Sunday, December 21, 2008

Poligami Dalam Islam...


Kita semua sedia maklum, bahawa isu poligami ini sering menjadi topik perbincangan di kalangan non-muslim mahupun penganut Islam itu sendiri yang belum memahami hikmah disebalik POLIGAMI ini. InsyaAllah, artikel kali ini akan menjawab dan menerangkan persoalan mengapa lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada satu dalam Islam.

1) Definisi Poligami

Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami :

1)poligini~ iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri.

2)poliandri~ iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami.

Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan manakala poliandri ditegah sama sekali. Baiklah, kita berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri?

2) Qur’an adalah satu-satunya kitab suci agama di dunia yang menyebut, “Kahwinilah seorang sahaja”. Al-Qur’an satu-satunya kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “Kahwinilah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain sama ada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible boleh ditemui pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.

Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.

Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai yang mereka ingini, oleh kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.

Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmut, Ibrahim mempunyai tiga isteri manakala Sulaiman mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Serphardic yang tinggal di negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3) Poligini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu dibandingkan dengan penganut agama Islam. Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam ; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66dan 67 bahawa peratus perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah 5.06% dalam kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% dalam kalangan penganut Islam. Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan, penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta Perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.

Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang.

4) Al-Qur’an membenarkan poligami terhad. Seperti yang disebutkan, Al-Qur’an satu-satunya kitab suci di muka bumi ini yang menyebut “Kahwinilah seorang sahaja”. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada kitab suci Al-Qur’an iaitu surah an-Nisa’ ayat 3 yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu :

“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja”.

Sebelum Al-Qur’an diturunkan tiada had untuk poligini dan ramai lelaki yang memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki berkahwin dua, tiga atau empat dengan syarat berlaku adil kepada semua isteri.

Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firman-NYA : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adildi antara isteri-isterimu..”

Oleh itu, poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri. Secara amnya, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam Islam :

1) ‘Fardhu’ iaitu wajib atau perlu
2) ‘Mustahab’ iaitu disyorkan atau digalakkan
3) ‘Mubah’ iaitu dibolehkan atau dibenarkan
4) ‘Makruh’ iaitu tidak disyorkan atau tidak digalakkan
5) ‘Haram’ iaitu dilarang atau tidak sama sekali dibenarkan.

Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan behawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah lebih beriman dibandingkan dengan seorang Islam yang hanya beristeri satu.

Bersambung siri 2.....

No comments: