untuk penebusan dosa manusia. ( Surat Paulus kepada Epesus 1:7, Surat Paulus kepada orang Kolosi 1:140 , Surat Paulus kepada orang Ibrani 9:28, Epesus 5:2 , Galatia 1:-4).
Paulus mengajarkan Jesus sebagai pengantara
Paulus menyatakan jawatan Jesus adalah menjadi pengantara. ( Ibrani 8:6 ; 12:24 ).

Monday, June 24, 2013

Paulus membatalkan Taurat Musa

Jesus datang tidak hendak merombak hukum Taurat tetapi hendak menyempurnakannnya Sesiapa yang merombak hukum Taurat akan dipandang kecil di dalam kerajaan syurga ( Injil Matius 5:17-19).
Tetapi Paulus menganggap hukum Taurat itu telah dibatalkan kerana sangat lemah dan tidak berguna kepada manusia. ( Ibrani 7:18-19 ; Ibrani 8:7)
Pastor Rifai menyatakan Taurat itu terbahagi 2 :
Taurat Allah yang diucap dan ditulis Allah sendiri ( Keluaran 24:12, 31:18) . Dan Taurat Musa yang diucapkan dan ditulis oleh Nabi Musa sendiri ( Ulang 31: 1,2 9). Taurat Allah diletakkan dalam peti perjanjian ( Keluaran 25 : 16, 21, Ibrani 9: 2, 4). Dan Taurat Musa diletakkan di luar peti perjanjian . (Ulangan 31:25,26). Taurat Musa sudah dihapuskan (Ibrani 10:1-6 . Taurat Allah ( 10 hukum ) itu kekal. (Matius 5 ; Mazmur 119:14, 165).

Friday, June 21, 2013

Paulus menghalalkan daging yang najis

St Barnabas telah menceritakan Paulus telah menghalalkan daging yang najis ( Barnabas 6). Sebelumnya ada beberapa binatang yang najis dan tidak boleh dimakan seperti babi, bangkai dan lain-lain. ( Imamat pasal 11 dan Jchezkiel 4;14).
Tetapi Paulus telah menghalalkan babi , bangkai dan lain-lain ketika menghantar surat kepada orang-orang Rom.( Rom 14:4 dan 20 , Titus:1:15, 1 Korintus 6:12)
Jadi Paulus telah menghalalkan segala sesuatu yang najis dan dilarang makan dalam Perjanjian Lama. Golongan Kristian Adventis mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini.

Thursday, June 20, 2013

Paulus menghapuskan bersunat

Amalan bersunat amat penting dalam agama Yahudi. St Barnabas menyatakan Paulus telah menghapuskan amalan bersunat untuk selama-lamanya. Sedangkan amalan bersunat patut dikekalkan sebagai perjanjian kekal dengan Tuhan.( Kejadian 17:9-14).Sesiapa yang tidak bersunat dianggap cuba mengubah perjanjian Tuhan. Perintah ini dilakukan oleh anak cucu Nabi Ibrahim hingga ke hari ini. Jesus sendiri mengamalkan amalan bersunat .
Tetapi Paulus membatalkan amalan bersunat ( Galatia 5;20 , Lukas 2;21 , 1 Korintus 7:18-19). Paulus menyatakan hal itu kepada sidang rasul-rasul di Jerusalem pada tahun 48. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 15). Paulus mencadangkan sunat digantikan dengan baptis dan kekal hingga ke hari ini. ( Kol 2:11,12)

Sunday, June 16, 2013

Paulus mengaku dirinya rasul kepada orang-orang kafir

Jesus hanya disuruh mengembangkan Kristian kepada bangsa bani Israel yang 'sesat' ( Injil Matius 15:24, ). Jesus melarang murid-muridnya pergi mengajar kepada orang-orang kafir dan janganlah kamu masuk ke negeri Samaria.( Injil Matius 10:5-6).
Ayat yang menyatakan Jesus menyuruh mengajar juga kepada bukan bangsa Israel adalah 'ayat tambahan'.(ms 61)
Akan tetapi Paulus mengakui dirinya sebagai pengikut Jesus telah pergi mengajar kepada orang-orang kafir ( Galatia 2:7-80). Bani Israel yang menganut agama Yahudi mengamalkan amalan bersunat. Sementara orang yang tidak bersunat dianggap sebagai kafir

Saturday, June 15, 2013

Paulus dimusuhi oleh orang Yahudi

Paulus akhirnya menjadi orang yang amat dimusuhi oleh orang Yahudi dan mereka mahu membunuhnya. ( Kisah Rasul-Rasul 9:20-25). Sewaktu Paulus di Damsyik , Di dalam rumah sembahyang di Damsyik , Paulus menyebarkan berita bahawa Jesus itu anak Allah dan Jesus itu Kristus. Selang beberapa hari, orang-orang Yahudi berpakat mahu membunuhnya. Tetapi Paulus diselamatkan oleh murid-mujridnya dan dibawa ke Jerusalem.
Terjadi lagi perselisihan pendapat antara Paulus dan St Barnabas sehingga mereka berpisah. ( Kisah Rasul-Rasul 15:39). Paulus cuba berdamping dengan orang-orang kafir iaitu orang tidak berbangsa Israel.

Thursday, June 13, 2013

Jesus pada Paulus sangat berbeza

Pada ketika itu ada guru-guru lain menceritakan riwayat Jesus yang berlainan daripada gambaran oleh Paulus .(2 Korintus 11:4-5). Paulus menyatakan dirinya tidak terkurang daripada 'rasul-rasul yang utama'. Ini bermakna Paulus rasa tercabar dan dicabar oleh guru-guru lain yang turut mengajar tentang Injil.

Sunday, June 9, 2013

Injil Paulus berbeza dengan injil-injil lain

Paulus menyatakan Injil yang dibawanya berlainan daripada Injil yang dibawa oleh guru-guru lain. ( Galatia 1:6-9) . Paulus amat marah melihat pengikut-pengikutnya berpaling kepada Injil lain.

Friday, June 7, 2013

Paulus dakwa Injil yang diajarnya diterima langsung dari Jesus

Paulus sebenarnya tidak pernah berguru kepada Jesus dan tidak pernah berbicara dengan Jesus. Akan tetapi dia mengajar suatu Injil yang disebutnya diterima langsung daripada Jesus. ( Galatia 1:11-120)
Paulus sendiri mendakwa Injil yang diajarnya tidak diterima daripada rasul-rasul dan murid-murd Jesus. Tetapi diterima langsung daripada Jesus dengan perantaraan wahyu, sedangkan Jesus tidak ada lagi di kalangan mereka.
Bagi orang Islam, Jesus atau Nabi Isa hanyalah seorang Nabi bukan Tuhan.

Thursday, June 6, 2013

Paulus mengaku menjadi rasul

Setelah kejadian bertemu Jesus seperti di atas, Paulus mengaku menjadi rasul Jesus. Sedangkan Jesus tidak pernah diketahui orang telah melantik/mengangkat Paulus menjadi rasul. Hanya Paulus menyatakan dirinya telah diangkat Jesus menjadi rasul.

Dirinya tidak kurang daripada rasul-rasul yang utama. Selepas kejadian di atas, Paulus cuba hendak berkawan dengan murid-murid Jesus tetapi mereka takut kepadanya dan tidak percaya Paulus adalah murid Jesus. Mereka tahu Paulus dari Tarsus itu amat bencikan Jesus dan murid-muridnya.

Tetapi St Barnabas mendekatinya dan membawa Paulus kepada murid-murid Jesus. Namun selepas itu Paulus berselisih pendapat dengan Barnabas.(Korintus 11:5 ; Kisah Rasul-Rasul 9: 22-27 ; 15:39 )

Paulus mendakwa dirinya telah bertaubat

Tiba-tiba Paulus mendakwa dirinya bertaubat ketika dalam perjalanan ke Damsyik untuk menangkap dan memenjara pengikut Kristian .
Ini kerana Paulus telah berjumpa dengan Jesus orang Nazaret berhampiran kota Damsyik. Di sana, Ananias seorang pengamal kitab Taurat mencadangkan Paulus dibaptiskan, menyucikan diri dan menyeru nama Jesus. ( Kisah Rasul-Rasul pasal 22: 6-21).

Wednesday, June 5, 2013

Paulus menzalimi pengikut Kristian

Paulus mulanya sangat memusuhi agama yang dibawa oleh Jesus dan pengikutnya.
Saul / Paulus menyebarkan ugutan bunuh terhadap sesiapa yang menganut agama Kristian. Paulus mendapat surat-surat kuasa daripada Imam Besar Yahudi di negeri Damsyik . Jika ditemui lelaki dan perempuan berugama Kristian akan diikat dan dibawa ke Jerusalem. ( Kisah Rasul-Rasul 9:1-2)