Tuesday, December 30, 2008

ORANG ISLAM SEMBAH KAABAH? SIRI 1

Salam kasih sayang Islam kepada semua...Memandangkan sebelum ini, ada rakan2 saya dari agama Kristian bertanyakan tentang Kaabah~"Kenapa umat Islam sembah kaabah?", "Kenapa orang keliling kaabah?" dan sebagainya, maka dengan izin Allah saya akan menerangkan kepada semua pengunjung khususnya rakan2 saya yang bukan beragama Islam berkaitan kaabah...Mudah2han, segala persoalan tentang kaabah ini terjawab dengan izin Allah...^_^

Bagi umat Islam, kita semua sedia maklum bahawa kaabah adalah kiblat iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap Kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah Kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah.
Surah Al-Baqarah 2:144 ada menyebut :

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”

1) Islam menganjurkan perpaduan.

Contohnya, jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin menghadap utara, ada yang ingin menghadap selatan. Untuk menyatukan umat Islam dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Jika ada umat Islam yang tinggal di sebelah barat Kaabah, mereka menghadap ke timur. Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur Kaabah, mereka menghadap ke barat.

2) Kaabah terletak di Tengah Peta Dunia.

Orang Islam merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun, AlhamdulilLah, Kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.

Bersambung siri 2.....

3 comments:

Penulis Hingusan said...

Assalamualaikum abg...
Alhamdulillah,sbb rmi org tanye gak psl ni...
tp adik penah bljr psl ni kat kursus kat Putatan...
syukran jazilan sbb kongsikn tentang ni lg...

Renung2fikir2...(^_^) said...

wa'alaikumussalam....to Syaza, la syukro 'alal wajib...^_^

Unknown said...

Assalamualaikum...
Mereka mengatakan n menganggap org islam sembah kaabah sesungguhnya buta sejarah. semoga Allah memberikan mereka hidayah.
Kaabah bukanlah dibina oleh Rasulullah saw,tp Nabi Ibrahim a.s. Baginda lah org pertama yg mengerjakan ibadah haji. Selepas baginda, kesemua umat Allah yg Esa (termasuk lah penduduk Yasrib, kini dikenali sbg Madina, yg ahli kitab Injil yg tulin) datang mengerjakan haji..