Sunday, January 4, 2009

Keyakinan Kita Terhadap Nabi Isa...Siri 2


Antara keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Isa ialah :

1. Dilahirkan dengan kelahiran yang berbeza dengan manusia biasa
2. Berkata-kata semasa kecil dalam pangkuan ibunya Maryam, wanita yang suci
3. Dapat menyembuhkan orang yang sakit kusta
4. Dapat mencelikkan yang buta
5. Dapat menghidupkan orang yang mati
6. Dikurniakan kitab injil
7. Digelar Al-Masih

Semua ciri-ciri keistimewaan ini disebut jelas melalui firman Allah seperti berikut :

Surah Al-Maidah : 110

[110] (Ingatlah), ketika Allah mengatakan : “Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu diwaktu Aku menguatkan kamu dengan Ruhul qudus, kamu dapat berbicara dengan manusia diwaktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) diwaktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan keizinanKu. Dan (ingatlah) diwaktu kamu manyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan keizinanKu, dan (ingatlah) diwaktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan keizinanKu, dan (ingatlah) diwaktu Aku menghalangi Bani Israel (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir di antara mereka berkata : “ini tidak lain melainkan syirik yang nyata”.

Surah Ali-Imran 45-51

[45] (Ingatlah), ketika malaikat berkata : “Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat* (yang datang) daripadaNya, nama Al Masih Isa putra Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah).

[46] Dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia adalah termasuk orang-orang yang saleh”.

[47] Maryam berkata : “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun”. Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril) : “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya, apabila Allah menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya ‘jadilah’ lalu jadilah dia.

[48] Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab*, hikmah, Taurat dan Injil.

[49] Dan (sebagai)seorang Rasul kepada bani Israel (yang berkata kepada mereka) : Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupkannya, maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.

[50] Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

[51] Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus”.

* Maksudnya : membenarkan kedatangan seorang nabi yang diciptakan dengan kalimat ‘kun’ (jadilah) tanpa bapa yaitu nabi Isa.
* Al kitab di sini ada yang menafsirkan dengan pelajaran menulis, dan ada pula yang menafsirkannya dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah sebelumnya selain Taurat dan Injil.


Walaupun begitu, Nabi Isa masih tetap seperti manusia biasa yang dianugerahkan darjat kenabian dan kerasulan dan bukannya Tuhan. Semua keistimewaan yang Allah kurniakan itu merupakan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Isa dan Nabi-nabi yang lain...Inilah keyakinan kita sebagai seorang muslim terhadap Nabi Isa (Jesus)...Wallahua'lam...

4 comments:

Ibnu Saif said...

Assalamualaikum Warahmatullah..

Fai.. aku just ada pertanyaan ckit nih.. Bila lagi bible ni fakta2nya ditukar2 aa??

waktu Rasulullah dulu.. Injil yang Nasrani guna tu mmg injil yang ori ka apa?? n taurat yg yahudi guna tu pun yg ori kan??

Konpius baa ni..

NNti kalo sdah jwb.. bgtau aku di blog aku aa... ko tulis jak di shoutboxnya tu yg ko sdah trgkan di cni k... :-)

Jazakallahu Khair.....

aGurL_FaiTh said...

kalau anda mahu mencari cerita terperinci ttg NABI ISA,baca dulu kisahNYA dlm Injil Matius,lukas dan Markus!
sy rasa anda silap dalam bbrapa KisahNYA(dikaruniakan kitab,brckp ktika dlm pangkuan Maryam)..
anda mengambil cerita hanya dr keterangan yg al-Quran berikan.. dlm BIBLE,xda pun perkataan mcm tu...

Lagi,ada bukti kukuh ka pengubahan BIBLE yg kamu pertikaikan??
sbb smpai skrg injil asal masih ada..

GOD BLESS U ALL :)

Ibnu Saif said...

Iyakaa AgurlGaith.. Tunjuk laa mana yang ori tu.. jan ckp jak eh.. Kih3... Apapun yg kuar dari mulut kita perlukan bukti..

kalo betul apa yang Agurlfaith ckp ni.. Tunjuk laa.. sy pun mau tau jgak tau.. kan.. :-)

sekrg masaalahnya.. bukn muslim yng ckp bible tu byak pertukaran... Scholar2 kristian yang mula dulu ckp yg bible ni byak sgt pertukaran..

So.... Sy cabar laa AgurlFaith.. Tunjuk yang Ori.. Kita semua mau tgok dan tau kitab suci yang Ori yang xda pertikaian yang 100% Holy..

Sepanjang yang Sejarah manusia hari ini tahu dan dapat dibuktikan Sucinya samaada oleh Pengkaji2 Kristian.. islam.. maupun yang len2.. Sumanya berpendapat bahawa Al-Quran jak laa ayng masih suci dari sebarang Pengubahan dan bermacam2 bentuk kesalahan..

Kita bercakap tentang fakta.. bukan dengan Emo dan perasaan Semata-mata..

Jan marah ye AgurlFaith..

Sy kt negara Soviet ni pun sdah puas bncng Ngan Kristian Jexobah Witnesses.. yang mana dorg ni ckp Katholic tu nda betul.. byak salah..

HiHi.. sy syum jak laa.. :-)

So kalo betul laa yg Cik Agurlfaith ckp tu... Tunjuk k yg Ori..

Kitaorg menunggu dengan setianya.. hihi.. :-) (Tu pun kalo ada laa...)

Harez said...

salam.... Ibnu adakah namanya Fai? mungkin hal ini agak sudah lama jadi anggap saya cuma tumpang lalu sahaja

Baiklah sdr Fai, pernah membaca codex bible terbaru iaitu codex bible sinaiticus? jika belum, saya berbesar hati memberikan link ini

http://www.codexsinaiticus.org/en/

ini merupakan codex bible yang dipercayai merupakan codex bible tertua di dunia. di kumpulkan dan di digitalkan serta di terjemahkan di web tersebut.

pengkaji mendapati beberapa kandungan dalam codex tersebut tidak ditemui dalam bible terkini. mungkin sdr tidak percaya maka disini sdr boleh membaca sendiri codex sinaiticus..jangan risau..web tersebut 100% milik kristian sendiri