Friday, January 16, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 4 (Anak Tuhan)


ii ) Anak Tuhan

Seperti yang kita semua sedia maklum, penganut agama Kristian menganggap Nabi Isa (Jesus) sebagai anak Allah. Petikan ayat dari Kitab Bible yang digunakan oleh mereka untuk membuktikan bahawa Jesus adalah Anak Allah ialah

- (Yohanes 3:16)
- (Matius 3:16-17)
- (Surat Paulus Kepada Jemaat Roma 1:1-4)

Alasan yang digunakan oleh mereka untuk membuktikan Jesus itu sebenarnya adalah anak Allah ialah kelahirannya yang sangat ajaib iaitu tidak berbapa dan hanya mempunyai ibu iaitu Maryam. Pada pandangan mereka, hal ini membuktikan bahawa Jesus itu memang anak Allah. Mereka percaya Jesus sendiri mengaku bahawa baginda ialah anak Allah di beberapa tempat di dalam Bible.

Kepercayaan sebegini sangat bertentangan dengan konsep tauhid dalam agama Islam. Allah menegaskan dalam Surah Al-Ikhlas ayat 1-4 yang bermaksud:

1. Katakanlah : Dia-lah Allah Yang Maha Esa
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan Dia


Islam menentang keras kepercayaan syirik dan menghina Allah ini. Sifat keinginan terhadap zuriat dan anak-pinak adalah sifat yang melambangkan sifat manusiawi yang lemah. Maha suci Allah dari memiliki sifat makhlukNya yang hina dan lemah. Allah membuat penegasan dalam ayat ini bahawa Allah sekali-kali tidak berhajatkan kepada anak dan Dia juga tidak pernah diperanakkan oleh sesiapa. Firman Allah lagi di dalam Surah Maryam ayat 88-93 yang bermaksud :

88. Dan mereka berkata : Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak
89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar
90. Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh
91. Kerana mereka mendakwakan bahawa Allah yang Maha Pemurah mempunyai anak
92. Dan tidak layak bagi Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak
93. Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan yang Maha Pemurah sebagai seorang hamba


Bayangkan, langit dan bumi pun tidak boleh tahan apabila mendengar orang menuduh Allah mempunyai anak, inikan pula kita sebagai manusia. Sebenarnya, di sisi Allah soal penciptaan Nabi Isa (Jesus) tanpa bapa itu sesuatu yang mudah bagi Allah...

Bersambung siri 5.....

1 comment:

Melica Shandra Ferra said...

Boleh tak terang dengan gelap bersatu?

Boleh tak kerajaan surga bersatu dengan kerajaan dunia atau neraka?

Kamu membezakan Alkitab dengan quran..

apakah benar?

mestilah kamu kata Alkitab salah kerna quran kamu mengajar nya..

namun jika diselidiki baginda Muhammad saw, pernah bernubuat tentang Tuhan Yesus..apakah itu tidak cukup?

~Memang tidak diperanakkan kerna Allah yang hidup juga boleh membuat batu2 menjadi seorang manusia..

~Namun pribadi Maryam dipilih,kerna ia memiliki hati yang kudus..

~Tapi Tuhan Yesus pernah berfirman IA sudah ada sebelum adanya Ibrahim..(Abraham)..

~So apa komen anda?