Friday, October 31, 2008

BIBLE TELAH DIUBAH??? SIRI 2

Untuk siri ke-2 ini, marilah kita bersama-sama lihat beberapa contoh pembuktian dakwaan Al-Quran terhadap perbezaan-perbezaan yang terdapat pada versi King James dengan versi Revised Standard Version.

Seperti yang saya sebut pada siri 1, Revised Standarad Version yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah hasil semakan semula versi King James yang mana para cendiakawan kristian yang mengeluarkan Revised Standard Version 1952 menyatakan bahawa bible King James dipenuhi kecacatan serius. Semakan semula ini disokong oleh 32 orang cendiakawan kristian dari pelbagai mazhab dan disokong oleh 50 mazhab lain. Untuk perhatian sekali lagi, versi Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah terjemahan yang didasarkan kepada versi King James.

CONTOH 1
Perbezaan antara versi King James dan Revised Standard Version ialah perbezaan kandungan buku Injil Markus Bab 16 versi King James 1611 dan Revised Standard 1952.

Versi King James 1611 : Injil Markus bab 16 mengandungi ayat 1-20
Versi Revised Standard 1952 : Injil Markus bab 16 mengandungi ayat 1-8


Kesimpulannya, setelah para cendiakawan kristian yang seramai 32 orang itu menyemak semula manuskrip-manuskrip lama kitab bible mereka mendapati manuskrip yang lebih tua hanya mengandungi ayat 1-8 sahaja sedangkan sebahagian manuskrip yang datang kemudian mengandungi ayat 1-20. Lalu mereka mengiktiraf manuskrip yang lebih lama yang hanya memuatkan ayat 1-8 sebagai teks yang paling tepat.

Namun, salinan di dalam versi New International Version 1978 Markus 16:9-20 yang ditambah dalam versi King James/Al-kitab mengandungi doktrin penting dalam agama kristian iaitu :

a) Doktrin tentang Jesus terangkat ke syurga dan duduk di sebelah kanan Allah. Perkara ini tidak terdapat di dalam ayat-ayat injil yang lain kecuali di sini dan dalam Lukas 24:51 juga ditambah di dalam versi King James (saya akan sentuh pada contoh 2). Sebagaimana yang kita tahu, versi King James dihasilkan dengan bersandarkan kepada menuskrip-manuskrip yang berusia sekitar 300-400 AD. Di dalam manuskrip-manuskrip lama ini terkandung penambahan doktrin ini. Manakala versi Revised Satandard Version yang rujukannya ialah manuskrip yang lebih lama dan mungkin hampir tepat..tidak mengandungi penambahan doktrin (tidak ada cerita Jesus terangkat ke syurga dan duduk disebelah kanan Allah).

b) Jesus tidak diperintahkan menyampaikan ajarannya kecuali kepada Bani Israel. Buktinya, Jesus berkata dalam (Matius 10:5-6) juga (Matius 15:24-25). Oleh itu, penambahan ini sengaja dilakukan untuk mengubah arahan Jesus supaya jangan menyampaikan ajaran Jesus selain bangsa Israel kepada semua bangsa lain di dunia.

1 comment:

Unknown said...

Hai,
Sebenarnya, kepercayaan bahawa Yesus telah terangkat ke syurga tidak bersandarkan kepada Markus 16.

Jika kita merujuk kepada surat-surat tulisan Paulus, Petrus, Yakobus, dan lain-lain kitab di dalam Perjanjian Baru, kepercayaan ini jelas diajarkan.

Malah, kebanyakan kitab-kitab lain di dalam Perjanjian Baru (seperti Tesalonika, Roma, surat-surat Petrus dll) ditulis lebih awal berbanding keempat-empat kitab Injil itu sendiri.

Tentang ajaran Yesus yang kononnya hanya untuk bangsa Israel, di dalam Injil Matius sendiri terdapat perintah dari Yesus untuk menyebarkan ajaran-Nya kepada bangsa-bangsa lain (Mat 28:18-20). Agak menghairankan penulis boleh terlepas pandang hal ini.