Sunday, November 16, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 5

Perkembangan Ajaran Nabi Isa as (Jesus) setelah ketiadaannya

Dalam Islam, para sahabat Nabi Isa disebut dalam Al-Quran dengan nama Hawariyyun. Hal ini ada disebutkan dalam Al-Quran :
(Surah As-saff : 14)

Dalam Kristian, para sahabat Nabi Isa dipanggil sebagai rasul kerana Jesus dianggap tuhan. Mereka berjumlah 12 orang semuanya. Nama-nama mereka ada disebutkan dalam Al-Kitab (Bible) :
(Markus 3 : 16-19)
(Lukas 6 : 13-16)

(Matius 10 : 2-4)

Pada asalnya, Yudas Eskariot adalah salah seorang daripada mereka, tetapi oleh kerana dia telah mengkhianati Nabi Isa (Jesus) maka dia digantikan oleh Matias. Hal ini disebut dalam :
(Kisah para rasul 1:12-26)

Bagaimana pula St Paul (Paulus) boleh terlantik menjadi salah seorang rasul (rasul yang ke-13)? Disebutkan dalam :
(Kisah para rasul 9 :1-25)

Sebenarnya, semua pengikut Nabi Isa terus tetap dengan ajaran tauhid (menyembah Allah Yang Maha Satu) yang dibawa oleh Nabi Isa, tetapi sebagaimana yang kita ketahui kemasukan Paulus ke dalam kelompok inilah yang mengubah ajaran Nabi Isa (Jesus).

Sebagai bukti bahawa ajaran Nabi Isa yang sebenar mengatasi ajaran yang menyeleweng, Pada tahun 325M dalam persidangan (council of Nicaea) di Turki hanya 318 orang pembesar gereja dari 2048 orang yang menyokong kepercayaan bahawa Jesus itu adalah tuhan yang dipelopori oleh Bishop Alexander dan muridnya Bishop Athanasius. Manakala 1730 orang pembesar yang lain tidak menerima Jesus sebagai tuhan. Gerakan ini terus diperjuangkan oleh Bishop Arius yang tetap dengan pendirian bahawa Jesus itu bukan tuhan.

Sebagai umat Islam, dalam hijrah yang pertama di zaman Rasulullah SAW ke Habsyah, terdapat seorang raja Kristian yang bernama Najasyi. Beliau disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai seorang raja yang adil dan tidak menzalimi sesiapa. Ketika raja Najasyi mangkat, Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah untuknya secara ghaib menandakan keislamannya.

Di antara ucapan raja Najasyi yang mahsyur ialah :
“Sesungguhnya apa yang dibawa oleh Muhammad ini dan apa yang dibawa oleh Isa keluar dari sumber yang sama”


Persidangan-persidangan yang berlaku pada zaman Rom ini amat perlu diketahui oleh para pengkaji agama Kristian. Dengan izin Allah, pada artikel seterusnya kita akan sama-sama melihat persidangan-persidangan yang telah dicatat oleh para sejarawan.

Saturday, November 15, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 4

St Paul Rasul yang berbohong... ???
Adakah perkara ini sekadar tuduhan pengkaji-pengkaji Islam sahaja? Tidak! Perkara ini dijelaskan melalui kisah di bawah. St Paul bercerita tentang kisah perlantikannya menjadi rasul.

Sila baca teks di bawah :

1) Kisah Para Rasul 9:3-7
2) Kisah Para Rasul 22:6-10
3) Kisah Para Rasul 22:12-18


Dalam teks yang pertama Paulus mendakwa teman-temannya sama-sama mendengar suara Jesus memanggilnya tetapi mereka tidak melihat cahaya yang memancar mengelilingi mereka. Manakala dalam teks yang kedua pula kesemua teman-temannya nampak cahaya tetapi tidak mendengar sebarang suara.

Sekiranya kita perhatikan teks yang ketiga pula Paulus mendapat arahan terus di situ, tidak seperti teks yang sebelumnya, Paulus diarah ke Kota untuk menerima arahan di sana. Bukankah ini sudah membuktikan Paulus berbohong dan barangkali memang menjadi tabiatnya berbohong.
Tidak hairanlah Paulus bertanggungjawab atas semua penyelewengan yang berlaku pada ajaran Nabi Isa as (Jesus). Setelah gagal menentang ajaran Nabi Isa as secara kekerasan, Paulus cuba merosakkan ajaran Nabi Isa as melalui penipuan yang licik ini. Dia menggabungkan diri ke dalam ajaran Nabi Isa tetapi mengubahnya dari dalam. Sebab itulah banyak surat-suratnya dijadikan sebagai kandungan Perjanjian Baru. Terdapat 13 surat yang diutus oleh Paulus dianggap wahyu oleh umat Kristian. Surat-surat ini ialah :

1)Surat kepada jemaat di Roma
2)Surat Pertama kepada Jemaat Korintus
3)Surat Kedua kepada Jemaat Korintus
4)Surat kepada Jemaat di Galatia
5)Surat kepada Jemaat di Efesus
6)Surat kepada Jemaat di Filipi
7)Surat kepada Jemaat di Kolose
8)Surat Pertama kepada Jemaat di Tesalonika
9)Surat Kedus kepada Jemaat di Tesalonika
10)Surat Pertama kepada Timotius
11)Surat Kadea Jemaat di Timotius
12)Surat kepada Titus
13)Surat kepada Filemon

Gereja Roman Katolik menerima surat Paulus kepada Jemaat Ibrani sebagai suratnya yang ke 14 walaupun sarjana Kristian berselisih dalam menentukan penulis sebenar surat ini. (Lihat daftar kandungan The New Jerusalem Bible).

Friday, November 14, 2008

YUSUF ESTES FORMER CHRISTIAN PREACHER

SEARCHING FOR THE TRUTH......
Sukacitanya saya mempromosikan program berkenaan :

Harap sahabat-sahabat dapat menyebarluaskan program ceramah beliau. Ini adalah peluang terbaik kita mendengar pidato seorang bekas paderi terkenal.

Secara ringkasnya, Sheikh Yusuf adalah bekas Paderi Kristian berasal dari Midwest Amerika Syarikat. Beliau mula menjadi Paderi Muzik pada 1960 dan memeluk Islam sekitar awal tahun 90an. Insya Allah beliau akan menceritakan detik-detik manis itu dalam ceramahnya nanti.

Seawal umur 12 tahun, beliau telah dibaptiskan dan usia remajanya dipenuhi dengan mengkaji pelbagai jenis mazhab Kristian dan agama-agama lain seperti Hindu, Yahudi, Budhha dan lain-lain. Ada detik menarik yang menjadi sebab hidayah Allah turun ke hatinya.

Lebih wajar kita hadir bersama-sama ke sana nanti. Beliau banyak berdakwah ke seantaro dunia membawa misi kebenaran Islam. Kini, Allah SWT mentakdirkan beliau berada di Malaysia dan salah satu slotnya ialah menyampaikan ceramah di Sabah.

Sheikh Yusuf Estes adalah salah satu bukti seorang paderi (intelektual Kristian) daripada bnyak kes-kes yang telah diberikan hidayah oleh Allah Yang Maha Satu. InsyaAllah, saya akan muatkan kisah-kisah mereka yang masuk Islam setelah selesai perbincangan tentang agama Kristian. Biasanya, kebanyakan orang kristian yang masuk islam ialah golongan atasan (intelektual)...saintis2, sister2, paderi2, ada tentera kristus lagi dan sebagainya..Namun, orang Islam yang masuk kristian biasanya adalah mereka yang jahil tentang Islam.

Terima kasih atas usaha awal Hj Nicholas dan sahabat-sahabat Hidayah Centre. Juga kepada USIA khususnya Datuk Hj Abdullah Hussain, CONCERN, JAKIM dan JHEAINS.

Hubungi Che’gu Jamil untuk keterangan lanjut : 013-8517282

Wednesday, November 12, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 3

Dalam Buku (The 100 A Ranking of The Most Influential Persons In History – Micheal H Hart) nama St Paul berada ditempat kedua setelah Nabi Muhammad, mengatasi Jesus yang diletakkan di tempat ketiga.

Lihatlah betapa besarnya peranan dan pengaruh St Paul sehinggakan dia diiktiraf ditempat kedua selepas Nabi Muhammad ditempat pertama dan mengatasi Jesus yang berada ditempat ketiga dalam buku karangan Micheal H Hart ini. Justeru, tidak hairanlah St Paul mempunyai pengaruh yang besar dalam mengubah ajaran yang dibawa oleh Jesus kerana pengaruhnya sangat kuat sehingga mengalahkan Jesus. Sebagai buktinya surat-surat Paul yang berjumlah 13 surat yang diutus oleh Paul ke beberapa tempat dijadikan sebahagian dari kandungan Al-Kitab atau Bible...

Sekarang ni, mari kita lihat beberapa bukti yang menunjukkan St Paul telah mengubah ajaran Jesus :

1) Dosa Warisan
Jesus tidak pernah mengajar tentang dosa warisan tetapi Paul telah mengadakan ajaran ini, Rom 5:12.

2) Ketuhanan Jesus
Jesus tidak mengaku Tuhan (Matius 7:21-22),
St. Paul mengatakan Jesus Tuhan (Kor 1:1-9).

3) Mengajar hanya kepada umat Yahudi
Jesus menyuruh pengikut baginda mengajar hanya kepada umat Yahudi (Matius 10:5-6, Matius 15:24 -26). St Paul menyuruh mengajarnya kepada orang bangsa lain juga (Kisah Para Rasul 14:26, 14:27).

4) Berkhatan
Abraham telah menerima janji dengan Allah agar setiap keturunannya dikhatankan di dalam Kitab Kejadian 17:10-14. Amalan ini diteruskan oleh semua keturunan Abraham termasuklah Jesus sendiri. Jesus telah disunat pada hari kelapan sepertimana dalam Lukas 2:21. Ketika Paulus menulis surat kepada penduduk Galatia, dia telah mengubah ajaran bersunat ini, katanya dalam Galatia 5:2, 5:6 serta 1 Korintus 7:18 dan 19, juga Roma 3:28-30.

5) Hukum Torah
Jesus mengesahkan berlakunya hukum Torah ke atas pengikut baginda, Matius 5:17-8. Paul mengajar bahawa hukum Torah tidak lagi berlaku ke atas pengikut Jesus setelah pensaliban menghapuskan dosa manusia, Roma 7:4-6. Hukum tersebut terganti dengan iman kepada pensaliban tersebut, Roma 3:21-28.

Monday, November 10, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 2

Paulus bertanggungjawab ubah bible?
Barangkali ada yang tertanya-tanya, siapa yang bertanggungjawab atas semua perubahan dan penyelewengan terhadap ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus)? Orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah St Paul atau Paulus atau Saulus (Galatia 5:2). Siapa St Paul ini? Dari mana kita nak dapatkan maklumat tentang tokoh yang amat berpengaruh ini? Sebenarnya St Paul sendiri banyak menceritakan kisahnya dalam banyak tempat dalam Kitab Perjanjian Baru khususnya di dalam Kisah Para Rasul dan 13 surat-suratnya.

Paulus adalah seorang yahudi yang lahir di Tarsus di Tanah Kilikia (Kisah 22:3), berketurunan Farisi (Filipi 3:5), beliau sebenarnya bukan salah seorang dari 12 pengikut awal Nabi Isa as (Jesus), bahkan dia adalah penentang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus) sehinggalah Nabi Isa as (Jesus) tiada. St Paul sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa as semasa hayatnya. Menurut Lukas penulis Kisah Para Rasul, dia pernah terlibat dalam pembunuhan syahid pertama yang memperjuangkan ajaran Nabi Isa as (Jesus) iaitu Stephanus.

Penentangannya terhadap pengikut Jesus diceritakan oleh beliau sendiri antaranya di dalam Kisah Para Rasul (22:1-5).

Paulus mendakwa dia telah dipilih oleh Tuhan sejak dari kandungan lagi Galatia (1:15).

Pembunuhan Stephanus Kisah Para Rasul, (7:54-60) dan (8:1).

Paulus menentang ajaran Nabi Isa as Kisah Para Rasul (8:1-3).


Kebenciannya terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as (Jesus) sangat jelas melalui gambaran-gambaran yang dilukiskannya dalam Perjanjian Baru. Dia hanya bertemu dengan Nabi Isa as dalam mimpi dan visi menurut dakwaannya di dalam Kisah Para Rasul (9:3-7), (22:6-10), (26:12-18).

St Paul mendakwa dipilih menjadi salah seorang rasul dalam pertemuan ajaib ini. Yang menghairankan dia bukan sahaja menjadi salah seorang rasul tetapi dia lah yang menjadi tunggak kepada ajaran yang dibawa oleh Jesus. Sebagai buktinya surat-surat Paul yang berjumlah 13 surat yang diutus oleh Paul ke beberapa tempat dijadikan sebahagian dari kandungan Al-Kitab atau Bible. St Paullah yang bertanggungjawab mengubah ajaran yang telah dibuat oleh Jesus.

Dakwaan tanpa bukti adalah satu fitnah, maka saya akan menunjukkan bukti-bukti peranan Paulus dalam mengubah bible pada siri yang berikutnya....

Sunday, November 9, 2008

SEJARAH AGAMA KRISTIAN SIRI 1

Jesus Nabi, siapa Paulus?

Berkaitan dengan Nabi Isa (Jesus), saya telah nyatakan sebelum ini bahawa sebagai umat Islam kita percaya Nabi Isa adalah seorang utusan Allah dengan membawa ajaran tauhid untuk mengajak umat manusia kepada penyembahan Allah yang Maha Esa semata-mata dan menghapuskan syirik kepadaNya sama seperti nabi-nabi yang lain. Sebagai umat Islam, kita juga percaya bahawa Nabi Isa telah dikurniakan sebuah kitab iaitu Injil sebagai panduan kepada umatnya.

Nabi Isa telah menyampaikan dakwahnya kepada sepertimana yang diperintahkan Allah kepadanya dan kepada nabi-nabi yang lain. Namun, Nabi Isa telah ditentang oleh umatnya dari kalangan orang Yahudi khususnya golongan Rabai atau alim ulama Yahudi kerana merasakan kedudukan mereka terganggu. Hal ini juga berlaku kepada nabi-nabi yang lain semasa menyampaikan agama tauhid ini (Islam) kepadaumat manusia.

Disebabkan rasa tergugat golongan Rabai atau alim ulama Yahudi ini, maka mereka telah melemparkan fitnah terhadap Nabi Isa dan berkompromi dengan pemerintah pada masa itu untuk menangkap dan membunuh Nabi Isa. Tetapi, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa dengan cara mengubah wajah salah seorang pengikut Nabi Isa iaitu Yudas Eskariot sama seperti Nabi Isa.

Yudas Eskariot akhirnya disalib dan Nabi Isa diselamatkan oleh Allah dengan mengangkatnya ke langit. Pengikut-pengikut Nabi Isa terus berusaha menyampaikan ajaran tauhid (Islam) seperti yang mereka terima daripada Nabi Isa. Namun malangnya, seorang yang bernama Paulus atau Saulus telah berjaya mengubah ajaran Nabi Isa seperti yang ada pada hari ini.

Saturday, November 8, 2008

ISLAM AGAMA KEGANASAN & BERKEMBANG DGN PEPERANGAN (PEMBUNUHAN)?SIRI 4

Sambungan siri 4......

5)Islam melayan tawanan perang dengan baik
Islam juga menuntut tawanan-tawanan perang dilayan dengan baik. Sebagai contoh dalam Perang Hunain, kaum Hawazin dikalahkan dan 6000 orang dijadikan tawanan perang. Akhirnya, semua mereka dibebaskan oleh tentera-tentera Islam.

Dalam Perang Badar, 70 orang dijadikan tawanan perang dan salah seorang antara mereka adalah saudara kepada Musab bin Umair. Beliau berkata, Mereka (orang Islam) berjalan kaki sedangkan kami (tawanan-tawanan perang) mengenderai kenderaan. Mereka menjamu kami dengan roti sedangkan mereka hanya memakan buah-buah tamar.”

6)Umat Islam memerintah Sepanyol selama 800 tahun.
Umat Islam memerintah Sepanyol lebih kurang 800 tahun. Umat Islam di Sepanyol tidak pernah menggunakan mata pedang untuk memaksa sesiapa menukar agama. Hanya kemudian, pejuang-pejuang Salibi Kristian datang ke Sepanyol dan menghapuskan umat Islam. Tiada seorang pun umat Islam di Sepanyol yang dapat melaungkan azan, iaitu seruan untuk solat secara terbuka.

7)Pertambahan agama di dunia daripada 1934 sehingga 1984.
Satu rencana di dalam Reader’s Digest ’Almanac’, buku tahunan 1986, memberikan statistik pertambahan peratusan agama utama di dunia dalam tempoh setengah abad daripada tahun 1934 sehingga 1984. Rencana ini juga disiarkan di dalam majalah The Plain Truth. Tempat teratas adalah Islam dengan peningkatan sebanyak 235% dan agama Kristian hanya meningkat dengan kadar 47%. Mungkin ada yang bertanya, perang apakah yang berlaku pada abad ini yang berjaya mengislamkan jutaan manusia?

8)Islam adalah agama paling cepat berkembang di Amerika dan Eropah.
Pada hari ini, agama yang paling cepat berkembang di Amerika adalah Islam. Agama yang paling cepat berkembang di Eropah adalah Islam. Mata pedang atau perang manakah yang memaksa orang-orang Barat menerima Islam dalam jumlah yang sebegitu tinggi?

Justeru itu, fakta-fakta daripada siri 1 hingga siri 4 ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam amat berperikemanusiaan serta membenci sebarang bentuk keganasan dan pembunuhan. Dakwaan bahawa Islam sukakan pembunuhan, keganasan, peperangan dan tidak berperikemanusiaan adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Islam untuk semua...