Saturday, July 27, 2013

Islam, Kristian dan Yahudi ~ Satu Perbandingan

Sekiranya kita mempelajari tentang ilmu perbandingn Agama, kita akan pelajari bahawa terdapat 3 agama samawi iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Saya akan cuba membandingkan ketiga agama ini dengan menggunakan rujukan dari Quran, Alkitab, dan juga beberapa ensiklopedia yang ada.

Agama-agama ini mempunyai beberapa persamaan seperti percaya kepada Nabi Adam adalah manusia pertama dan nenek moyang seluruh manusia, Ibrahim adalah seorang Nabi, dan kitab suci Taurat sebagai wahyu Allah dan lain-lain lagi. Tetapi terdapat juga perbezaan yang sangat besar dari sudut dasar ajarannya.

Sebagai contoh, Yahudi adalah agama tribal/kesukuan yang hanya dianut oleh bangsa Yahudi. Agama ini tidak disebarkan ke luar dari suku Yahudi. Juteru itu, jumlahnya tidak berkembang. Sementara agama Kristian dan Islam tidak bersifat kesukuan dan disebarkan ke seluruh manusia dan dianuti oleh berjuta-juta manusia.



1 comment:

truelyfanatic said...

http://yesustuhan.wordpress.com/faq/