Saturday, November 1, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 3

Untuk siri ke-3 ini, marilah kita bersama-sama lihat beberapa contoh lagi pembuktian dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.

Seperti yang saya sebut pada siri 2, dan saya akan mengulangi lagi pernyataan saya bahawa Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah hasil semakan semula versi King James yang mana para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain. Untuk perhatian sekali lagi, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James.

CONTOH 2
perbezaan antara versi King James dan Revised Standard Version ialah perbezaan terjemahan kandungan pada (Lukas 24:51-52).

Versi King James 1611 (Lukas 24:51-52) :

(24:51)
Dan ketika Ia sedang memberkati mereka, Ia berpisah dari mereka dan terangkat ke sorga.

(24:52)
Mereka sujud menyembah kepada-Nya, lalu mereka pulang ke Yerusalem dengan sangat bersukacita.

Versi Revised Standard Version 1952 (Lukas 24:51-52) :

(24:51)
Dan ketika Ia sedang memberkati mereka, Ia berpisah dari mereka.

(24:52)
Dan mereka pulang ke Yerusalem dengan sangat bersukacita.

Sementara New International Version juga memberikan pernyataan yang sama dengan versi King James. Perkara yang ditambah di sini adalah sama dengan siri 2 yang lepas, iaitu mengenai doktrin terangkatnya Jesus ke syurga yang tidak ada di dalam manuskrip yang lebih lama tetapi ditambah di dalam manuskrip yang diguna pakai untuk menghasilkan versi King James 1611.Perhatikan pada ayat 52, satu lagi penambahan dilakukan, iaitu tentang penyembahan terhadap Jesus. Di dalam versi Revised Standard Version tidak ada ayat yang menunjukkan mereka menyembah Jesus tetapi dalam versi King James ditambah perkara tersebut.

4 comments:

True Worshipper said...
This comment has been removed by the author.
True Worshipper said...
This comment has been removed by the author.
True Worshipper said...

Shallom~
Sila baca ;

Dalam 2 Korintus,

11:14 Hal itu tidak usah mengherankan, sebab Iblispun menyamar sebagai malaikat Terang.

11:15 Jadi bukanlah suatu hal yang ganjil, jika pelayan-pelayannya menyamar sebagai pelayan-pelayan kebenaran. Kesudahan mereka akan setimpal dengan perbuatan mereka.

11:16 Kuulangi lagi: jangan hendaknya ada orang yang menganggap aku bodoh. Dan jika kamu juga menganggap demikian, terimalah aku sebagai orang bodoh supaya akupun boleh bermegah sedikit.

tiwas said...

Hai,
Sebenarnya, di dalam terjemahan RSV, Lukas 24:51-52 adalah seperti berikut:
51 While he blessed them, he parted from them, and was carried up into heaven. 52 And they returned to Jerusalem with great joy,

Agak jelas dikatakan Yesus terangkat ke syurga.
Maka, agak menghairankan penulis berkata sebaliknya.

Tentang tidak ada penyembahan diberikan di dalam Lukas 24:51, mungkin penulis tidak mengetahui penulis kitab Kisah Para Rasul juga adalah Lukas. Sangat jelas Yesus disembah di dalam Kitab Para Rasul.