Wednesday, January 28, 2009

Asas Kepercayaan Kristian Yang Perlu Diketahui Siri 6 (Anak Tuhan)


Apakah maksud sebenar perkataan anak di dalam Bible?

Seperti yang kita semua sedia maklum, penganut Kristian mengganggap Jesus (Nabi Isa) sebagai anak tuhan yang merupakan salah satu oknum daripada 3 oknum dalam konsep Triniti. Sebenarnya, pengertian ‘anak’ di dalam Bible ini telah disalah ertikan oleh penganut Kristian. Sebenarnya, maksud perkataan ‘anak’ di dalam Bible ialah orang yang hampir dengan tuhan atau orang yang membuat kebaikan. Perkara ini telah dibuktikan dan dinyatakan pada banyak tempat di dalam Bible sama ada di dalam Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru.

Di antara ayat-ayat berkaitan dengan anak tuhan di dalam Bible yang perlu diketahui oleh pengkaji Bible dan juga penganut Kristian itu sendiri ialah :

1) Matius 5 : 9
Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut anak Allah

2) Ulangan 14 : 1
Kamulah anak-anak TUHAN, Allahmu; janganlah kamu menoreh-noreh dirimu ataupun menggundul rambut di atas dahimu kerana kematian seseorang;

3) Keluaran 4 : 22
Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung;

Bersambung siri 7.....

3 comments:

Melica Shandra Ferra said...

Apakah maksud anak dlm alkitab?

adakah bila kita katakan anak maka itu berarti kita ia dilahirkan oleh kita?

atau kita adalah org tua yang membuat nya,sehingga kita panggil dia adalah anak?

apakah panggilan anak itu adalah khusus untuk Ibu-Bapa..

so bagaimana dgn anak angkat? bapa angkat? ibu angkat?

apakah bila sorang ibu mengmbil anak angkat dia yang melahirkan anak itu? tidak bukan?

Tapi ibu itu mahu dia menjadi anak nya..iya kan?

Ibu itu sendiri mengangkat dia menjadi anak nya kan..walaupun dia tidak melahirkan nya..

Begitu juga dalam Alkitab dalam injil Yohanes ada tertulis..

~Allah menjadikan sesiapa pun anak-anak Nya,bukan dari kelahiran,atau beranak tapi KERNA DIA MAHAKUASA MENJADIKAN SIAPA YG DIA MAHU UNTUK JADI ANAK NYA, Allah boleh saja menjadikan batu sbgai anak-anak Nya..

~Kenapa kamu memperdebatkan kekuasaan Allah?

Anonymous said...

The point is Allah tidak ada anak dan semuanya telah dijelaskan dalam al-Quran dalam surah al-Ikhlas. Bukan nk tumpu pada kes anak secara roh atau biologikal. Tp nk tumpu pd perkataan Anak Allah tu sendiri.

Tidak ada sesiapa nk debatkan kekuasaan Allah, Dia mampu mencipta apa sahaja menurut kehendakNya. Tp al-Quran (Kalam Allah atau Firman Allah) telah menyatakan Allah tidak ada anak. Muktamad.

agirlFaith said...

(8) Sebab rancangan-Ku bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalan-Ku, demikianlah firman TUHAN.TUHAN berkata, "Pikiran-Ku bukan pikiranmu, dan jalan-Ku bukan jalanmu.
(9) Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu dan rancangan-Ku dari


(8) For My thoughts are not your thoughts, neither are your ways My ways, says the Lord.

GOD LOVE U :)