Showing posts with label Sejarah agama Kristian. Show all posts
Showing posts with label Sejarah agama Kristian. Show all posts

Thursday, November 27, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 13

11. Council Of Rome 1215M

Menetapkan bahawa :

- Pope berkuasa mengampunkan dosa dan boleh memberikan kuasa tersebut kepada sesiapa yang dikehendakinya.

- Roti dan wain boleh menjadi badan dan darah Jesus

12. Council Of Rome 1869M

Di dalam persidangan ini Pope semakin berkuasa kerana melalui persidangan inilah Pope dianggap tidak berdosa atau ‘maksum’ kerana dia adalah wakil tuhan di dunia ini.

KESIMPULAN

Kita pun mengetahui bahawa semua pengikut Nabi Isa terus tetap dengan ajaran tauhid (menyembah Allah Yang Maha Satu) yang dibawa oleh Nabi Isa selepas ketiadaannya, tetapi sebagaimana yang kita ketahui kemasukan Paulus ke dalam kelompok inilah yang mengubah ajaran Nabi Isa (Jesus).

Kita juga telah melihat sebelum ini bukti bahawa ajaran Nabi Isa yang sebenar mengatasi ajaran yang menyeleweng dalam persidangan (council of Nicaea) majoriti tokoh-tokoh Kristian yang menghadiri perhimpunan itu menentang keputusan bahawa Nabi Isa adalah anak tuhan. Namun akhirnya keputusan bahawa Nabi Isa adalah anak tuhan diterima dan penolakan kepadanya dianggap sebagai sesat. Begitu juga dengan perbincangan tentang ketuhanan Roh Kudus yang hanya dibincangkan pada persidangan yang terkemudian dan akhirnya lengkaplah konsep ketuhanan 'Trinity' yang pada awalnya tidak wujud sama sekali.

Begitulah sejarah perkembangan Agama Kristian...Seperti yang kita sedia maklum, dokumen ketuhanan adalah dokumen yang sangat penting. Namun dapatkah kita bayangkan bagaimana penentuan dokumen ketuhanan ini ditentukan hanya dengan persidangan (mesyuarat) "Baik, siapa setuju angkat tangan...tidak setuju, turun tangan..Maka, disebabkan majoriti mengangkat tangan, kita menerima bahawa Jesus dan Roh Kudus adalah tuhan!!!"

Renung2 dan fikir2 kan....

Wednesday, November 26, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 12

9. Fourth Constantinople Council 869 M

Hasil persidangan ini :

- Roh Kudus terpancar dari Tuhan Bapa dan Tuhan Anak.
- Semua isu berkaitan agama Kristian perlu dirujuk kepada Church of Rome
- Penganut Kristian seluruh dunia perlu menuruti pendirian Church of Rome

Melalui persidangan ini, status Pop telah mengatasi semua ketua-ketua gereja yang lain di seluruh dunia. Keputusan ini sekaligus merendahkan martabat Partriach of Jerusalem, Antioch, Alexandria dan Constantinople. Akibat tidak puas hati, maka ketika inilah berlakunya pemisahan antara gereja timur dan barat.

10. Fifth Constantinople Council 879 M

Dalam persidangan ini mereka bersetuju bahawa Roh Kudus terpancar dari Tuhan Bapa dan bukan dari Tuhan Anak.


Tuesday, November 25, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 11

7. Second Constantinople Council 553M

Hasil daripada council ini :

i) Menolak Chalcedon Council 451M yang menyatakan Jesus mempunyai 2 hakikat dan menerima pendapat persidangan yang menyatakan bahawa Jesus hanya ada 1 hakikat
ii) Menolak dan mengecam kepercayaan “Incarnation” (roti dan wain menjadi badan dan darah Kristus)
iii) Menerima bahawa Jesus seorang manusia yang sebenar-benar
iv) Menolak kepercayaan Jesus hanya fiksyen

8. Third Constantinople Council 680M

Menolak Second Constantinople Council 553M yang menyatakan bahawa Jesus hanya ada 1 hakikat dan menerima pernyataan bahawa Jesus mempunyai 2 hakikat dan 2 keinginan.

Saturday, November 22, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 10


6. Chalcedon Council 451M

Persidangan ini menerima dan mengesahkan pendirian First Council Of Ephesus (iaitu Jesus semasa dilahirkan mempunyai dua hakikat iaitu hakikat manusia dan hakikat tuhan) dan menolak Second Council Of Ephesus (iaitu Jesus semasa dilahirkan mempunyai satu hakikat iaitu hakikat manusia dan tuhan). Disebabkan pergaduhan besar persidangan ini, Patriarch Discoris dari Alexandria dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke dalam gereja. Akhirnya, dia dibuang daerah ke Palestin dan meninggal di sana.

Thursday, November 20, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 9


4. First Ephesus Council 431M

Timbul pertikaian adakah Jesus semasa dilahirkan oleh ibunya Mariam itu mempunyai satu hakikat atau dua hakikat. Maka setelah persidangan ini diadakan, mereka bersetuju bahawa Mariam melahirkan Jesus dalam keadaan mempunyai 2 hakikat iaitu hakikat manusia dan hakikat ketuhanan.

5. Second Ephesus Council 449M

Menegaskan Jesus sebenarnya hanya ada satu hakikat yang terangkum di dalamnya tuhan dan manusia. Hal ini bercanggah dengan First Ephesus Council 431M.

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 8



3. First Constantinople Council 381M

Dalam persidangan inilah baru dibincangkan tentang konsep triniti yang ketiga iaitu Roh Kudus juga tuhan. Maka setelah perbincangan diadakan mereka bersetuju bahawa Roh Kudus juga adalah tuhan. Begitulah keadaan agama Kristian, perkara-perkara yang menjadi asas ketuhanan ditentukan melalui mesyuarat (persidangan) yang keputusannya dipersetujui dengan cara mengangkat tangan. Persidangan inilah sebenarnya yang menggenapkan konsep triniti yang menjadi rukun asas kepada agama kristian kini.


Gambar menunjukkan sebahagian daripada 318 pembesar gereja yang menyokong St Athanasius. Mereka mengisytiharkan pegangan mereka yang menerima Jesus sebagai tuhan dan menerima ketuhanan Roh Kudus (Holy Spirit) dalam satu pernyataan yang terkenal dengan nama “Nicene Creed”.

Untuk memperkuatkan lagi pernyataan yang telah diputuskan dalam Council Of Nicaea 325 M, para paderi Kristian bersetuju mengisytiharkan kepercayaan mereka dalam satu pernyataan yang terkenal dengan nama (Nicene Of Creed). Isi kandungannya diterjemahkan ke bahasa Inggeris daripada bahasa Greek seperti gambar di atas.

Tuesday, November 18, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 7

2. Council of Sur 334 M

Para pengikut Nabi Isa (Jesus) mengadakan persidangan inidan mereka sepakat untuk menolak keputusan Coucil Of Nicaea 325 M yang menerima Jesus sebagai tuhan. Namun, Maharaja Rom telah menolak keputusan persidangan ini kerana bercanggah dengan keputusannya.

Monday, November 17, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 6

1. Council of Nicaea 325 M


Council ini ialah persidangan yang paling penting dalam sejarah perkembangan agama Kristian. Melalui persidangan ini telah nampak campur tangan poilitik Empayar Rom dalam urusan berkaitan agama Kristian. Rundingan ini diatur oleh Constantine yang sebenarnya berfahaman pagan dan mempercayai kepercayaan berbilang Tuhan. Constantine kekal menganut pagan sehinggalah apabila dia hampir mangkat pada tahun 337M, dia membenarkan dirinya dibaptist menjadi Kristian.

Oleh kerana ingin menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara penganut agama Kristian yang berada di bawah jajahannya, beliau menganjurkan rundingan ini. Hasilnya pendapat majoriti yang menolak ketuhanan Jesus telah diketepikan, sebaliknya pendapat minoriti yang mendakwa Jesus adalah Tuhan diterima. Dalam konsul ini juga buku-buku yang bakal diterima sebagai asas kepercayaan Kristian ditentukan. Mereka telah bersetuju untuk mengumpulkan semua buku di dalam satu bilik, mana-mana buku yang didapati pada besok hari diatas meja akan diterima sebagai Kalam Tuhan dan buku-buku yang terjatuh akan dan berada di bawah meja ditolak. Maka pada besok pagi mereka mendapati hanya empat buku iaitu Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes sahaja yang berada di atas, manakala selebihnya berada di bawah.

Maka sejak peristiwa yang penuh meragukan ini berlaku, teriktiraflah keempat-empat buku yang ada pada hari ini sebgai Injil Kalam Tuhan. Buku-buku karangan pengikut Nabi Isa yang lain dibakar. Dalam persidangan ini ketua-ketua gereja yang menentang ketuhanan Jesus dihalang dari memasuki dewan dan sebahagian mereka dibuang negeri. Pada masa ini belum wujud konsep trinity yang lengkap kerana persoalan Roh Kudus adalah Tuhan belum diputuskan secara rasmi.


St. Arius tidak percaya Jesus sebagai tuhan dihukum mati oleh Rom beberapa tahun selepas Council Of Nicaea. Beliau disokong oleh 1730 orang bishop yang datang dari seluruh pelusuk dunia Kristian.


St. Athanasius 298M-373M. Lahir dan meninggal di Iskandariah, Mesir. Beliau adalah murd kepada Alexandria pelopor ajaran yang mempercayai Jesus sebagai tuhan. Ajarannya disokong oleh hanya 318 Bishop tetapi oleh kerana sokongan kuat daripada Constantine, ajarannya diterima..



Sunday, November 16, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 5

Perkembangan Ajaran Nabi Isa as (Jesus) setelah ketiadaannya

Dalam Islam, para sahabat Nabi Isa disebut dalam Al-Quran dengan nama Hawariyyun. Hal ini ada disebutkan dalam Al-Quran :
(Surah As-saff : 14)

Dalam Kristian, para sahabat Nabi Isa dipanggil sebagai rasul kerana Jesus dianggap tuhan. Mereka berjumlah 12 orang semuanya. Nama-nama mereka ada disebutkan dalam Al-Kitab (Bible) :
(Markus 3 : 16-19)
(Lukas 6 : 13-16)

(Matius 10 : 2-4)

Pada asalnya, Yudas Eskariot adalah salah seorang daripada mereka, tetapi oleh kerana dia telah mengkhianati Nabi Isa (Jesus) maka dia digantikan oleh Matias. Hal ini disebut dalam :
(Kisah para rasul 1:12-26)

Bagaimana pula St Paul (Paulus) boleh terlantik menjadi salah seorang rasul (rasul yang ke-13)? Disebutkan dalam :
(Kisah para rasul 9 :1-25)

Sebenarnya, semua pengikut Nabi Isa terus tetap dengan ajaran tauhid (menyembah Allah Yang Maha Satu) yang dibawa oleh Nabi Isa, tetapi sebagaimana yang kita ketahui kemasukan Paulus ke dalam kelompok inilah yang mengubah ajaran Nabi Isa (Jesus).

Sebagai bukti bahawa ajaran Nabi Isa yang sebenar mengatasi ajaran yang menyeleweng, Pada tahun 325M dalam persidangan (council of Nicaea) di Turki hanya 318 orang pembesar gereja dari 2048 orang yang menyokong kepercayaan bahawa Jesus itu adalah tuhan yang dipelopori oleh Bishop Alexander dan muridnya Bishop Athanasius. Manakala 1730 orang pembesar yang lain tidak menerima Jesus sebagai tuhan. Gerakan ini terus diperjuangkan oleh Bishop Arius yang tetap dengan pendirian bahawa Jesus itu bukan tuhan.

Sebagai umat Islam, dalam hijrah yang pertama di zaman Rasulullah SAW ke Habsyah, terdapat seorang raja Kristian yang bernama Najasyi. Beliau disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai seorang raja yang adil dan tidak menzalimi sesiapa. Ketika raja Najasyi mangkat, Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah untuknya secara ghaib menandakan keislamannya.

Di antara ucapan raja Najasyi yang mahsyur ialah :
“Sesungguhnya apa yang dibawa oleh Muhammad ini dan apa yang dibawa oleh Isa keluar dari sumber yang sama”


Persidangan-persidangan yang berlaku pada zaman Rom ini amat perlu diketahui oleh para pengkaji agama Kristian. Dengan izin Allah, pada artikel seterusnya kita akan sama-sama melihat persidangan-persidangan yang telah dicatat oleh para sejarawan.

Saturday, November 15, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 4

St Paul Rasul yang berbohong... ???
Adakah perkara ini sekadar tuduhan pengkaji-pengkaji Islam sahaja? Tidak! Perkara ini dijelaskan melalui kisah di bawah. St Paul bercerita tentang kisah perlantikannya menjadi rasul.

Sila baca teks di bawah :

1) Kisah Para Rasul 9:3-7
2) Kisah Para Rasul 22:6-10
3) Kisah Para Rasul 22:12-18


Dalam teks yang pertama Paulus mendakwa teman-temannya sama-sama mendengar suara Jesus memanggilnya tetapi mereka tidak melihat cahaya yang memancar mengelilingi mereka. Manakala dalam teks yang kedua pula kesemua teman-temannya nampak cahaya tetapi tidak mendengar sebarang suara.

Sekiranya kita perhatikan teks yang ketiga pula Paulus mendapat arahan terus di situ, tidak seperti teks yang sebelumnya, Paulus diarah ke Kota untuk menerima arahan di sana. Bukankah ini sudah membuktikan Paulus berbohong dan barangkali memang menjadi tabiatnya berbohong.
Tidak hairanlah Paulus bertanggungjawab atas semua penyelewengan yang berlaku pada ajaran Nabi Isa as (Jesus). Setelah gagal menentang ajaran Nabi Isa as secara kekerasan, Paulus cuba merosakkan ajaran Nabi Isa as melalui penipuan yang licik ini. Dia menggabungkan diri ke dalam ajaran Nabi Isa tetapi mengubahnya dari dalam. Sebab itulah banyak surat-suratnya dijadikan sebagai kandungan Perjanjian Baru. Terdapat 13 surat yang diutus oleh Paulus dianggap wahyu oleh umat Kristian. Surat-surat ini ialah :

1)Surat kepada jemaat di Roma
2)Surat Pertama kepada Jemaat Korintus
3)Surat Kedua kepada Jemaat Korintus
4)Surat kepada Jemaat di Galatia
5)Surat kepada Jemaat di Efesus
6)Surat kepada Jemaat di Filipi
7)Surat kepada Jemaat di Kolose
8)Surat Pertama kepada Jemaat di Tesalonika
9)Surat Kedus kepada Jemaat di Tesalonika
10)Surat Pertama kepada Timotius
11)Surat Kadea Jemaat di Timotius
12)Surat kepada Titus
13)Surat kepada Filemon

Gereja Roman Katolik menerima surat Paulus kepada Jemaat Ibrani sebagai suratnya yang ke 14 walaupun sarjana Kristian berselisih dalam menentukan penulis sebenar surat ini. (Lihat daftar kandungan The New Jerusalem Bible).

Wednesday, November 12, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 3

Dalam Buku (The 100 A Ranking of The Most Influential Persons In History – Micheal H Hart) nama St Paul berada ditempat kedua setelah Nabi Muhammad, mengatasi Jesus yang diletakkan di tempat ketiga.

Lihatlah betapa besarnya peranan dan pengaruh St Paul sehinggakan dia diiktiraf ditempat kedua selepas Nabi Muhammad ditempat pertama dan mengatasi Jesus yang berada ditempat ketiga dalam buku karangan Micheal H Hart ini. Justeru, tidak hairanlah St Paul mempunyai pengaruh yang besar dalam mengubah ajaran yang dibawa oleh Jesus kerana pengaruhnya sangat kuat sehingga mengalahkan Jesus. Sebagai buktinya surat-surat Paul yang berjumlah 13 surat yang diutus oleh Paul ke beberapa tempat dijadikan sebahagian dari kandungan Al-Kitab atau Bible...

Sekarang ni, mari kita lihat beberapa bukti yang menunjukkan St Paul telah mengubah ajaran Jesus :

1) Dosa Warisan
Jesus tidak pernah mengajar tentang dosa warisan tetapi Paul telah mengadakan ajaran ini, Rom 5:12.

2) Ketuhanan Jesus
Jesus tidak mengaku Tuhan (Matius 7:21-22),
St. Paul mengatakan Jesus Tuhan (Kor 1:1-9).

3) Mengajar hanya kepada umat Yahudi
Jesus menyuruh pengikut baginda mengajar hanya kepada umat Yahudi (Matius 10:5-6, Matius 15:24 -26). St Paul menyuruh mengajarnya kepada orang bangsa lain juga (Kisah Para Rasul 14:26, 14:27).

4) Berkhatan
Abraham telah menerima janji dengan Allah agar setiap keturunannya dikhatankan di dalam Kitab Kejadian 17:10-14. Amalan ini diteruskan oleh semua keturunan Abraham termasuklah Jesus sendiri. Jesus telah disunat pada hari kelapan sepertimana dalam Lukas 2:21. Ketika Paulus menulis surat kepada penduduk Galatia, dia telah mengubah ajaran bersunat ini, katanya dalam Galatia 5:2, 5:6 serta 1 Korintus 7:18 dan 19, juga Roma 3:28-30.

5) Hukum Torah
Jesus mengesahkan berlakunya hukum Torah ke atas pengikut baginda, Matius 5:17-8. Paul mengajar bahawa hukum Torah tidak lagi berlaku ke atas pengikut Jesus setelah pensaliban menghapuskan dosa manusia, Roma 7:4-6. Hukum tersebut terganti dengan iman kepada pensaliban tersebut, Roma 3:21-28.

Monday, November 10, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 2

Paulus bertanggungjawab ubah bible?
Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapa yang bertanggungjawab atas semua perubahan dan penyelewengan terhadap ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus)? Orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah St Paul atau Paulus atau Saulus (Galatia 5:2). Siapa St Paul ini? Dari mana kita nak dapatkan maklumat tentang tokoh yang amat berpengaruh ini? Sebenarnya St Paul sendiri banyak menceritakan kisahnya dalam banyak tempat dalam Kitab Perjanjian Baru khususnya di dalam Kisah Para Rasul dan 13 surat-suratnya.

Paulus adalah seorang yahudi yang lahir di Tarsus di Tanah Kilikia (Kisah 22:3), berketurunan Farisi (Filipi 3:5), beliau sebenarnya bukan salah seorang dari 12 pengikut awal Nabi Isa as (Jesus), bahkan dia adalah penentang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus) sehinggalah Nabi Isa as (Jesus) tiada. St Paul sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa as semasa hayatnya. Menurut Lukas penulis Kisah Para Rasul, dia pernah terlibat dalam pembunuhan syahid pertama yang memperjuangkan ajaran Nabi Isa as (Jesus) iaitu Stephanus.

Penentangannya terhadap pengikut Jesus diceritakan oleh beliau sendiri antaranya di dalam Kisah Para Rasul (22:1-5).

Paulus mendakwa dia telah dipilih oleh Tuhan sejak dari kandungan lagi Galatia (1:15).

Pembunuhan Stephanus Kisah Para Rasul, (7:54-60) dan (8:1).

Paulus menentang ajaran Nabi Isa as Kisah Para Rasul (8:1-3).


Kebenciannya terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus) sangat jelas melalui gambaran-gambaran yang dilukiskannya dalam Perjanjian Baru. Dia hanya bertemu dengan Nabi Isa as dalam mimpi dan visi menurut dakwaannya di dalam Kisah Para Rasul (9:3-7), (22:6-10), (26:12-18).

St Paul mendakwa dipilih menjadi salah seorang rasul dalam pertemuan ajaib ini. Yang menghairankan dia bukan sahaja menjadi salah seorang rasul tetapi dia lah yang menjadi tunggak kepada ajaran yang dibawa oleh Jesus. Sebagai buktinya surat-surat Paul yang berjumlah 13 surat yang diutus oleh Paul ke beberapa tempat dijadikan sebahagian dari kandungan Al-Kitab atau Bible. St Paullah yang bertanggungjawab mengubah ajaran yang telah dibuat oleh Jesus.

Dakwaan tanpa bukti adalah satu fitnah, maka saya akan menunjukkan bukti-bukti peranan Paulus dalam mengubah bible pada siri yang berikutnya....

Sunday, November 9, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 1

Jesus Nabi, siapa Paulus?

Berkaitan dengan Nabi Isa (Jesus), saya telah nyatakan sebelum ini bahawa sebagai umat Islam kita percaya Nabi Isa adalah seorang utusan Allah dengan membawa ajaran tauhid untuk mengajak umat manusia kepada penyembahan Allah yang Maha Esa semata-mata dan menghapuskan syirik kepadaNya sama seperti nabi-nabi yang lain. Sebagai umat Islam, kita juga percaya bahawa Nabi Isa telah dikurniakan sebuah kitab iaitu Injil sebagai panduan kepada umatnya.

Nabi Isa telah menyampaikan dakwahnya kepada sepertimana yang diperintahkan Allah kepadanya dan kepada nabi-nabi yang lain. Namun, Nabi Isa telah ditentang oleh umatnya dari kalangan orang Yahudi khususnya golongan Rabai atau alim ulama Yahudi kerana merasakan kedudukan mereka terganggu. Hal ini juga berlaku kepada nabi-nabi yang lain semasa menyampaikan agama tauhid ini (Islam) kepadaumat manusia.

Disebabkan rasa tergugat golongan Rabai atau alim ulama Yahudi ini, maka mereka telah melemparkan fitnah terhadap Nabi Isa dan berkompromi dengan pemerintah pada masa itu untuk menangkap dan membunuh Nabi Isa. Tetapi, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa dengan cara mengubah wajah salah seorang pengikut Nabi Isa iaitu Yudas Eskariot sama seperti Nabi Isa.

Yudas Eskariot akhirnya disalib dan Nabi Isa diselamatkan oleh Allah dengan mengangkatnya ke langit. Pengikut-pengikut Nabi Isa terus berusaha menyampaikan ajaran tauhid (Islam) seperti yang mereka terima daripada Nabi Isa. Namun malangnya, seorang yang bernama Paulus atau Saulus telah berjaya mengubah ajaran Nabi Isa seperti yang ada pada hari ini.