Wednesday, January 14, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 3 (Dosa Warisan)

Sebenarnya, kisah tentang Nabi Adam dan dosa warisan dalam Kristian ini telah diputar belitkan hatta akhirnya ia menjadi kepercayaan yang kompleks dan bertentangan dengan akal manusia. Berhubung dengan perkara ini, untuk lebih jelas sila baca kisah di bawah ini :

Datuk Johan memiliki sebuah kebun buah-buahan seluas dua ekar. Oleh kerana terlalu sibuk dia telah meminta khidmat Sallaeh, seorang pendatang dari China untuk menjaga kebun tersebut. Dalam kebun tersebut ada bermacam-macam jenis buah-buahan. Sebelum memulakan tugas, Datuk Johan berpesan kepada Salleh ” Salleh, kamu boleh makan semua jenis buah dalam kebun ini, cuma pokok durian ini saja jangan kamu sentuh, kalau kamu mahu makan kamu ambillah durian dari pokok yang lain” kata Datuk Johan kepada Salleh. Tapi biasalah sudah menjadi sifat manusia, yang dilarang itulah yang mahu dibuat sangat, yang disuruh bukan mahu dibuat.

Pada satu hari, oleh kerana terlalu ingin mahu rasa buah larangan tersebut, Salleh memanjat pokok durian tersebut. ”Bukan tuan aku tahu, diakan pergi KL out station” bisik hati kecil Salleh. Sedang asyik Salleh makan buah pokok tesebut, tiba-tiba Datuk Johan datang. Marah bukan main lagi Datuk Johan bila melihat Salleh sedang makan buah pokok durian itu. Lalu Salleh dihalau dari kebun tersebut. ”Sudahlah pendatang tanpa izin, tidak sedarkan diri, makanlah buah dari pokok lain!”. Puas hati Datuk Johan setelah menghalau Salleh dari kebun tersebut. Tapi Datuk Johan seorang yang baik hati, kasihan juga bila difikirkan nasib PTI itu (Salleh), mana dia mau lari, passport dia pun aku pegang.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memaafkan Salleh. Akan tetapi, sebelum dia memaafkan Salleh dia berkata ”Salleh, aku kasihan tengok kau. Sebelu aku memaafkan kau, aku terpaksa menampar, menendang dan menyepak anakku yang satu ini”. Lalu Datuk Johan terus menampar dan menendang anaknya. Bukan itu sahaja, Datuk Johan tiba-tiba mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala anaknya. Darah memancut-mancut keluar, anaknya mati di situ juga. ”Sekarang barulah boleh aku maafkan engkau” kata Datk Johan. Lega rasa hati Salleh. Baik sungguh hati tuan aku ini..


Apa pendapat anda tentang kisah ini? Bukankah kisah ini adalah kisah yang belaku antara Adam keturunannya serta Allah SWT menurut kepercayaan kristian? Meeka menggambarkan Allah SWT sebagai tuhan yang mengasihi manusia. Oleh kerana kasihNya inilah Dia mengutus satu-satu anakNya iaitu Jesus untuk menebus dosa Ada yang terpaksa diwarisi oleh keturunannya. Adakah anda bersetuju Datuk Johan seorang yang sangat baik hati? Atau Datuk Johan seorang yang zalim atau lebih tepat gila?

Kepercayaan bahawa dosa Adam diwarisi oleh keturunannya adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Apa salah anak Adam terpaksa menanggung dosa yang dilakukan oleh Adam. Islam mengiktiraf setiap bayi yang dilahirkan sebagai suci dari segala dosa. Bahkan Islam punyai prinsip bahawa sesiapa yang melakukan dosa maka dialah yang bertanggungjawab terhadap dosa tersebut.

Sebenarnya dalam bible sendiri banyak ayat-ayat yang sama prinsip dengan Islam. Antaranya : (Yehezkiel 18:20),(2 Raja-raja 14:6),(Ulangan 24:16). Justeru, kisah dosa warisan ini semata-mata rekaan Paulus untuk membenarkan dakwaan Jesus sebagai jeruselamat.

Bersambung siri 4.....

2 comments:

Abu Hurairah™ said...

Salam alaik..
bg saya, tindakan Datuk Johan memukul anak sendiri (yg tidak berdosa) kerana nak memaafkan kesalahan orang lain (Salleh) agak pelik dan non-sense. Sepertinya Datuk Johan hilang pertimbangan dan berlaku zalim.

There is no way Datuk Johan seorang yg baik hati.

-TheTruth-

The Truth Faith said...

your choice said...

Dosa Warisan…Tidak Masuk Akal???

Baca Kisah ini...

Datuk Johan memiliki sebuah kebun buah-buahan seluas dua ekar. Oleh kerana terlalu sibuk dia telah meminta khidmat Sallaeh, seorang pendatang dari China untuk menjaga kebun tersebut. Dalam kebun tersebut ada bermacam-macam jenis buah-buahan. Sebelum memulakan tugas, Datuk Johan berpesan kepada Salleh ” Salleh, kamu boleh makan semua jenis buah dalam kebun ini, cuma pokok durian ini saja jangan kamu sentuh, kalau kamu mahu makan kamu ambillah durian dari pokok yang lain” kata Datuk Johan kepada Salleh. Tapi biasalah sudah menjadi sifat manusia, yang dilarang itulah yang mahu dibuat sangat, yang disuruh bukan mahu dibuat.

Pada satu hari, oleh kerana terlalu ingin mahu rasa buah larangan tersebut, Salleh memanjat pokok durian tersebut. ”Bukan tuan aku tahu, diakan pergi KL out station” bisik hati kecil Salleh. Sedang asyik Salleh makan buah pokok tesebut, tiba-tiba Datuk Johan datang. Marah bukan main lagi Datuk Johan bila melihat Salleh sedang makan buah pokok durian itu. Lalu Salleh dihalau dari kebun tersebut. ”Sudahlah pendatang tanpa izin, tidak sedarkan diri, makanlah buah dari pokok lain!”. Puas hati Datuk Johan setelah menghalau Salleh dari kebun tersebut. Tapi Datuk Johan seorang yang baik hati, kasihan juga bila difikirkan nasib PTI itu (Salleh), mana dia mau lari, passport dia pun aku pegang.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memaafkan Salleh. Akan tetapi, sebelum dia memaafkan Salleh dia berkata ”Salleh, aku kasihan tengok kau. Sebelu aku memaafkan kau, aku terpaksa menampar, menendang dan menyepak anakku yang satu ini”. Lalu Datuk Johan terus menampar dan menendang anaknya. Bukan itu sahaja, Datuk Johan tiba-tiba mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala anaknya. Darah memancut-mancut keluar, anaknya mati di situ juga. ”Sekarang barulah boleh aku maafkan engkau” kata Datk Johan. Lega rasa hati Salleh. Baik sungguh hati tuan aku ini..

Apa pendapat anda tentang kisah ini? Bukankah kisah ini adalah kisah yang belaku antara Adam keturunannya serta Allah SWT menurut kepercayaan kristian? Mereka menggambarkan Allah SWT sebagai tuhan yang mengasihi manusia. Oleh kerana kasihNya inilah Dia mengutus satu-satu anakNya iaitu Jesus untuk menebus dosa Ada yang terpaksa diwarisi oleh keturunannya. Adakah anda bersetuju Datuk Johan seorang yang sangat baik hati? Atau Datuk Johan seorang yang zalim atau lebih tepat tidak waras?

Kepercayaan bahawa dosa Adam diwarisi oleh keturunannya adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Apa salah anak Adam terpaksa menanggung dosa yang dilakukan oleh Adam. Islam mengiktiraf setiap bayi yang dilahirkan sebagai suci dari segala dosa. Bahkan Islam punyai prinsip bahawa sesiapa yang melakukan dosa maka dialah yang bertanggungjawab terhadap dosa tersebut.

Sebenarnya dalam bible sendiri banyak ayat-ayat yang sama prinsip dengan Islam tentang dosa itu tidak diwariskan. Antaranya : (Yehezkiel 18:20),(2 Raja-raja 14:6),(Ulangan 24:16). Justeru, kisah dosa warisan ini semata-mata rekaan Paulus untuk membenarkan dakwaan Jesus sebagai jeruselamat.

December 4, 2008 7:27 AM


~Salam kasih kepada saudara dalam Kasih Allah Yesus Kristus.

~Saudara, adakah saya mengatakan dalam injil ada "DOSA WARISAN", adakah saya mengatakan bahwa "DOSA DIWARISKAN"?

~Saudara, saya menyampaikan "DOSA WARISAN" bukan nya mengatakan DOSA IBU DIWARISKAN KEPADA ANAK..DOSA BAPA DIWARISKAN KEPADA ANAK..

~Kok, bisa ya kamu katakan begitu, mendingan kamu baca baik-baik artikel tue..
~erhmm..jgn salah fhm ya, saya bukan marah tapi cuma beritahu apa yg benar.

~Dosa adam ya,dosa adam lar..

~Tapi ingat Adam dan hawa sudah makan buah terlarang iaitu "Pengetahuan yang baik dan yang jahat"

~Jadi sekarang saya nak tanya saudara

a) Jika saudara berkata kepada anak kecil "Polis kerjanya baik tak?"
-Dan apa anak kecil akan jawab?

b) Jika pencuri kerjanya baik atau tidak?

c) Kalau jadi orang baik apa yang harus di buat? Orang jahat selalunya buat kerja apa?

~Cuba kamu tanyakan kepada anak kecil soalan ini apa yang akan kamu dapat jawaban nya..

~Saya harap kamu tidak stop discussion di sini ya..sila bagi comment..

~God Be With You..

Tuhan Memberkati