1)True Worshiper kata“Kamu melihat matahari di mana ia ada CAHAYA, TERANG DAN PANAS..”
2)JCpcess kata “saya tekankan pasal trinity.. Kamu melihat matahari kan?? kamu lihat terangnya kan? then kamu rasa panasnya kan?? ia adalh 3 tetapi tetap satu.. Jika tiada matahari maka tiada la cahaya, terang dan panas.. cukuplah kamu merendahkan pasal trinity ini,daripada dosa tidak diampuni lebih baik diam..
JAWAPAN:
Salam kasih sayang dan kebenaran Islam kepada semua khususnya kepada True Worshiper dan JCpcess. Terlebih dahulu, saya ingin memohon kemaafan sekiranya saya mengguris perasaan kalian. Sesungguhnya, saya tidak berniat langsung untuk merendahkan agama kalian dan ikhlas untuk berbincang berdasarkan kajian dan pembelajaran saya dalam usaha mencari kebenaran dan keredhaan Allah. Islam mewajibkan umatnya untuk menyampaikan kebenaran dan tidak boleh berputus asa dalam usaha menyampaikan risalah kebenaran ini.
Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang dilontarkan oleh rakan kristianku True Worshiper dan JCpcess berkaitan dengan konsep Trinity. Dengan izin Allah saya akan sambung artikel saya tentang sejarah agama kristian selepas ini.
MATAHARI (CAHAYA,TERANG DAN PANAS) = 3 TETAPI TETAP SATU 1
Dapat saya faham di sini bahawa daripada matahari terhasil 3 iaitu cahaya, terang dan panas. Namun hakikatnya ia adalah daripada 1 sumber yang sama iaitu matahari. Baiklah, saya terima dan setuju dengan apa yang kamu katakan.
Namun saya tidak bersetuju apabila konsep ini disamakan dengan konsep trinity kerana jelas ianya TIDAK SAMA. Dinyatakan bahawa cahaya, terang, dan panas adalah DARIPADA SUMBER YANG SAMA iaitu MATAHARI (yang sama dari segi komposisi bahannya dan lain-lain). Tetapi konsep trinity (Tritunggal) Tuhan Bapa, Jesus dan roh kudus adalah bukan dari asal yang sama. Hal ini kerana, Jesus mempunyai kulit (sama seperti manusia biasa) yang berasal dari tanah sedangkan Tuhan Bapa dan roh kudus tidak mempunyai kulit bermaksud mereka tidak sama dengan Jesus sekaligus bukan dari sumber dan asal yang sama. Justeru, konsep ini tidak boleh digunakan untuk konsep trinity.
Untuk membenarkan konsep trinity ini, pelbagai analogi dan kaedah telah digunakan. Inilah akibatnya apabila manusia cuba memahami konsep ketuhanan melalui akal mereka yang cetek. Akhirnya, mereka menyamakan Tuhan Yang Maha Suci tanpa didasari dengan nas yang benar.
Dalam Al-Quran, Allah menempelak golongan ini (Al-Maidah : 73)
“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan : “Bahawasanya Allah salah seorang daripada yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa, jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih”.
Mudah-mudahan rakan saya True Worshiper dan JCpcess memahami penerangan ini dan dibukakan pintu hidayah oleh Allah...Amin...




Gambar menunjukkan sebahagian daripada 318 pembesar gereja yang menyokong St Athanasius. Mereka mengisytiharkan pegangan mereka yang menerima Jesus sebagai tuhan dan menerima ketuhanan Roh Kudus (Holy Spirit) dalam satu pernyataan yang terkenal dengan nama “Nicene Creed”. 



St. Athanasius 298M-373M. Lahir dan meninggal di Iskandariah, Mesir. Beliau adalah murd kepada Alexandria pelopor ajaran yang mempercayai Jesus sebagai tuhan. Ajarannya disokong oleh hanya 318 Bishop tetapi oleh kerana sokongan kuat daripada Constantine, ajarannya diterima..