Tuesday, October 21, 2008

FITNAH TERHADAP NABI-NABI???



Kita semua sudah melihat bahawa kenapa bible ini tidak boleh dianggap kitab suci kerana pertentangan fakta, kisah pornografi dan sumbang mahram, kesalahan ilmiah dan sebagainya yang terdapat di dalamnya. Selain daripada kesalahan-kesalahan dalam bible yang saya sebutkan tadi, ada lagi perkara yang membenarkan dakwaan Al-Quran bahawa bible itu ditulis oleh tangan-tangan manusia. Perkara tersebut adalah fitnah terhadap nabi-nabi utusan Allah SWT. Di bawah ini saya muatkan beberapa contoh agar kita semua dapat merujuk dan melihat sendiri perkara tersebut dalam bible (al-kitab).

Contoh 1
Nabi Harun Pembuat Anak Patung (Keluaran 32:1-6)

Contoh 2
Nabi Sulaiman Seorang Playboy (1 Raja-Raja 11:1-8)

Contoh 3
Nabi Nuh Telanjang Kerana Mabuk (Kejadian 9:20-25)


3 comments:

aGurL_FaiTh said...

shallom,first sy nak tanya adakah kamu pernah membaca injil??

-haruskah sy mbaca injil? ini soalan lazim yg ditanya oleh org muslim dr berbagai budaya,pgakuan,umur dan bahasa..
"terperangkap dlm 2 pandangan bercanggah ttg injil?"

yg pertama,kesaksian Al-Quran ttg injil.Al-Quran mgajar org muslim bhwa injil itu ialah buku yg diwahyukan.pembimbing kpd manusia,pnerang dn pgesah taurat. ke2,ialah pendapat ramai ulama yg tidak mgalakkan kamu mbaca injil dan pd masa yg sama mgalakkn kamu utk mgkritiknya.mereka bkata injil telah dicemari,diubah,dan mgandungi cerita2 x brmoral dan bahawa Al-Quran telah mmansuhkan mesejnya..

sebelum mmulakan perjalanan untuk membuktikan apa yg benar dan apa yg salah,anda digalakkan utk mbaca knyataan berikut dgan teliti:

1)apakah itu injil?
berasal dr bhsa yunani 'evangelion' yg bmaksud berita baik.Yesus atau isa al-masih
adalah berita baik Allah kpd
manusia,dan pembawa berita khabar yg mengistyiharkan berita baik Allah.

2) apakah injil dicemari?
w/pun al-quran mngatakan injil itu buku yg telah diwahyukan,1 pembimbing kpd manusia,pnerang & pegesahan taurat tetapi sukar utk mjelaskan mgapa ada banyak pbezaan antara ajaran dlm injil d dalam Quran spt yg kamu ketahui dan ajaran injil berita baik yg kami(org kristian) miliki..
utk mnerangkan pbezaan ini,ulama2 dan guru2 madrasah mgajar bahawa injil asal telah dimusnahkan oleh org kristian dan digantikan dgan injil buatan kami sendiri.Tetapi dlm Al-Quran sendiri pun mnyatakan
'tidak boleh ada perubahan dalam firman Allah,dan tidak ada org yg boleh mngubah firman Allah'

kalau injil telah dicemari,mengapa tidak ada dari antara mereka yg mnyatakan injil telah dicemari brjaya mberi 1 bukti pun blkaitan dgn BILA,BAGAIMANA,OLEH SIAPA,DAN SEBAB APA INJIL ITU DICEMARI?
apakah prubahan ini dilakukan sebelum/selepas Al-Quran diturunkan? jika sebalum,mengapa Allah bkata kpd MUHAMMad bahawa apabila dia tidak pasti tentang apa yg diwahyukan kpdnya,dia harus brtanya kpd mereka yg telah mbaca kitab seblum dia? bagaimana boleh dia diminta mndapat nasihat ttg Al-Quran dr org yg telah mngubah dan mncemarkan buku mereka? jika pncemaran itu brlaku selepas kdatangan Al-Quran,bagaimana kamu boleh mnerangkan kwujudan beribu-ribu manuskrip injil yg lebih tua dr al-quran sendiri...

your choice said...

Salam perkenalan dan kasih sayang Islam kepada saudari...

Pertama sekali, saya mohon maaf sekiranya mana2 artikel2 saya mengguris hati saudari.Bukanlah niat saya untuk merendahkan alkitab saudari. Sesungguhnya saya tidak bermaksud sedemikian.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kpd saudari kerana sudi berbincang bersama2 dgn saya dalam usaha mencari kebenaran dalam hidup kita dan mengalu2kan sekiranya saudari punya jawapan kepada artikel2 saya.

Untuk makluman saudari, saya pernah membaca bible dan memiliki sebuah di rumah.

Saya ada belajar tentang bible kerana saya memang seorang yang sangat minat dengan perbandingan agama untuk mencari kebenaran.

Bagi saya sebagai seorang muslim, memang kami wajib mempercayai injil sebagai salah satu kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa selain Taurat untuk Nabi Musa,Zabur untuk Nabi Daud dan kitab terakhir yang diturunkan adalah Al-Quran untuk Nabi Muhammad. Namun mengikut Al-Quran, injil yang ada hari ini telah diubah.

Saudari ada tanya kepada saya,(kalau injil telah dicemari,mengapa tidak ada dari antara mereka yg mnyatakan injil telah dicemari brjaya mberi 1 bukti pun blkaitan dgn BILA,BAGAIMANA,OLEH SIAPA,DAN SEBAB APA INJIL ITU DICEMARI?
apakah prubahan ini dilakukan sebelum/selepas Al-Quran diturunkan?)Dengan izin Allah, saya akan menjawabnya berdasarkan apa yang saya belajar dalam artikel saya nanti.

Cuma, bolehkah saudari menjawab artikel2 yg telah saya publish berkaitan dgn bible,kalau benarianya kitab suci, kenapa brlaku pertentangan, percanggahan ilmiah dll di dalamnya ya?

Saya harap saudari tidak terguris dan saya mohon maaf sekali lagi sekiranya saudari trguris. Tujuan saya adalah untuk bersama2 berbincang dan mencari kebenaran dalam hidup kita..

Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua..Terima kasih

aGurL_FaiTh said...
This comment has been removed by the author.