Sunday, October 19, 2008

KEKELIRUAN KONSEP TRINITY...



Konsep Trinity ini ada menyatakan tuhan itu 3 :
- Tuhan Bapa
- Tuhan Anak
- Roh Qudus

-Dan mereka menyatakan 3 itu 1, dan 1 itu 3.
-Inilah konsep yang telah mengelirukan penganut-penganutnya sendiri.
-Inilah konsep yang menyukarkan paderi-paderi memberi jawapan bila ditanya.
-Inilah konsep yang banyak membuka hidayah kepada penganut-penganutnya untuk menerima cahaya Islam.

-Secara umumnya orang-orang Kristian mempercayai tentang tiga yang tersuci. Dalam ajaran-ajaran agama Kristian yang disampaikan oleh gereja-gereja, orang-orang Kristian menyebutkan dan saya mengambil bukti melalui apa yang mereka sebutkan :
- Bapa adalah Tuhan, Anak adalah Tuhan dan Roh Kudus adalah Tuhan, tetapi mereka bukan tiga Tuhan malah satu Tuhan. Bapa berkuasa penuh, Anak berkuasa penuh dan Roh Kudus berkuasa penuh namun mereka bukannya tiga Tuhan yang berkuasa penuh tetapi hanya satu Tuhan yang berkuasa penuh.
- Bapa adalah satu peribadi, Anak adalah satu peribadi, Roh Kudus adalah satu peribadi, tetapi mereka bukannya tiga peribadi malah satu peribadi.
- Saya tanya, anda mengatakan peribadi, peribadi, peribadi tetapi bukan tiga peribadi malah hanya satu peribadi!

Jika anda dan dua orang saudara anda seramai tiga orang, lalu sukar untuk dibezakan antara anda bertiga kerana anda bertiga adalah mirip (kembar), tiba-tiba salah seorang daripada anda melakukan jenayah, maka saya bertanya bolehkah kita hukum seorang yang lain? Anda akan mengatakan tidak boleh!!!.
- Saya katakan : Mengapa tidak boleh? Kamu semua adalah sama. Lalu anda akan mengatakan kepada saya : Tidak! kerana ia seorang peribadi yang lain. Apakah yang menyebabkan ia menjadi seorang peribadi yang lain. Oleh kerana keperibadiannya berlainan maka ia juga adalah berlainan. Apabila orang-orang Kristian mengatakan dengan nama Bapa dan Anak serta Roh Kudus…maka saya katakan ianya adalah tiga gambaran berasingan yang terpahat dalam pemikiran.
-Tapi anda mengatakan Bapa anda tidak bermaksudkan Anak dan bila anda mengatakan Anak, anda tidak bermaksudkan Roh Kudus. Bukankah begitu?
-Kita tidak akan berupaya untuk menyusun tiga gambaran ini sekali antara satu sama lain tetapi tiga gambaranlah yang akan tetap ada dalam pemikiran anda selagi akal fikiran masih waras. Kita boleh mengatakan saya melihat tiga gambaran yang seolah-olah satu namun ia tetap tiga.
-Sesungguhnya mempercayai bahawa setiap makhluk yang hidup ini adalah Allah atau sama dengan Allah dianggap satu pengkhianatan pada pandangan seorang muslim sama ada idea tentang penjasadan Allah iaitu Allah menjelma dalam rupa manusia atau selainnya.
-Sehinggakan Nicholas Sylvester yang membesar sebagai seorang penganut kristian yang taat, akhirnya menerima hidayah Islam setelah sekian lama keliru dan terbeban dengan konsep itu. Ianya bermula apabila seorang rakan sekelas sekolah menengahnya bertanya tentang konsep ini kepadanya. Disebabkan Nicholas tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan rakan sekelasnya itu, dia terus merujuk kepada paderi. Namun begitu, tiada seorang pun paderi memberikan jawapan yang dapat memuaskan hatinya. Akhirnya, disebabkan terbeban dengan persoalan konsep trinity yang tiada jawapannya itu, dia telah memilih untuk menerima cahaya Islam dalam kehidupannya.

Renung-renungkannya….

2 comments:

aGurL_FaiTh said...

tritunggal

Allah bapa ialah Allah yg memberi perintah.Dialah yg selalu bersabda " jadilah...." dari mula pertama,Bapalah yg mberikan perintah.
di pihak lain Allah putralah yg melakukan perintah.Bila Bapa bersabda jadilah terang,Allah putra datang lalu mengerjakannya.kemudian Allah Roh Kudus membawa terang itu..

dgan gambaran lain..
jika saya meminta anda menyalakan lampu,3 kekuatan akan terlibat.pertama,syalah yg memberikan perintah, kedua anda lah yg berjalan ke tombol dan menekannya..dengan kata lain,andalah pelaku perintah itu. tetapi akhirnya siapa yg mendatangkn terang itu?? bukan saya dan bukan pula anda.KUASA-iaitu elektrik- itulah yg mndatangkan terang..

Alkitab juga mnerangkan Allah dlm 3 personaliti.. BAPA,ANAK,DAN ROH KUDUS.
kita ada banyak contoh sebenarnya dr alam semulajadi di mana 3 boleh berada dalam 1.
contohnya: matahari terdiri dari jasad,haba dan cahaya..

beautyofislam said...

answer

1)menyalakan lampu.

kalau la c pemerintah tidak berupaya..adakah c tangan dan c kaki dapat bergerak?..dan bolehkah c tangan atau c kaki memberi arahan kpd c pemerintah...bolehkah elektrik itu mendatangkan terang sendirinya jika tidak diarah kan oleh c pemerintah..so kesimpulannya..pemrintah la yg berkuasa dalam hal ini..tangan kaki dan yg lain terletak pada kuasa c pemerintah.

2)matahari

begitu juga matahari..cahaya,haba dan lain2 ble di anggap sebagai angota badan manusia..jika teras matahari tidak dapat memberi tenaga..adalah mustahil untuk matahari mghasilkan haba dan cahaya..

boleh kah cahaya mengarahkan matahari menghasilkan tenaga??

di sini jelasla bahawa matahari adalah satu kerana diala yg mengawal cahaya dan haba.


3)konsep trinity

kalau la konsep trinity itu di umpamakan sebagai anggota badan..kepala kaki dan tangan, yg mana satu kah penting??

kepala=bapa,tangan=ruhul kudus,kaki=jesus...kalau kaki dan tangan tidak berfungsi..bolehkah kepala memberi arahan kepada anggota lain seperti mulut dan mata??.sudah tentu boleh...tp kalau la kepala tiada..bolehkah kaki dan tangan bergerak??jd maknanya tuhan bapa mgawal keseluruhanya..jd bolehkah jesus dan ruhul kudus dipanggil tuhan???
sedangkan mereka memerlukan bapa utuk memberi arahan????