Monday, December 22, 2008

Poligami Dalam Islam...Siri 2


Sambungan siri 1.....

5) Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki

Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.

Semasa peperangan juga, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6) India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu daripada beberapa negara, bersama dengan negara-negara jiran lain, di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Hal ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahawa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap tahun di negara tersebut, selepas jantinanya dikenal pasti sebagai perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7) Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki

Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak 1 juta dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, satu pertiga merupakan homoseksual. Amerika Syarikat keseluruhannya mempunyai lebih 25 juta homoseksual dan lesbian. Hal ini bermakna, golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak 4 juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak 5 juta. Wanita Rusia pula, wanita melebihi lelaki sebanyak 9 juta. Hanya tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita seluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.

8) Menyekat setiap dan semua lelaki beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal

Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada 30 juta wanita di Amerika yang tidak dapat bersuami (memandangkan Amerika mempunyai 20 juta homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada 4 juta wanita, 5 juta wanita di Jerman dan di Rusia sahaja 9 juta wanitanya akan gagal untuk mendapat suami.

Andaikan saudara perempuan saya merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat atau andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat 2 pilihan yang tinggal iaitu :

i) berkahwin dengan suami orang
ii) Menjadi “Milik Awam” (membuat hubungan tanpa kahwin / pelacur)

Sesiapa yang bermaruah pastinya memilih yang pertama

Dalam masyarakat barat, adalah menjadi satu kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan atau mempunyai hubungan luar nikah yang banyak. Wanita tersebut menjalani kehidupan yang mengaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama juga bagaimanapun tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, dimana wanita ini dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.

Oleh itu, hanya 2 pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari suami iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua.

Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami terhad, tetapi tujuan utama adalah untuk memelihara maruah wanita.

No comments: