Wednesday, September 22, 2010

Paulus menyelewengkan ajaran Jesus

Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus dan para pengikutnya. Dia tidak belajar kepada Jesus sendiri. Kemudian tiba-tiba dia mengaku bertaubat dan mengaku pula menjadi rasul Jesus. Paulus mendakwa berjumpa dengan Jesus di pertengahan jalan ke Damsyik lalu bertaubat dan dilantik sebagai rasul. Damsyik ialah ibu negara Syria kini.

Akhirnya bagi orang Kristian , Paulus diakui sebagai rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci.

Ramai pengakaji mendakwa Paulus sebagai penyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan Kristian dari dalam, ,mengubah isi dan bentuk ajaran Kristian yang asli. Pengkaji mendakwa dasar-dasar Kristian sekarang adalah hasil bikinan Paulus , bukan ajaran Jesus.

St Barnabas dalam Injil Barnabas mendakwa Paulus termasuk golongan sesat . Dia melihat ramai orang yang mengajarkan pengajaran yang mengkafirkan, mengatakan Al Masih sebagai anak Allah, menghapuskan bersunat yang diperintahkan oleh Allah untuk selama-lamanya dan menghalalkan semua daging yang najis. (Barnabas Pendahuluan 1-9 ; pasal 222:1-6).

Monday, August 2, 2010

Ajaran Paulus menjadi sumber Ajaran Jesus

Paulus dikatakan banyak menulis surat kepada pelbagai pihak. 14 surat-surat Paulus telah ditetapkan sebagai kanon . 2 kitab iaitu Injil Lukas dan Kisah Rasul-Rasul dijadikan kanon juga. Oleh itu jadilah ajaran-ajaran yang bersumberkan Paulus menjadi ajaran-ajaran agama Kristian yang selanjutnya disebut ajaran-ajaran Jesus.

Friday, July 30, 2010

Paulus memasukkan ajaran Philo

Paulus telah menyelit dan memasukkan fahaman dan ungkpan baru ke dalam gereja. Antaranya ialah 'Anak sulung Tuhan , Pengantara antara Tuhan dan manusia , Gembala yang baik, Bayang-bayang Tuhan, Roti kehidupan , Yang suci , Kurnia Tuhan kepada manusia selaku penebusan dosanya , Imam Besar, Tuhan yang kedua , Pemberi air hidup yang kekal , Yang duduk di sebelah kanan Tuhan , Tuhan satu yang bersifat tiga, Yang anak itulah yang kedua daripada tiga-tiga yang suci.

Semua ungkapan baru ini amatlah nyaman dan aneh didengar tetapi ramai tidak memahaminya .

Philo ialah ahli falsafah yang hidup 100 tahun lebih awal daripada penulis-penulis Injil. Paulus dikatakan murid Philo dan Plato , bukan murid Jesus. [2].

Tuesday, July 27, 2010

Paulus sebenarnya adalah...


Sebelum ini, kita telah membincangkan serba sedikit tentang Paulus dan kedudukannya dalam agama Kristian. Kali ini, kita akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang pengaruh, biodata dan apa yang telah dilakukan Paulus terhadap agam Kristian.

Sepeti yang kita semua sedia maklum, Paulus merupakan tokoh penting dalam agama Kristian. Nama asalnya ialah 'Saul' , merupakan rasul bagi agama Kristian. 'Paul atau Paulus adalah gelarannya. Michael Hart dalam dalam buku 100 orang terkemuka di dunia meletakkan Paulus di tempat ke-6 selepas Muhammad dan Jesus . Jesus ialah Nabi Isa dalam Islam.

Biodata
Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel. Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom. Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero . ( []Kisah Rasul-Rasul]] 22;2-3 ; 5:43 ; 22: 28 ; 7 : 55 ). Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Riwayat hidup Paulus diceritakan panjang lebar dalam Kisah Rasul-Rasul. Isi Kitab Rasul-Rasul ini menceritakan segala ajaran dan kisah yang berhubungan dengan Paulus dan hal-hal ajaib yang telah dikerjakannya.

Sarjana Kristian menyatakan Kisah Rasul-Rasul ini dikarang oleh Lukas , seorang pengikut Paulus. Lukas adalah tabib yang disayangi oleh Paulus. Injil Lukas juga ditulis oleh Lukas. Oleh itu, tidak hairan jika pengikut Paulus memuji -muji Paulus. [1]

Sunday, November 22, 2009

Allah dalam Islam dan Kristian??? Siri 2


Allah Tuhan Yang Esa

Dalam akidah Islam, Allah adalah Tuhan Yang Esa. Firman Allah yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah adalah Esa”. (Surah Al-Ikhlas : ayat 1). Nas Al-Quran ini menjadi asas keEsaan Allah. Oleh itu, hanya wujud satu Tuhan sahaja dalam akidah Islam. KeEsaan Allah juga tergambar dalam rangkap syahadah yang kita ungkapkan “Tiada Tuhan Yang selayaknya disembah melainkan Allah”. Lafaz syahadah yang menafikan kewujudan Tuhan dan kemudiannya menetapkan hanya Allah sebagai Tuhan adalah lafaz yang amat kuat.

Bagaimana pula bagi agama Kristian? Dalam ajaran Kristian, wujud kepercayaan Triniti. Kepercayaan ini merujuk kepada tuhan yang terdiri daripada tiga iaitu Bapa, Anak dan Holy Spirit. Tuhan Bapa tidak sama dengan tuhan Anak. Jesus (Nabi Isa - dalam Agama Islam) dianggap sebagai anak Tuhan. Kitab Bible menegaskan ketuhanan Jesus dalam nasnya yang berbunyi “For the wages of sin is death, but the free gift of Allah is eternal in al-Masih Isa our Lord”. (Romans 6 : 23). Dalam terjemahan edisi Indonesia, nas tersebut berbunyi “Sebab upah dosa ialah maut, tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Jesus Tuhan kita”. Mengikut Dr Ahmad Shalaby dalam bukunya tentang agama Masihi, terdapat perbezaan antara gereja Barat dan Gereja Timur tentang siapakah yang lebih utama. Gereja Timur berpendapat bahawa Allah Bapa adalah lebih utama daripada Anak. Manakala Gereja Barat melihat persamaan antara Allah Bapa dan Anak.

Namun, yang penting...Allah dalam Islam adalah Esa (Tunggal). Bahkan akidah bahawa Allah tiga dalam satu atau apa jua istilahnya ditolak dalam Islam. Firman Allah tentang kekufuran kepercayaan ini dalam firman-Nya yang bermaksud “Sesungguhnya telah kufurlah golongan yang berkata bahawa Allah salah satu daripada tiga”. (Surah Al-Maidah : Ayat 73).

Tuesday, November 10, 2009

Allah dalam Islam dan Kristian???


Allah adalah nama bagi Tuhan Yang Maha Esa. Dalam Islam, nama Allah digunakan secara meluas. Walaupun Allah mempunyai nama-nama yang lain, namun lafaz Allah digunakan pada semua keadaan. Kalau diteliti dengan nas Al-Quran, terdapat ratusan lafaz Allah disebut di dalam Al-Quran.

Bagi agama Yahudi dan Nasrani, lafaz Allah juga digunakan dalam penggunaaan yang merujuk kepada Tuhan. Hal ini dinyatakan oleh firman-Nya yang bermaksud “Dan Yahudi berkata bahawa Uzair adalah anak Allah, dan Nasrani pula berkata Isa Al-Masih adalah anak Allah” (Surah At-Taubah 9 : 30)

Nas Al-Quran ini memberi kefahaman bahawa lafaz Allah sudah digunakan dalam kitab agama yang terdahulu iaitu masyarakat Yahudi dan Nasrani. Malah kini terdapat usaha agar lafaz Allah boleh digunakan dalam agama Kristian di Malaysia. Bahkan terdapat saranan agar semua Tuhan dalam semua agama disebut sebagai Allah. Adakah usaha ini wajar atau tidak? Apapun jawapannya, marilah kita cuba memahami Allah, Tuhan dalam akidah Islam berbanding Allah, Tuhan dalam agama Kristian.

Bersambung siri II ...........

Monday, August 3, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 23 (Penyaliban) Siri Akhir

Cuba anda kira berapa hari Jesus berada di dalam perut bumi (kuburan)? Adakah cukup 3 hari 3 malam seperti janji Jesus? Inilah yang dipertikaikan oleh Ahmad Deedat ketika berdialog dengan salah seorang tokoh agama Kristian. Untuk mengira jumlah hari yang sebenar Jesus berada di dalam kuburan cuba perhatikan jadual di bawah :

Hari

Siang

Malam

Jumaat

Masih berada ditiang salib dan belum dikebumikan

Ada

Sabtu

Ada

Ada

Ahad

Telah bangkit

Telah bangkit

Ahmad Deedat bertanya, “ Barangkali orang-orang Kristian tersilap menghitung hari Jesus disalibkan? Mungkin bukan hari jumaat, mungkin hari rabu? “ tokoh Kristian itu menjawab mungkin kami tersilap. Yang hairannya kesilapan ini telah berlaku sejak 2000 tahun yang lalu dan tiada siapa yang menyedarinya sedangkan Good Friday terus disambut sejak dahulu hingga sekarang sebagai satu sambutan keagamaan yang menandakan Jesus mati pada hari Jumaat.

Renung2fikir2....(",)