Monday, June 15, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 20 (Penyaliban)


Kisah penyaliban Jesus ada disebut dalam Bible. Di antaranya dimuatkan dalam (Markus 15 : 6 - 15), selanjutnya kisah Jesus di tiang Salib (Markus 15 : 21 - 32) dan akhirnya Jesus mati di tiang salib (Markus 15 : 33 - 37).

Penyeksaan serta kematian Jesus inilah merupakan misi perutusan Jesus sebagai anak Allah ke dunia ini. Kedatangan Jesus semata-mata untuk melaksanakan misi penting ini, iaitu untuk menyelamatkan manusia yang berdosa atau menanggung dosa yang dilakukan oleh Adam satu ketika dahulu. Dosa ini tidak terampun hanya dengan melaksanakan hukum Taurat, tetapi hanya terampun dengan kematian Jesus di tiang salib. Maka dengtan matinya Jesus di tiang salib, terhapuslah dosa yang sekian lama ditanggung oleh umat manusia.

Bagi kita umat Islam, kita mempunyai keyakinan yang berbeza dengan Kristian. Allah menegaskan bahawa Jesus tidak mati dibunuh dan tidak disalib. Di dalam Bible sendiri terdapat cerita yang jelas menunjukkan Jesus memang tidak mati dan bukan dia yang disalib pada hari tersebut. Di antaranya ialah pada satu hari Jesus datang menemui murid-muridnya dengan memberi salam (Damai sejahtera bagi kamu) selepas mereka menyangka dia disalib dan telah mati. Mereka ketakutan dan kehairanan kerana menyangka bahawa mereka melihat hantu Jesus. Lalu Jesus menerangkan bahawa dia bukan hantu tetapi dia sendirilah yang datang.

“…lihatlah tangan-ku dan kaki-ku: Aku sendirilah ini: rabalah dan lihatlah, kerana hantu tidak ada daging dan tulangnya, seperti yang kamu lihat padaku ” Lalu mereka memberikan kepadanya sepotong ikan goreng. Ia mengambilnya dan memakannya di depan mata mereka. (Lukas 24 : 36 - 42)

Bukankah cerita ini menunjukkan Jesus tidak mati disalib dan yang disalib itu bukan Jesus?

Bersambung siri seterusnya....

No comments: