Sunday, November 22, 2009

Allah dalam Islam dan Kristian??? Siri 2


Allah Tuhan Yang Esa

Dalam akidah Islam, Allah adalah Tuhan Yang Esa. Firman Allah yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah adalah Esa”. (Surah Al-Ikhlas : ayat 1). Nas Al-Quran ini menjadi asas keEsaan Allah. Oleh itu, hanya wujud satu Tuhan sahaja dalam akidah Islam. KeEsaan Allah juga tergambar dalam rangkap syahadah yang kita ungkapkan “Tiada Tuhan Yang selayaknya disembah melainkan Allah”. Lafaz syahadah yang menafikan kewujudan Tuhan dan kemudiannya menetapkan hanya Allah sebagai Tuhan adalah lafaz yang amat kuat.

Bagaimana pula bagi agama Kristian? Dalam ajaran Kristian, wujud kepercayaan Triniti. Kepercayaan ini merujuk kepada tuhan yang terdiri daripada tiga iaitu Bapa, Anak dan Holy Spirit. Tuhan Bapa tidak sama dengan tuhan Anak. Jesus (Nabi Isa - dalam Agama Islam) dianggap sebagai anak Tuhan. Kitab Bible menegaskan ketuhanan Jesus dalam nasnya yang berbunyi “For the wages of sin is death, but the free gift of Allah is eternal in al-Masih Isa our Lord”. (Romans 6 : 23). Dalam terjemahan edisi Indonesia, nas tersebut berbunyi “Sebab upah dosa ialah maut, tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Jesus Tuhan kita”. Mengikut Dr Ahmad Shalaby dalam bukunya tentang agama Masihi, terdapat perbezaan antara gereja Barat dan Gereja Timur tentang siapakah yang lebih utama. Gereja Timur berpendapat bahawa Allah Bapa adalah lebih utama daripada Anak. Manakala Gereja Barat melihat persamaan antara Allah Bapa dan Anak.

Namun, yang penting...Allah dalam Islam adalah Esa (Tunggal). Bahkan akidah bahawa Allah tiga dalam satu atau apa jua istilahnya ditolak dalam Islam. Firman Allah tentang kekufuran kepercayaan ini dalam firman-Nya yang bermaksud “Sesungguhnya telah kufurlah golongan yang berkata bahawa Allah salah satu daripada tiga”. (Surah Al-Maidah : Ayat 73).

No comments: