Tuesday, December 2, 2008

MUHAMMAD DALAM KITAB2 TERDAHULU SIRI 2

Muhammad Di Dalam Bible

Seperti yang kita lihat sebelum ini, banyak tokok tambah dan semakan semula dilakukan ke atas Bible. Namun, sebahagian kecil daripada isi-isi Bible masih selari dengan Al-Quran terutamanya yang berhubung dengan Nabi Muhammad. Dalam (Genesis 21:17-18), disebutkan janji tuhan untuk menjadikan keturunan Nabi Ismail keturunan yang hebat. Ayatnya mengikut terjemahan daripada Bible Malaysia, Al-kitab (1996) adalah “...Pergilah Hagar kepada anakmu Ismail, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar”.

Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad adalah dari keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi Isa dari Nabi Ishak. Ayat ini adalah isyarat berhubung dengan pengutusan Nabi Muhammad dan kebangkitan bangsa Arab di persada keunggulan dunia. Dalam (Gospel St John 16:7), Nabi Isa menceritakan kedatangan seorang yang bergelar Paracletos, “Nevertheless I tell you the truth; It is expedient for you that I go away: For if I go not away, The Paracletos will not come unto you; But if I depart, I will send him unto you”.

Mengikut Bible Malaysia yang bernama al-Kitab terbitan 1996, terjemahan ayat ini adalah, “Tetapi apa yang Aku katakan kepada kamu benar: Untuk kebaikan kamu, lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu”.

Dalam kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menjelaskan kalimat Paracletos berasal dari suku kata peri dan cleotis dan apabila ianya dicantumkan, ianya membawa maksud ‘yang terpuji’ ataupun dalam bahasa Inggeris the most illustious, glorious and renowned dan semua ini selari dengan maksud bagi nama Ahmad dan Muhammad. Paracletos menjadi saksi berhubung dengan nabi Isa seperti yang disebutkan dalam (John 15:26) “jikalau Penghibur yang akan Ku utus dari Bapa datang...Ia akan bersaksi tentang Aku”. Justeru, beliau adalah identiti yang berbeza daripada Nabi Isa. Selain itu, Sir William Muir dalam Life of Mohamet berkata,“Satu lagi panggilan yang digunakan bagi Mohamet adalah Ahmad dan dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, nama Ahmad digunakan ditempat Paraclete”.

Sehubungan dengan itu juga, dalam (John 14:16-17), Nabi Isa berkata, “and he shall give you another paracletos, that he may staywith you for ever” yang bermaksud “aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong lain”. Ayat ini menjelaskan, Paracletos yang akan datang selepas Nabi Isa adalah ‘Penolong lain’ bukannya baginda sendiri.

Perkataan Paracletos ini mengingatkan manusia tentang perkara yang pernah disebutkan Nabi Isa berpandukan (John 14:20), “He will bring to your remembrance all that I said to you,” yang bermaksud, “dia akan mengingatkan kamu akan semua yang Aku katakan kepadamu”. Sekali lagi ayat ini menjelaskan tentang orang yang lain daripada nabi Isa yang akan mengingatkan manusia tentang ajaran sebenar baginda.

Satu perkara penting lagi yang perlu kita tahu bahawa Paracletos ini juga akan membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam (Isaiah 42:9-12), “...Sekarang Aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi Tuhan; pujilah Dia, hai seluruh bumi!. Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia...”.

Al-Quran adalah ‘nyanyian baru’ daripada Tuhan. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dalam bahasa yang diturunkan iaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan baru, sesuai dengan suasana akhir zaman. Bahasanya adalah bahasa baru yang dapat difahami manusia, bukannya bahasa kuno yang tidak digunakan lagi oleh masyarakat masa kini. Nabi akhir zaman bernama ‘Muhammad’ yang bermaksud ‘Yang Terpuji’. Baginda pernah dipuji dengan gelaran ‘Al-Amin’ oleh golongan Quraisy dan bangsa Quraisy adalah dari keturunan Kedar. Semua bukti ini menunjukkan Nabi Muhammad adalah Rasul akhir zaman berdasarkan keterangan yang terdapat dalam Bible.

3 comments:

The Truth Faith said...

Salam semuanya~

Admin said~

Mengikut Bible Malaysia yang bernama al-Kitab terbitan 1996, terjemahan ayat ini adalah, “Tetapi apa yang Aku katakan kepada kamu benar: Untuk kebaikan kamu, lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu”

Tahukah anda penolong yang dikatakan oleh Tuhan Yesus itu siapa?

~DIA LAH ROH KUDUS YANG SAYA DAN MAG KATAKAN PEMBIMBING KITA (MANUSIA) UNTUK MENUJU KEMERDEKAAN.

~Kamu yang menyalah tafsirkan BIBLE, lalu mengatakan itu adalah MUHAMMAD..

~so many error abg pai...

wie_cobain said...

yg dikatakan itu AKU ialah Nabi Isa iaitu apa yg dikatakan oleh pengikut kristian jesus.Maksudnya selepas Nabi Isa sbg utusan Allah ialah Nabi Muhammad sbg utusan terakhir yg memang telah termaktub dlm susunan utusan Allah mengikut ajaran Islam.

Wallahualam...

Anonymous said...

Nubuat di dalam Yesaya 42 menceritakan tentang Ahmad, 'Hamba Allah' yang akan berperang dan mebawa keadilan pada agama Allah. Dia juga akan membebaskan Arabia dari amalan penyembahan berhala. Gurun, desa-desa dan kota-kota Arabia akan memuliakan dan memuji Allah. Ini adalah apa yang terjadi sehingga ke hari ini. Seluruh Arabia memuji dan mengagungkan Allah, menyanyikan kalimat Allah setiap hari.

Dan seterusnya kita membaca Yesaya 42:18 - 25; perihal Bani Israel akan tetap tuli dan buta karena mereka mengabaikan perintah Allah yang dibawa oleh 'Hamba Allah' ini.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dalam Yesaya 42:1, ianya bukanlah kebetulan jika kita melihat pada penulisan אתמך (Atmc) אחמד (Ahmd). Dan kalimat sebelum אתמך (Atmc), adalah עבדי (Abedi ~ Hamba Ku). Nubuat ini tidak lain; hanya merujuk pada Ahmad, Abedallah (Ahmad, Hamba Allah).

Istimewanya penulisan אתמך (Atmc), ia satu kalimat yang meperihalkan nubuat akan datangnya Hamba Allah serta ditulis sekali sahaja dalam Alkitab. [Apakah pena yang menulis salah menyalin atau ianya kesalahan yang disengaja?]

Bani Israel telah menerima nubuat kedatangan Ahmad namun malang, hanya sedikit yang menerima.