Monday, November 3, 2008

RESPON KEPADA JOHN...

Maksud 'KAMI' dalam Al-Quran?
Salam Perkenalan dan kasih sayang Islam kepada saudara John. Terima kasih kepada saudara John kerana sudi berbincang dalam laman ini untuk sama-sama berbincang tentang kebenaran.

Saya memetik soalan John tentang ayat yang terkandung dalam Surah Al-Hijr ayat 9 :

“ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan peringatan (Al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya ” (Al-Hijr:9)

Kamu sebagai penganut Islam mengatakan bahawa tuhan yang kamu sembah hanyalah Allah. Dialah yang satu-satunya. Tapi kenapa dalam ayat ini menggunkan KAMILAH yang menunjukkan bilangan ramai. Nah, Al-Quran sendiri menyatakan tuhan yang kamu sembah bukan 1 tapi ramai.


Dengan izin Allah saya akan menerangkan kepada John. Berpandukan ayat ini, tanyalah kepada semua orang Islam yang paling mentah ada berapa tuhan di sini? Dia pasti akan menjawab: Satu. Jadi apa ertinya perkataan aku dan kami. Tanyalah orang-orang Arab.

Saudara John boleh melihat sejarah, tidak ada seorang Arabpun yang menuduh orang-orang Islam sejak 1400 tahun yang lalu bahawa mereka menyembah lebih daripada 1 tuhan dan Allah berfirman yang bermaksud :

“Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” (Al-Ikhlas : 1-4)

Untuk lebih meyakinkan saudara John, saudara boleh bertanya kepada saudara-saudara anda dari kalangan orang-orang Arab tentang perkataan aku dan kami. Nanti mereka akan menjawab, “Tidakkah anda tahu dalam bahasa kami ada dua jenis lafaz ramai iaitu lafaz ramai yang merujuk kepada BILANGAN dan lafaz ramai yang merujuk kepada PENGAGUNGAN. Lafaz ramai yang kita bincangkan di sini merujuk kepada PENGAGUNGAN dalam bahasa kami.”

Sekali lagi saya nyatakan di sini bahawa terdapat dua lafaz ramai dalam bahasa Arab iaitu lafaz ramai yang merujuk kepada PENGAGUNGAN dan lafaz ramai yang merujuk kepada BILANGAN. Bahasa Hebrew juga sama seperti ini...

Semoga dibukakan pintu hidayah untukmu sahabatku...

No comments: